“Fiona, kau dah ada dua orang anak kan? Ajarlah aku resipi makanan bayi, nak cuba bagi dekat Adam nanti!”, tanya Nadia dalam keadaan teruja.

Kedatangan si comel dalam keluarga memang memberi banyak perasaan positif. Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak kecil mereka, terutama sekali apabila bayi sudah mula makan makanan pejal.

Bukan Semua Jenis Makanan Sesuai Diberi Pada Anak, Ini Senarai Makanan Yang Patut Dielakkan

Namun, ibu bapa harus peka akan 5 makanan yang dilarang untuk diperkenalkan kepada si comel anda.

Usah perkenalkan makanan bayi ini dulu

Terdapat beberapa jenis makanan yang belum sesuai untuk bayi kerana faktor umur mereka. Proses pencernaan mereka belum berkembang sepenuhnya seperti orang dewasa.

Oleh itu, penting untuk anda mengambil kira resipi makanan bayi yang boleh memudaratkan kesihatan mereka.

Makanan tinggi kandungan garam

Banyak makanan, terutama sekali makanan yang diproses mengandungi kandungan garam yang tinggi. Kandungan garam tinggi tidak baik untuk diet bayi anda kerana ia akan memberi efek terhadap buah pinggang mereka.

Tidak perlulah untuk letak garam, kiub stok atau kuah yang mengandungi garam ke dalam diet bayi anda. Sebaliknya, anda boleh membuat broth sendiri daripada tulang atau kaki ayam tanpa garam. Ia lebih sihat dan membantu perkembangan antibodi bayi anda.

IKLAN

Contoh makanan tinggi kandungan garam ialah :

  • dendeng daging
  • sosej
  • kentang goreng bergaram
  • kerepek
  • makanan yang dibeli di luar

Makanan tinggi kandungan gula

Resipi makanan bayi anda tidak perlu kandungan gula yang banyak. Bukan makanan sahaja, namun ingatlah bahawa banyak minuman yang mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti minuman berkarbonat.

Jus buah dikaitkan dengan gaya hidup sihat bagi yang dewasa, tetapi ia tidak baik sama sekali untuk si comel anda. Walaupun tidak bergula, proses membuat jus tersebut telah menyingkirkan khasiat yang diperlukan oleh bayi anda.

Kandungan gula tinggi juga menjejaskan tumbesaran gigi anak anda.

Beberapa makanan tinggi gula yang tidak digalakkan ialah:

  • Minuman berkarbonat
  • Jus
  • Biskut
  • Agar-agar

Makanan tinggi lemak tepu

IKLAN

Makanan bayi anda tidak seharusnya mengandungi lemak tepu yang tinggi.Bacalah label nutrisi makanan sebelum membeli untuk si comel anda. Pilihlah makanan yang mempunyai kandungan lemak tepu dan lemak trans bawah 2 gram.

Lemak tepu berupaya untuk meningkatkan risiko masalah jantung kepada si kecil anda.

Ia senang dijumpai dalam kumpulan makanan ringan dan makanan segera. Contohnya :

  • Biskut, kek, pai
  • Manisan
  • Burger diproses
  • Sosej
  • Nuget

Seperti nuget dan juga burger, ia senang sekali untuk dibuat sendiri. Anda boleh dapatkan resipi yang lebih berkhasiat untuk makanan bayi anda dan cuba sendiri di rumah.

Madu, masalah untuk makanan bayi juga?

Kadangkala, sesetengah madu mengandungi kuman yang boleh menghasilkan toksin dalam usus bayi, dikenali sebagai toksin botulinium. Ia mampu menjejaskan kesihatan bayi anda, dan menyebabkan penyakit infant botulism.

IKLAN

Keadaan ini bahaya kerana toksin itu boleh menyerang sistem saraf bayi dan menyebabkan kelumpuhan. Selain itu, ingatlah madu juga tinggi kandungan gulanya. Ia tidak bagus untuk diet bayi anda dan boleh merosakkan gigi si manja. Cuba elakkan beri madu kepada bayi anda sehingga mereka berumur setahun ke atas.

Kekacang – makanan bayi atau tidak?

Jawapannya, tidak. Tunggulah sehingga si manja anda berumur 5 tahun ke atas kerana bayi berisiko tercekik jika makan kacang. Namun begitu, jika kacang tersebut dikisar, ditumbuk atau dalam bentuk mentega kacang, anda boleh cuba untuk memberi kepada bayi anda.

Haruslah ingat bahawa jika bayi, anda atau ahli keluarga terdekat mempunyai alergi untuk sesetengah makanan, lebih elok untuk anda berjumpa dengan doktor sebelum cuba memberinya kepada si manja.

Konklusi

Terdapat banyak lagi resepi makanan bayi yang tidak digalakkan untuk diberikan kepada bayi anda. Resepi makanan bayi yang elok seharusnya semula jadi, dimasak sepenuhnya dan tidak mengandungi banyak bahan perasa.

Sememangnya sukar sama sekali untuk menidakkan kemahuan si comel anda, namun ingatlah sesetengah makanan yang diberikan terlalu awal mampu memudaratkan kesihatan mereka.

Sebelum memperkenalkan makanan baru kepada anak anda, silalah rujuk kepada pegawai perubatan atau pegawai dietetik untuk mendapat informasi lanjut yang tepat dan bermanfaat untuk si manja.

Kredit: Hello Health

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI