
Siapa sangka dua anak muda Malaysia boleh berada di kedudukan “Top of the World” dalam subjek Bahasa Inggeris dan Matematik untuk peperiksaan IGCSE — sistem pendidikan bertaraf antarabangsa yang diiktiraf lebih 160 negara!
Ahmad Soleh, pelajar MRSM Kuantan, bukan hanya cemerlang akademik tapi aktif dalam kepimpinan pelajar dan inovasi. Beliau pernah wakili Malaysia dalam program Young Leader Apprentice (Y.A.L.E) dan pertandingan antarabangsa.
Amiruz Zafeer, dari MRSM Kuala Kubu Bharu pula, dapat markah penuh Bahasa Inggeris IGCSE dan dalam masa sama aktif mewakili sekolah dalam kejohanan bola tampar & National Science Challenge
. Beliau membuktikan “pelajar STEM pun boleh jadi superstar English!”Bukan sekadar pintar, tapi ‘well-rounded’ dan penuh jati diri.
Anak yang didedahkan dengan ilmu sejak kecil akan lebih mudah membina minat. Ibu ayah boleh buat sesi “baca sama-sama”, tonton dokumentari atau beri anak ruang “explore” ikut minat mereka.
Ibu ayah boleh bantu dengan buat ‘timetable mesra anak’ di rumah dan raikan bila mereka ikut dengan baik. Reward bukan semestinya barang, cukup dengan pelukan dan pujian ikhlas.
Pendedahan kepada program seperti STEM, debat, inovasi & kepimpinan
bantu anak jadi lebih yakin dan terbuka. Bila anak rasa dihargai di luar buku teks, mereka lebih seronok belajar.Ramai pelajar hebat kongsi satu perkara: restu ibu ayah sebelum keluar rumah
. Ucap “moga berjaya”, sentuh kepala anak dan doakan dalam diam. Ia mungkin kecil tapi kesannya sangat besar.Anak yang melihat ibu ayah suka membaca, sentiasa upgrade ilmu dan rajin berusaha, akan ikut secara semula jadi. Tunjukkan habit kecil tapi konsisten – bangun awal, solat tepat waktu, buat kerja rumah bersama – anak akan ikut dengan sendiri.
Tak perlu tunggu anak jadi genius, baru kita bangga. Setiap anak ada potensi tersendiri. Tugas kita cuma satu: percaya pada mereka dan terus bantu dengan hati yang ikhlas.
Anak cemerlang bukan hasil ‘tuition 24 jam’, tapi hasil kasih sayang dan bimbingan penuh sabar dari ibu ayah setiap hari.