Pengorbanan ibu dalam membesar dan mendidik anak sememangnya tidak perlu disangkal lagi, namun jasa ayah tidak boleh dipandang rendah dalam mendidik anak-anak.

Anak-anak yang lebih rapat dan dekat dengan ayahnya terbukti mampu menjadi anak yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Jadi mahu atau tidak, peranan mendidik anak perlu diberikan sama rata, baik suami mahupun isteri.

Tip yang dikongsikan oleh Dr Redza Zainol ini boleh mak ayah jadikan panduan dalam mendidik anak. Belajar untuk sama-sama tambah ilmu untuk anak yang lebih cemerlang dan paling penting berakhlak mulia.

Bukan Ibu Saja, Lagi Dekat Anak Dengan Ayah, Lagi Buat Anak Jadi Hebat Serba Serbi!


“Macam mana saya nak bagi pasangan saya faham pentingnya untuk bercakap dengan anak-anak?”

Bila ada follower mengeluh pasangan dia tak minat nak tahu ilmu parenting, saya sebenarnya teringat pada diri saya sendiri.

Dulu saya fikir dah cukup sangat kalau saya pergi kerja, bayar yuran itu ini, bagi anak makan minum dan sediakan tempat tinggal yang selesa.

Bukan Ibu Saja, Lagi Dekat Anak Dengan Ayah, Lagi Buat Anak Jadi Hebat Serba Serbi!

IKLAN

Bahagian bermain dan bercakap dengan anak tu bukannya tak buat langsung, tapi kuranglah. Pada saya remeh aje nak buat semua tu. Isteri kan ada. Itulah kesilapan saya.

Bila mula ada kesedaran, taklah terus bertukar 180 darjah jadi ayah yang tahu serba serbi. Saya mula belajar benda sekecil cara nak respon pada anak, cara puji anak, cara urus emosi negatif anak dan bermacam lagi.

Saya terus belajar sampailah satu hari isteri kata pada saya,

“Uniknya cara Allah susun perjalanan supaya awak belajar ilmu parenting.”

Waktu tu barulah saya tersedar apa impian isteri saya. Dia berharap sangat saya sama-sama ambil tahu tentang ilmu keibubapaan. Dia berharap sangat kami besarkan anak dengan cara yang sama.

IKLAN

Kalau pasangan kalian tak minat dengan ilmu parenting, saya kongsikan 5 tips ni.

Bukan Ibu Saja, Lagi Dekat Anak Dengan Ayah, Lagi Buat Anak Jadi Hebat Serba Serbi!

1. Tambah ilmu
Kalau nak pasangan sama-sama jadi Involved Parents, kita sendiri wajib tambah ilmu dulu. Barulah tahu di mana kekurangan diri sendiri.

2. Kena ‘lead by example’
Ini yang selalu isteri saya buat. Ilmu yang dia kongsi pada saya, dia amalkan di dalam atau luar rumah.

IKLAN

3. Tunjuk secara praktikal.
Kita tunjukkan praktikal cara nak uruskan anak yang meragam, skrip untuk ‘acknowledge’ perasaan anak, cara bermain dengan anak dan bermacam lagi.

4. Teruskan berkongsi.
Apa-apa tips atau video yang kita rasa bagus, hantarkan je pada pasangan kita. Jangan ada rasa yang pasangan kita takkan ambil tahu.

5. Teruskan berdoa. Ni yang paling penting.
Kena ingat yang hati manusia, Allah yang pegang. Kalau Allah nak bukakan hati pasangan kita, sekelip mata je Allah boleh buat.

Saya percaya, apa saja perjalanan hidup kita, tak ada satu pun yang Allah susun dengan sia-sia.

Artikel berkaitan: Jangan Layan Sangat Nanti Dia Mengada, Tidak Akan Ada Anak Yang Manja Kalau Ibu Ayah Banyak Luangkan Masa

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI