Tidak seperti apa yang difikirkan oleh kebanyakan individu, angin ahmar atau lebih dikenali sebagai strok bukan sahaja berlaku pada individu yang berusia, tetapi ia juga boleh dialami oleh kanak-kanak dan bayi yang baru lahir. Sama seperti individu dewasa berusia, bayi juga mempunyai risiko yang sama tinggi untuk mendapat strok.
Dalam 28 hari pertama, bayi biasanya mendapat strok, tetapi ia tidak disedari oleh ibu bapa. Walau bagaimanapun, kebanyakan individu tidak mengenalinya atau tidak pergi untuk mendapatkan rawatan doktor untuk strok dalam kumpulan usia yang mentah ini.
Apa itu strok?
Strok – adalah situasi di mana aliran darah ke otak terhenti atau turun ke bawah, mendapatkan kesan kepada arteri utama serta dalam otak. Strok berlaku apabila bekalan darah ke bahagian otak terputus. Terdapat dua jenis strok. Strok Ischaemic biasanya berlaku berpunca daripada penyumbatan dalam bekalan darah ke otak. Strok Haemorrhagic berlaku apabila darah mengalir keluar daripada saluran darah yang pecah ke dalam otak. Untuk individu dewasa, 80% daripada strok disebabkan penyumbatan dan 20% disebabkan pendarahan dalam otak. Bagi kanak-kanak, kedua-dua jenis strok mempunyai tahap risiko yang sama.
Ads
Bagaimana strok pada bayi baru lahir berlaku?
Dalam tempoh kehamilan, protein yang datang dari ibu kepada janin melalui plasenta boleh membantu mengurangkan risiko pendarahan. Namun, ia meningkatkan risiko pendarahan dan strok kepada janin. Darah beku boleh berkembang dalam plasenta dan bergerak ke peredaran darah pada bayi. Malahan, ia mungkin bergerak ke bahagian otak dan menyebabkan strok.
Kebanyakan strok pada bayi baru lahir berlaku dalam wad bersalin dan ketika waktu kelahiran. Kepala bayi boleh mengalami ketegangan yang luar biasa dalam proses kelahiran. Tekanan pada arteri dan urat pada kepala bayi adalah penyebab berlakunya darah beku dan strok. Tambahan pula, bayi yang baru lahir boleh mendapat darah beku dengan sendiri, memandangkan ketika mereka lahir, mereka mempunyai darah yang lebih pekat berbanding kita semua. Dalam masa beberapa hari selepas dilahirkan, dehidrasi boleh menjadi satu masalah, yang turut menjadi punca kepada darah untuk membeku.
Ads
Ibu bapa biasanya tidak dapat mengenal pasti simptomnya sehingga bayi lebih berusia, kerana strok pada bayi yang baru lahir tidak menunjukkan sebarang simptom klinikal. Simptom sering muncul pada kanak-kanak dan individu dewasa lebih berusia, seperti kesukaran bercakap, kebas pada sebelah bahagian, ketidakseimbangan, yang mana sukar atau mustahil untuk dikesan pada bayi yang baru lahir.
Simptom strok pada bayi baru lahir
Simptom strok pada bayi baru lahir sering berlaku dengan sawan – antara simptom strok yang paling dikenali. Sawan tidak mudah dikenal pasti pada kumpulan usia ini. Ia termasuk:
Ads
-Pergerakan raut muka yang berulang, termasuk menghisap, mengunyah atau pergerakan mata
-Pergerakan berbasikal atau mengayuh basikal yang tidak biasa
-Merenung
-Apnea, atau berhenti sejenak dalam pernafasan yang mempunyai hubung kait dengan melambatkan jantung
-Pergerakan berirama yang melibatkan otot muka, lidah, lengan, kaki, atau bahagian lain
-Kumpulan otot mengeras atau mengetat
-Pergerakan cepat, atau tunggal yang melibatkan sebelah lengan atau kaki atau seluruh badan
-Walaupun simptom utama strok pada individu dewasa adalah sebelah badan menjadi lemah, simptom ini mungkin tidak berlaku pada kanak-kanak memandangkan otak mereka belum cukup matang. Simptom lemah sebelah ini mudah dikenal pasti dan ia berlaku dalam 15% strok pada bayi baru lahir.
“Handedness” – simptom strok yang sering berlaku selepas tempoh kelahiran baru, antara tempoh 6 minggu hingga 6 bulan. Bayi dengan simptom ini akan gemar dan hanya menyukai sebelah tangan untuk melakukan segala perkara. Ibu bapa melakukan kesilapan dengan menganggap ia satu kelebihan bagi bayi pada usia ini. Untuk kanak-kanak yang sihat, simptom ini tidak biasanya muncul sehingga usia 12 bulan.
Terdapat pelbagai faktor yang boleh meningkatkan risiko strok pada bayi baru lahir. Jika bayi baru lahir mempunyai kecacatan kelahiran yang melibatkan jantung berlubang, darah beku boleh bergerak ke bahagian lain dengan mudah seperti jantung dan naik ke otak. Jika terdapat sejarah keluarga yang mempunyai masalah berkaitan darah beku, bayi akan lebih berisiko untuk mendapat strok. Jangkitan yang serius seperti sepsis dan meningitis juga cenderung menyebabkan darah beku. Faktor risiko lain adalah seperti yang dijelaskan di atas, seperti dehidrasi.
Adalah penting untuk ibu bapa berwaspada kepada strok pada tempoh selepas dilahirkan. Jika terdapat sebarang simptom yang dikenal pasti, sila bawa bayi anda untuk berjumpa doktor. Ia bukanlah satu tindak balas berlebihan dalam perihal mencegah bayi anda daripada sebarang penyakit. Jika doktor anda bersetuju bahawa bayi anda mungkin mengalami strok, dia akan merujuk bayi anda kepada pakar pediatrik untuk melakukan pemeriksaan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pendarahan di awal trimester kehamilan sememangnya begitu membimbangkan. Risau janin masih belum kuat dan masalah lain pula yang akan timbul kelak. Apa sebabnya hal ini terjadi?
Adakah darah ini normal atau berbahaya? Pendarahan faraj semasa hamil trimester pertama adalah perkara biasa.
Dianggarkan lebih 20% kehamilan mengalami pendarahan ringan atau tompokan darah semasa mengandung dan kebanyakan mereka yang berdepan situasi ini dapat melalui kehamilan sihat.
Pendarahan implantasi
Selalunya punca darah keluar semasa hamil yang berlaku adalah tidak berbahaya walaupun sebelum seseorang individu tersebut menyedari diri sedang mengandung.
Biasanya pendarahan ini terjadi apabila telur yang disenyawakan melekat pada lapisan rahim. Ia dikenali sebagai pendarahan implantasi.
Tanda-tanda pendarahan implantasi adalah pendarahan ringan atau tompokan di sekitar tempoh jangkaan kedatangan haid. Namun tidak semua wanita akan melaluinya.
Umumnya istilah tompokan ini biasanya merujuk kepada beberapa titik darah dan tidak menutupi keseluruhan tuala wanita atau panty liner.
Punca pendarahan berat semasa awal kehamilan
Pendarahan faraj semasa awal kehamilan kadangkala menunjukkan masalah yang serius, seperti:
Keguguran
-Pendarahan, sakit perut dan sakit belakang adalah tanda biasa keguguran
-Pemeriksaan menunjukkan bahawa serviks terbuka
– Tisu mungkin tertolak keluar melalui serviks dan faraj
Kehamilan molar
– Keabnormalan persenyawaan yang mengakibatkan pertumbuhan tisu abnormal dalam rahim.
– Kehamilan molar bukanlah kehamilan biasa, tetapi pertumbuhan dalam rahim membawa kepada gejala tipikal kehamilan awal
– Bagi kehamilan molar separa, terdapat pertumbuhan tisu tidak normal bersama kehadiran janin yang mengalami kecacatan kelahiran teruk
Kehamilan ektopik
– Pendarahan faraj ringan dan sakit perut yang semakin meningkat mungkin menunjukkan kehadiran kehamilan ektopik
– Merupakan kehamilan luar rahim di mana telur yang disenyawakan ditanam di luar rahim
– Untuk kehamilan jenis ini, embrio berada di dalam salah satu tiub fallopio. Apabila kehamilan membesar, tiub akan mengembang dan sakit perut akan menjadi teruk
– Dalam sesetengah kes, ia boleh memecahkan tiub fallopio sehingga mengakibatkan kehilangan darah yang banyak
Pendarahan subchorionic
– Dalam keadaan ini darah terkumpul di antara kantung kehamilan dan dinding rahim
– Ada kalanya, darah beku dalam rahim boleh dilihat semasa pemeriksaan ultrabunyi
– Biasanya badan akan menyerap semula bekuan darah ini, namun terdapat juga darah lama atau beku yang mengalir keluar daripada faraj.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Siapa sangka penantian 21 tahun pasangan suami isteri untuk menimang cahaya mata dimakbulkan apabila lahirnya seorang bayi perempuan yang sihat pada 1 Disember lalu.
Kehadiran bayi perempuan yang diberi nama Aisyah menjadi bukti cinta ibu bapanya iaitu Somidi , 51, dan ibunya Su’udiyah, 44. Percayalah Allah Maha Mendengar untuk hamba-Nya. Asalkan jangan putus asa berusaha.
Penantian berakhir kegembiraan
Menerusi perkongsian di instagram drbennyarifin, sebagai seorang pakar dalam bidang O&G, inilah momen yang benar-benar bermakna dan buatnya rasa terharu melihat hebatnya kekuasaan Allah.
Baginya perjuangan ibu bapa Aisyah dengan pelbagai cara sebelum ini akhirnya berhasil dengan rawatan bayi tabung uji dan ini adalah kehamilannya yang pertama.
Mereka menunggu selama 21 tahun. Bayangkan 21 tahun! Tuhan akhirnya menjawab segala doa dan usahanya selama ini. Tidak ramai pasangan yang boleh menunggu dalam tempoh lebih 20 tahun. Namun pasangan ini saling memberi semangat satu sama lain dan percaya suatu hari nanti mereka tetap mempunyai anak.
Sanggup menaiki bas seawal jam 2 pagi untuk lakukan rawatan
Saya menjadi saksi perjuangan mereka yang begitu bersungguh-sungguh. Mereka tinggal 15 kilometer di luar kota Sumenep, Dusun Pakondang Daya, Madura. Enam jam perjalanan dari Surabaya.
Semata-mata untuk berjumpa saya membuat rawatan, mereka sanggup bertolak menaiki bas seawal jam 2 pagi. Bayangkan kesungguhan mereka. Ini semua untuk pastikan waktu suntikan dan rawatan lain dapat dijalankan dengan baik.
Tambah beliau lagi, kes suami isteri ini dirujuk oleh rakan sebelum membuat janji temu seterusnya. Proses rawatan ini sama dengan pesakit lain.
Setelah mendapat embrio, pasangan ini juga perlu menunggu hampir setahun sebelum berjaya dipindahkan ke rahim ibu. Dalam tempoh setahun itu, mereka dengan sabar berulang alik menaiki kenderaan awam dari kampungnya untuk dapat rawatan.
Dalam setiap pertemuan, mereka mengikuti setiap peringkat rawatan dengan baik sekali dan apabila hasil rawatan ini berjaya saya masih ingat momen ini. Apabila diberitahu ka berjaya, rawatan berjaya, tiada kata-kata dapat diluahkan oleh pasangan ini, sebaliknya titisan air mata kesyukuran.
Saya percaya pertemuan dengan pasangan ini bukanlah satu kebetulan, melainkan semuanya dah ditetapkan oleh Yang Maha Kuasa untuk berkongsi kegembiraan bersama.
Thank you Morula team Dr.Amang, Dr.Ali, Embryologist, Nurse, @lemiel_id dan semua.
** Mahu dapatkan keperluan bayi pada harga istimewa klik di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ketika tarikh melahirkan semakin hampir sudah tentu si ibu merasa risau. Tambah pula apabila sudah ada terasa tanda-tanda untuk bersalin. Simptom mahu bersalin adalah berbeza untuk setiap wanita. Ada yang cepat dan ada juga yang mengambil masa berhari-hari ataupun berminggu-minggu barulah selamat melahirkan bayi.
Berikut perkongsian dari Dr Muhammad Izzat Abdul Razak mengenai tanda-tanda nak bersalin yang perlu diketahui tanpa perlu risau di peringkat awal.
Dah Mula Keluar Tanda (Show)
Tanda tu maknanya lendir likat bercampur darah yang keluar dari faraj. Keluar tanda bukan bermakna bayi akan keluar dalam beberapa minit lagi, macam dalam drama Melayu tu. Keluar tanda ni mungkin amaran awal yang memberitahu pangkal rahim ibu da mula matang dan mula menipis sebagai persediaan awal untuk kelahiran.
Bukannya confirm-confirm akan beranak kalau keluar tanda, ada yang kaluar tanda arini minggu depan baru dia bersalin. Jadi tak perlu melompat-lompat untuk segera ke hospital jika turun tanda sikit-sikit. Tapi kalau dah ada tanda bersama sakit contraction maka cepat cepat ke hospital, dikhuatiri suami anda pulak yang jadi bidan nanti .
Rasa Sakit Kontraksi
Mengeras-ngeras atau contraction kadangkala biasa berlaku pada hujung-hujung kehamilan. Contraction tanpa rasa sakit ini dinamakan Braxton Hicks. Ini belum lagi nak bersalin.
Rahim mengeras disertai rasa sakit tu adalah tanda-tanda awal nak bersalin. Semakin kerap sakit kontraksi tu, semakin panjang kontraksi itu semakin dekat dgn masa bayi dilahirkan. Kontraksi penting untuk menjadikan pahal rahim menipis dan membuka pintu rahim untuk proses kelahiran.
Selaput yang menyelaputi bayi dalam rahim boleh pecah secara tiba-tiba dan ibu mengalami turun air yang banyak, ingatkan kencing tapi rupanya air mentuban. Lazimnya ibu akan memberitahu air suam mengalir dengan laju secara tiba-tiba pada pehanya sehingga membasahkan seluar dalam atau kain.
Kalau air turun masa tgh tidur mungkin cadar atau tilam akan basah juga. Air yg keluar sedikit sedikit dan tak membasahkan seluar dalam lazimnya bukn air mentuban, mungkin hanyalah lendir biasa sahaja.
Sakit kontraksi yg semakin kerap menyebabkan selaput bayi ini pecah dah mengeluarkan air mentuban tersebut – juga adalah tanda-tanda nk bersalin.
Walaubagaimanapun lain orang lain pengalamanya. Ada yang turun tanda tapi taksa kluar air mentuban. Ada yang sakit sikit-sikit, terbatuk sikit baby pun keluar.
Jika anda khuathir atau kurang pasti dgn tanda-tanda yang anda alami segeralah dapatkan pemeriksaan doktor. Lain kehamilan lain caranya, lain sakitnya dan berbeza tanda-tanda nak bersalinnya.
Buat para ibu yang mahu bersalin, tenangkan diri dan jangan stres. Mintalah sokongan dari suami dan ahli keluarga yang lain. Selain itu, mohonlah kemaafan dari orang-orang terdekat terutamanya kepada suami untuk memudahkan proses bersalin.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bacaan surah Al-Fatihah oleh anak usahawan Neelofa dan PU Riz, Muhammad Bilal dipuji wargamaya malah memuji cara didikan pasangan ini dalam mendidik anak mereka.