Siapa sangka dua anak muda Malaysia boleh berada di kedudukan “Top of the World” dalam subjek Bahasa Inggeris dan Matematik untuk peperiksaan IGCSE — sistem pendidikan bertaraf antarabangsa yang diiktiraf lebih 160 negara!
Ahmad Soleh, pelajar MRSM Kuantan, bukan hanya cemerlang akademik tapi aktif dalam kepimpinan pelajar dan inovasi. Beliau pernah wakili Malaysia dalam program Young Leader Apprentice (Y.A.L.E) dan pertandingan antarabangsa.
Amiruz Zafeer, dari MRSM Kuala Kubu Bharu pula, dapat markah penuh Bahasa Inggeris IGCSE dan dalam masa sama aktif mewakili sekolah dalam kejohanan bola tampar & National Science Challenge. Beliau membuktikan “pelajar STEM pun boleh jadi superstar English!”
Ads
Bukan sekadar pintar, tapi ‘well-rounded’ dan penuh jati diri.
Ini 5 tips untuk bantu anak-anak jadi insan luar biasa:
Tanamkan minat belajar, bukan paksaan
Anak yang didedahkan dengan ilmu sejak kecil akan lebih mudah membina minat. Ibu ayah boleh buat sesi “baca sama-sama”, tonton dokumentari atau beri anak ruang “explore” ikut minat mereka.
Bina disiplin, bukan tekanan
Ibu ayah boleh bantu dengan buat ‘timetable mesra anak’ di rumah dan raikan bila mereka ikut dengan baik. Reward bukan semestinya barang, cukup dengan pelukan dan pujian ikhlas.
Ads
Galakkan anak explore luar bilik darjah
Pendedahan kepada program seperti STEM, debat, inovasi & kepimpinan bantu anak jadi lebih yakin dan terbuka. Bila anak rasa dihargai di luar buku teks, mereka lebih seronok belajar.
Doa dan restu ibu ayah adalah ‘superpower’
Ramai pelajar hebat kongsi satu perkara: restu ibu ayah sebelum keluar rumah. Ucap “moga berjaya”, sentuh kepala anak dan doakan dalam diam. Ia mungkin kecil tapi kesannya sangat besar.
Ads
Jadi contoh, bukan sekadar pendorong
Anak yang melihat ibu ayah suka membaca, sentiasa upgrade ilmu dan rajin berusaha, akan ikut secara semula jadi. Tunjukkan habit kecil tapi konsisten – bangun awal, solat tepat waktu, buat kerja rumah bersama – anak akan ikut dengan sendiri.
Wujudkan sesi “Check-In Mingguan” – tanya anak apa cabaran dan impian mereka
Galakkan anak buat jurnal syukur setiap malam
Tak perlu tunggu anak jadi genius, baru kita bangga. Setiap anak ada potensi tersendiri. Tugas kita cuma satu: percaya pada mereka dan terus bantu dengan hati yang ikhlas.
Anak cemerlang bukan hasil ‘tuition 24 jam’, tapi hasil kasih sayang dan bimbingan penuh sabar dari ibu ayah setiap hari.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak dah mula nak suruh kita ikut cakapnya sehingga apa yang ibu ayah arahkan dah tak mahu dengar maksudnya anak dalam fasa Misguided Power atau Power Seeking Behaviour.
Biasanya di usia dua tahun ke atas anak dah mula menunjukkan ciri-ciri ini dan jangan dibiarkan. Seeloknya ajar perkara yang betul supaya mereka tahu mana yang boleh dan tak boleh dilakukan.
Perkongsian dari Puan Ezzaty Suffian mengenai masalah anak dalam fasa ini dan cara untuk menanganinya boleh dijadikan panduan bersama.
Fayyadh sekarang dah pandai nak cuba paksa zaty ikut cakap dia. Kalau zaty tak nak ikut, dia akan buat sesuatu yang boleh buat zaty marah atau dia akan tunjuk protes dan tak nak dengar/ikut apa yang kita cakap.
Contohnya lepas mandi, badan belum lap, baju belum pakai lagi. Dia mintak nak makan roti. zaty cakap pakai baju dulu. Then, dia protes taknak pakai baju selagi tak dapat makan roti.
Pernah dengar tentang Misguided Power atau Power Seeking Behaviour? Bahasa kita sebut GILA KUASA, salah guna kuasa, nak jadi boss. So, contoh fayyadh yang zaty cerita tadi termasuk dalam masalah misguided power ni.
Normal ya bila anak-anak dah start ada perangai macam ni. Lagi-lagi bila umur dia dah nak masuk 3 tahun dan ke atas. Lagi lah jelas nampak anak dah mula nak kita ikutkan kehendak dia SEPENUHNYA.
In the same time dia tak nak ikut apa kita cakap atau suruh. Dia nak kita ikut CARA DIA bukan CARA KITA. Apa yang kita akan rasa?
Of course kita akan rasa :
1) sangat tercabar
2) rasa macammmmm nak naik tangan (kadang memang ternaik pun)
3) rasa macam nak dia pergi jauh dari pandangan mata kita sebab dah geram sangat
4) rasa giving in (kita akan cakap kat anak, lantaklah nak buat apa pun)
5) rasa anak seorang yang degil tak nak dengar kata
Misguided power memang termasuk dalam masalah sikap/behaviour anak-anak. Dia orang nakkan sesuatu. Bila tak dapat atau kita tak layan, dia orang cenderung untuk minta dengan cara yang tak betul :
1) tantrum atau mengamuk-ngamuk 2) mula atau pandai menipu 3) tak patuh atau langsung tak nak dengar arahan kita/apa kita cakap 4) menjawab atau lontarkan kata-kata yang menyakitkan hati kepada kita
Tugas kita ibu ayah bukan untuk terus label anak-anak ini sebagai seorang yang degil tak dengar kata. Tapi tugas kita yang sebenar adalah untuk tunjukkan dan ajarkan pada anak cara yang betul bila nak minta sesuatu.
Macam mana nak handle anak yang ada masalah misguided power ni?
1) DIAMKAN DIRI seketika.
Jauhkan diri kita dari anak. Elakkan dari marah-marah, menjerit apatah lagi membebel. Bagi diri kita dan anak calm down dulu sebelum kita nak negotiate/offer apa-apa pada dia.
2) Perlu jadi TEGAS.
Kalau kita cakap tak boleh, maksudnya memang tak boleh. Lagi-lagi kalau anak tantrum. Lagiiiilah kita kena betul-betul firm.
Bagi anak faham yang dia tak boleh bagi arahan untuk ikutkan kehendak dia. Bagi anak faham yang dalam rumah kita ada peraturan yang kena ikut.
3) Beritahu anak dengan JELAS dan NYATA tentang peraturan yang kita buat. Anak akan hilang manfaat bila dia langgar peraturan atau buat salah.
Contoh macam fayyadh tadi. Mesti siap pakai baju dulu sebelum boleh makan roti. Kalau tak nak pakai baju, then takde roti.
✔ Kalau taknak mandi, then no breakfast.
✔ Kalau tak kemas mainan, then tak boleh main basikal kat luar.
✔ Kalau mengamuk nak beli mainan kat mall, then kita balik rumah je terus. Tak payah berjalan pergi mana-mana.
Pastikan apa kita cakap, kita buat dan tunaikan. Supaya anak nampak kita memang serius dengan apa yang kita cakapkan.
4) Bagi anak peluang untuk BUAT PILIHAN DAN KEPUTUSAN
Since dia adalah boss jadian, kita bagi anak peluang untuk dia buat pilihan dan keputusan sendiri. Cara ini pun salah satu cara yang bagus untuk encourage anak berfikir dan pandai buat keputusan.
Selain daripada tu juga, cara ni boleh buatkan dia lupa kehendak asal dia ataupun alihkan perhatian dia kepada perkara lain.
Contoh : fayyadh taknak pakai baju. So, kita ambil dua pasang baju nak mintak dia pilih nak pakai yang mana satu. Nak baju merah atau biru. Nak pakai sendiri atau nak ummi pakaikan
Contoh : bila anak taknak kemas mainan. Bagi pilihan kat anak sama ada nak kemas mainan sekarang atau lagi 30 minit nanti baru nak kemas. Nak kemas lego dulu atau nak kemas puzzles dulu.
*cara ni sangat efektif sebab nak atau tak, sedar atau tanpa sedar, anak tetap kena buat apa yang sepatutnya dia kena buat.
************************************************
Bentuk akhlak anak seawal usia yang boleh. zaty pernah tengok macam mana anak usia 7 tahun gunakan taktik misguided power ni untuk manipulasi ibu ayahnya.
Membentak-bentak, mengamuk-ngamuk bila parents dia menolak kehendak dia. Sampaikan ibunya mengadu kat zaty cakap tak tahan perangai anaknya macam tu.
Sampaikan ibunya terpaksa jumpa ustaz untuk minta air tawar bagi lembutkan hati anaknya. Umur 7 tahun nak betulkan habit yang dah sebati dari usia 3 tahun memanggggg sangat payah.
Nak tegas, tegas dari sekarang. Nak buat peraturan, buat dari sekarang. Silap kita yang selalunya dibuat bila kita dok cakap “takpe, anak kecik lagi. Nanti esok dah faham tahulah dia berubah.”
Takde istilah berubah pada anak kecil ya. Apa yang dia tengok, dia dengar dan dia perhati itulah yang akan bentuk sikap dan akhlak dia pada masa depan.
Dalam mendidik anak-anak, adakalanya kita perlu memarahi mereka. Kemungkinan kerana mereka perlukan sedikit sentakan agar mereka boleh memahami kepentingan atau bahaya sesuatu perbuatan itu.
Contohnya, menyeberang jalan tanpa melihat kanan dan kiri dan menonong sahaja membahayakan diri. Sudah diingatkan lebih 3 kali, maka, perlu dimarahi dan dihukum dengan hukuman dan marah yang berpatutan.
Ramai risau untuk memarahi anak kerana merasakan bahawa nanti anak akan tidak menyayangi mereka atau anak jadi melawan.
Ini beberapa mutiara ilmu yang boleh membantu bagaimana untuk memarahi anak dan anak menjadi semakin hormat dan kasih akan kita.
1- Marahlah perbuatan yang salah itu bukan diri anak itu. Jangan kata perkataan macam ni ‘ Kamu ni memang jahat!’ kerana ini menuduh dan mengidentitikan diri anak itu. Katalah perkataan seperti ini,’ Janganlah berperangai tidak baik macam tu…sayang anak yang baik’.
2- Guna senjata marah ini pada tempat-tempat yang tertentu saja. Jangan asyik marah. Senjata tu dah jadi tidak kuat kesannya.
3- Sebelum marah akan sesuatu perbuatan, pastikan anak sudah jelas bahawa perbuatan itu salah. Sudah diterangkan berkali-kali. Anak-anak dibawah 4 tahun akan mengambil masa yang lebih lama untuk faham, sebab perkembangan otak belum maksimum.
4-Bila marah gunalah “sandwich” method. Iaitu, mulai dengan menghargai sesuatu yang baik yang telah dilakukan. Kemudian baru bawa ke tengah perkara yang hendak ditegur. Akhirkan dengan kata-kata harapan dan positif.
Contoh:
“Mama happy sangat tengok Abang dan semakin rajin solat. Bagus tu. Mama tengok Abang susah sikit bangun subuh. Ini kurang bagus. Rugi kalau kita miss mana-mana waktu solat. Apakata Abang tidur awal supaya tak ngantuk bagun solat subuh. Mama yakin Abang boleh disiplinkan diri, kerana hari tu bila Abang set nak disiplin basuh pinggan lepas makan, Abang dah tak miss dah. Anak Mama ni memang kuat semangat.”
5- Beri ruang untuk anak memproses apa yang ditegur itu. Setelah anak agar tenang, nyatakanlah kasih anda kepadanya dan keyakinan anda bahawa dia boleh membetulkan kesilapannya. Serta nyatakankasih anda.
6- Elaklah mengatakan kata-kata begini..”mak marah ni sebab mak sayang..’ semasa tengah memarahi anak. Ini langsung tidak berkesan untuk anak-anak zaman sekarang.
Harap ini membantu bagi yang minda dan hati yang senantiasa terbuka untuk kebaikan.
Keyakinan diri merupakan salah satu aspek penting dalam perkembangan diri kanak-kanak. Ia bukan sahaja membantu mereka berinteraksi dengan lebih baik, malah memberi kekuatan untuk mencuba perkara baharu dan menghadapi cabaran. Salah satu cara terbaik untuk membina keyakinan ini adalah dengan memberi anak peluang meneroka dunia sebenar — seperti pengalaman menjadi penyampai berita di stesen TV.
Dalam satu contoh inspirasi, seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman menjadi penyampai berita di Bernama TV. Sepanjang sesi tersebut, beliau bukan sahaja berkenalan dengan persekitaran profesional, tetapi turut belajar tentang teknik komunikasi, membaca skrip berita, dan menggunakan teleprompter — satu alat sebenar yang digunakan oleh wartawan profesional.
Pengalaman seperti ini bukan sahaja menyeronokkan, tetapi turut mengasah kemahiran sosial, keberanian, serta keyakinan anak untuk tampil di hadapan khalayak.
Ibu bapa dan guru memainkan peranan penting dalam membina keyakinan anak. Sokongan moral, galakan, serta ruang untuk anak mencuba dan gagal adalah kunci utama. Pujian yang ikhlas dan dorongan untuk mencuba semula selepas gagal juga sangat membantu.
Memberi anak pengalaman di luar bilik darjah — seperti melawat studio TV, menyertai drama, atau menjadi penyampai berita cilik — adalah peluang emas untuk membentuk keyakinan diri mereka. Tidak perlu menunggu anak menjadi sempurna untuk mencuba. Yang penting, beri mereka ruang untuk belajar, berkembang dan bersinar dengan cara mereka sendiri.
Jika anda seorang ibu bapa, guru, atau penjaga — pertimbangkanlah untuk memperkenalkan anak kepada dunia luar yang menyeronokkan dan penuh pembelajaran. Keyakinan diri bukan sesuatu yang datang semalaman, tetapi ia boleh dibina langkah demi langkah — dengan kasih sayang dan sokongan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampak sahaja objek depan mata, bayi terus menggapaikan tangannya untuk mengambil barang tersebut depan mata. Ini perkembangan yang cukup positif untuk perkembangan bayi di bawah usia enam bulan.