Bercerai susu adalah proses penting untuk kedua-dua ibu dan bayi bagi mendapatkan kehidupan yang lebih sihat dan gembira. Jika anda masih bergelut dengan proses bercerai susu, ketahui fakta dan cubalah tip yang disediakan dalam artikel ini:

Bukan Mudah Nak ‘Wean Off’, Kalau Tak Menjadi Mama Boleh Cuba Cara Ini

Bilakah masa terbaik untuk mula bercerai susu?

American Academy of Pediatrics menyarankan setiap ibu baru memberikan bayi penyusuan susu badan secara eksklusif untuk tempoh enam bulan pertama selepas kelahiran bayi, dan pemberian susu ibu diteruskan dengan gabungan makanan pejal sehinggalah bayi mencapai usia satu tahun. Tidak mengapa jika ibu-ibu yang ingin meneruskan penyusuan badan selepas tempoh itu asalkan kedua-dua anda dan bayi mahu. Dalam erti kata lain, permulaan untuk mula bercerai susu adalah keputusan peribadi anda.

Pertama, fikirkan tentang keperluan anda dan anak anda apabila mempertimbangkan untuk bercerai susu atau menghentikan penyusuan susu badan. Jangan membandingkan keadaan anda dengan ahli keluarga yang lain, dan anda juga boleh mempertimbangkan untuk meletakkan sebarang tempoh untuk bercerai susu apabila anda hamil semula atau apabila anda melahirkan bayi baharu.

Beberapa teknik bercerai susu untuk bayi anda

1. Jangan tawarkan, jangan pula menolak

IKLAN

Kebanyakan ibu menganggap bahawa ‘jangan tawarkan, jangan menolak’ sebagai teknik bercerai susu yang paling lembut sekali memandangkan ia mengambil kira keperluan anak anda. Kaedah ini melibatkan ibu untuk tidak menawarkan penyusuan susu ibu kepada si manja, tetapi dalam masa yang sama tidak menolak jika si anak ingin menyusu. Ramai ibu secara semula jadinya menggunakan kaedah ini apabila anak mereka semakin besar. Walau bagaimanapun, memandangkan kaedah ini memerlukan masa yang lebih panjang berbanding kaedah bercerai susu yang lain, jadi anda tidak digalakkan untuk mempraktikkan kaedah ini sekiranya anda ingin cepat bercerai susu.

2. Hentikan satu penyusuan pada satu-satu masa

Pastikan proses ini diselesaikan secara perlahan-lahan, berperingkat supaya:

Payudara anda tidak sakit sehingga mengganggu anda jika menghentikan penyusuan
Anak anda mempunyai masa untuk menyesuaikan diri dengan transisi atau peralihan.
Untuk minggu pertama bercerai susu, anda boleh mula menawarkan penyusuan botol kepada anak anda sekali sehari, dan terus menambah kekerapan pemberian susu botol selepas itu. Tawarkan anak anda makanan kegemarannya semasa dia hendak menyusu badan, jadi si manja anda tidak akan rasa terlalu mendadak dan meragam.

IKLAN

3. Minta bantuan orang lain

Bagi membuatkan anak anda rasa lebih selesa, adalah disarankan supaya anda menukar dengan kerap orang yang memberikan susu kepada anak anda. Contohnya, untuk beberapa botol pertama, anda minta suami atau ibu anda ataupun pengasuh anak untuk membantu anda memberikan susu botol dan makan kepada si kecil. Anda juga boleh meminta mereka untuk menyuapkan anak anda makanan atau minuman menggunakan sudu.

4. Cuba dan cuba lagi

Semasa tempoh peralihan daripada penyusuan susu ibu kepada penyusuan botol, bayi anda mungkin akan mengalami beberapa ketidakselesaan. Oleh itu, anda perlu menukar botol dan puting beberapa kali sebelum menemukan yang sesuai dengan bayi anda. Sesetengah bayi mungkin akan menyukai botol dan puting yang keluar laju sementara sesetengah yang lain sukakan yang lebih perlahan alirannya. Jika bayi anda berusia lebih daripada sembilan bulan, anda boleh terus melangkau pemberian susu botol dan terus mencuba untuk memberikan cawan sedut (sippy cup). Namun, anda masih perlu mencari cawan sedut yang sesuai dengan bayi anda.

IKLAN

Membesarkan anak adalah pengalaman yang menarik yang dialami oleh setiap individu. Walau bagaimanapun, ia memerlukan masa dan usaha. Cabaran paling pertama yang akan anda harungi adalah proses bercerai susu. Bersabarlah dan percaya anda dan bayi mampu melaluinya.

Kredit: Hello Health

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Bukan Mudah Nak ‘Wean Off’, Kalau Tak Menjadi Mama Boleh Cuba Cara Ini

Pa&Ma BF VIP Eksklusif mengalu-alukan ibu yang sedang hamil dan menyusu anak mendaftar sebagai peserta. Harga promosi pendaftaran peserta hanya RM20 sahaja. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

(Followers Pa&Ma jom rileks jap, klik link ni! https://bit.ly/3fRSN23)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI