Dato’ Seri Aliff Syukri Kamarzaman bukan lagi nama asing dalam dunia keusahawanan tempatan.

Figura ini bukan saja dikenali gaya hidup mewah dan jenama kosmetik sensasinya, tetapi juga kerana perwatakan yang sering menjadi bualan di media sosial. Di sebalik segala kontroversi dan kejayaan, berdiri teguh seorang wanita, Datin Seri Shahida  isteri yang telah bersamanya hampir dua dekad.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2007, dan kini sudah hampir 18 tahun melayari bahtera perkahwinan yang penuh warna.

Terbaru, satu perkongsian penuh emosi oleh Dato’ Seri Aliff Syukri di Instagram menyentuh hati ramai apabila beliau menzahirkan rasa syukur dan kasih terhadap isterinya yang selama ini menjadi tulang belakang hidupnya.

“Saje jerr ambik gambar… untuk jadi kenangan… hampir 18 tahun bersama…”

Tulis  Aliff Syukri dengan beberapa foto yang dikongsikannya bersama isteri tercinta. Namun di sebalik ayat santai itu, tersirat satu penghargaan yang dalam terhadap seorang wanita yang bukan sahaja menemaninya dari kosong hingga berjaya, malah menyumbang sepenuh jiwa dan tenaga dalam membina empayar perniagaan mereka.

Ads

“Bukan Sedarah, Tapi Setia Sehidup Semati” Kapsyen 18 Tahun Cinta Sejati Aliff Syukri Buat Isteri

“Satu-satunya manusia yang tidak sedarah denganku, tapi selalu memberikan segalanya untukku…”

“Dia yang ibu dan bekerja bersama saya susah dan senang, yang selalu berjuang untuk apa yang saya inginkan… dari hal yang sekecilpun, untuk segalanya untukku.”

Datin Seri Shahida bukan sekadar isteri, malah wanita besi yang pernah turut mengendalikan urusan syarikat, menguruskan rumah tangga, serta membesarkan anak-anak mereka dalam suasana yang penuh cabaran. Beliau bukan selebriti, tetapi tetap dikenali kerana aura tenang dan kematangan yang menjadi pelengkap kepada suaminya yang penuh karisma.

“Bukan Sedarah, Tapi Setia Sehidup Semati” Kapsyen 18 Tahun Cinta Sejati Aliff Syukri Buat Isteri

Ads

Ucapan ikhlas Dato’ Seri Aliff Syukri di akhir kapsyennya membuatkan ramai netizen menitiskan air mata:

“Semoga wife papa panjang umur, murah rezeki, sihat dan bahagia selalu…”i

Dalam dunia yang penuh dengan kisah perpisahan dan drama rumah tangga selebriti, coretan ringkas ini menjadi satu angin segar  bukti bahawa cinta yang jujur dan kesetiaan itu masih wujud.

Meninjau di ruangan komen netizen turut membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan doa agar pasangan ini terus kekal bahagia hingga ke syurga.

Ads

Untuk info, Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Shahida, dikurniakan enam orang anak kandung iaitu Ammar Ahyan (17 tahun), Qadejah El Zahra (15 tahun), Ibraheem Adham (13 tahun), Yusoff Al Qardawi (8 tahun), Raudah Arshiyah (6 tahun), dan Luqman Al-Hakim (4 tahun).

“Bukan Sedarah, Tapi Setia Sehidup Semati” Kapsyen 18 Tahun Cinta Sejati Aliff Syukri Buat Isteri

Keenam-enam anak ini membesar dalam suasana penuh kasih sayang dan sering menjadi perhatian ramai di media sosial.

Sumber: aliffsyukriterlajaklaris

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads