Ads

Baucar Kita Selangor: Berita Baik Had Isi Rumah Pendapatan BKS Naik Kepada RM8,000

Berita baik buat keluarga di Selangor! Lebih ramai isi rumah kini berpeluang menerima Baucar Kita Selangor (BKS) apabila had pendapatan isi rumah bagi bantuan itu diperluaskan daripada RM5,000 kepada RM8,000 sebulan.

Perluasan kelayakan Baucar Kita Selangor ini pastinya memberi kelegaan kepada keluarga yang berdepan peningkatan kos sara hidup, lebih-lebih lagi bagi ibu ayah yang mempunyai ramai anak dan perlu mengurus pelbagai keperluan harian rumah.

Daripada barangan dapur, keperluan anak-anak hinggalah perbelanjaan harian keluarga, setiap bantuan yang diterima sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban kewangan isi rumah.

Menerusi BKS, keluarga yang layak akan menerima bantuan kewangan RM100 sebulan selama enam bulan.

EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat negeri, Anfaal Saari, berkata BKS diperkenalkan di bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor bagi membantu rakyat yang terjejas akibat tekanan kos sara hidup dan ketidaktentuan ekonomi susulan krisis di Asia Barat.

Menurutnya, pelaksanaan bantuan itu dibuat secara berperingkat supaya golongan yang paling memerlukan dapat diberikan keutamaan terlebih dahulu.

Ads

Baucar Kita Selangor: Berita Baik Had Isi Rumah Pendapatan BKS Naik Kepada RM8,000

“Pelaksanaan BKS dibuat secara berfasa bagi memastikan bantuan terlebih dahulu sampai kepada golongan yang paling memerlukan.

“Pada peringkat awal, keutamaan diberikan kepada kumpulan rentan yang dikenal pasti melalui pradaftar, termasuk ibu tunggal dan ketua isi rumah miskin tegar.

“Seterusnya, permohonan dibuka kepada isi rumah berpendapatan RM5,000 dan ke bawah. Kini kerajaan negeri perluas lagi had kelayakan kepada isi rumah berpendapatan RM8,000 dan ke bawah,” katanya.

Baucar Kita Selangor: Lebih Ramai Keluarga Kini Berpeluang Memohon

Baucar Kita Selangor: Berita Baik Had Isi Rumah Pendapatan BKS Naik Kepada RM8,000

Dengan peningkatan had pendapatan kepada RM8,000, lebih banyak keluarga di Selangor kini termasuk dalam kumpulan yang boleh dipertimbangkan untuk menerima bantuan berkenaan.

Menurut Anfaal, pendekatan secara berfasa itu memastikan golongan yang lebih rentan diberikan keutamaan terlebih dahulu sebelum akses diperluaskan kepada kumpulan pendapatan isi rumah yang lebih tinggi.

Ads

“Setiap perluasan syarat menambah kumpulan yang layak dan tidak menjejaskan kelayakan mereka yang sudah layak pada fasa sebelumnya.

“Pemohon yang masih dalam proses semakan atau berada dalam kategori ditolak serta sedang melalui proses rayuan juga akan dinilai semula berdasarkan syarat kelayakan terbaharu.”

Ini Syarat Permohonan Baucar Kita Selangor

Bagi keluarga yang mahu memohon, antara syarat yang ditetapkan ialah pemohon mestilah warganegara Malaysia dan pemilih berdaftar yang menetap di Selangor.

Pemohon juga mestilah pasangan berkahwin atau ibu atau bapa tunggal yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak berumur 18 tahun dan ke bawah.

“Syarat permohonan BKS adalah warga Malaysia, pemilih berdaftar menetap di Selangor, pasangan berkahwin atau ibu / bapa tunggal punya sekurang-kurangnya seorang anak berumur 18 tahun dan ke bawah.

“Selain itu, pendapatan isi rumah RM8,000 dan ke bawah dan hanya seorang penerima bagi setiap isi rumah serta bukan penerima aktif BINGKAS,” katanya.

Permohonan BKS Dibuat Menerusi Aplikasi SELangkah

Permohonan BKS perlu dibuat menerusi aplikasi SELangkah.

Ads

Maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan, tatacara permohonan dan pelaksanaan BKS pula boleh diperoleh melalui portal rasmi Baucar Kita Selangor.

BKS menyediakan bantuan kewangan sebanyak RM100 sebulan selama enam bulan kepada 50,000 keluarga berpendapatan rendah di Selangor.

Kerajaan negeri berharap peluasan kelayakan itu dapat membantu lebih ramai keluarga, khususnya ketika kos mengurus rumah dan keperluan anak-anak semakin mencabar.

“Kerajaan negeri berharap peluasan ini membolehkan lebih ramai keluarga Selangor menerima manfaat BKS dan menghadapi tekanan ekonomi dengan lebih sejahtera dan bermaruah,” katanya.

Semak Kelayakan Sekarang!

Untuk maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan, tatacara permohonan dan pelaksanaannya, orang ramai boleh melayari portal rasmi BKS di https://baucarkitaselangor.com/.

Sumber: Astroawani

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Kanak-Kanak 5 Tahun Maut, Bapa Saudara Mengamuk Campak Dalam Sungai

Kanak-kanak 5 tahun maut selepas dipercayai dicampak ke sungai oleh bapa saudaranya dalam kejadian menyayat hati di Tanjung Sedili, Kota Tinggi.