Masalah anak cerewet atau susah makan antara perkara normal dalam kalangan anak kecil berusia bawah 9 tahun.

Biasanya ia boleh menjadi situasi tegang kepada ibu bapa dan juga anak. Kedua belah pihak akan berusaha untuk memastikan mereka menang dalam ‘pertempuran’ tersebut.

Bagi ibu bapa ia satu kejayaan bila anak dapat menghabiskan makanan. Sementara anak pula menganggap paksaan ibu bapa waktu makan boleh menjadi mimpi ngeri kepada mereka dan boleh memberi kesan pada perkembangan emosi.

Perkongsian daripada Dr Amalina Mohd Daud boleh dijadikan panduan agar masalah anak ‘picky eater’ dapat diatasi dengan baik.

Bila anak tak makan, tentu kita susah hati. Lalu kita pun mengambil approach untuk menggalakkan anak makan lebih.

Tanpa kita sedari, approach yang kita ambil itu sebenarnya memberi tekanan pada anak dan menyebabkan anak semakin stress pada waktu makan

Saya tak nafikan approach yang diambil berkesan. Tapi hanya short term sahaja. Long term anak tetap taknak makan dan mungkin juga anak semakin tidak suka makanan yg sebelum ini dia suka.

Tanpa Sedar Ada Perbuatan Mak Ayah Buat Anak Jadi Stres Waktu Makan

Food aversion!!

Waktu makan sepatutnya adalah waktu neutral. Anak tidak dipuji atau dikeji jika anak nak makan atau tidak makan.

IKLAN

Dulu saya tak percaya teknik ni. Saya cerita nutrient. Doktor lah sangat kan. Anak tak excited pun. Puji dia, bribe dia – memang jadi. Waktu tu jelah. Waktu lain tak jadi. Takkan lah tiap kali makan nak bagi aiskrim pulak.

Tapi bila saya being neutral, memang anak yang dulu picky dah mula tunjuk minat untuk makan

Antara perbuatan tanpa sedar ibu bapa yang membuatkan anak stres waktu makan adalah seperti berikut:

1. Bagi nasihat pemakanan

Antara ayat-ayat yang selalu kita beritahu pada anak seperti “Abang nak jadi budak besar dan kuatkan?”, Abang kena makan lebih protein untuk (kita bagilah sebab-sebabnya), “Ni bagus ni untuk adik…berkhasiat…

IKLAN

Tanpa Sedar Ada Perbuatan Mak Ayah Buat Anak Jadi Stres Waktu Makan

2. Paksaan atau ugutan

Melakukan beberapa cara paksaan atau ugutan demi nak pastikan anak makan. Antaranya seperti ikat anak ketika menyuap makanan, bagi ayat ugutan macam “kalau adik tak makan nanti daddy marah” atau “habiskan dulu makan baru turun kerusi”.

3. Merasuah

Tanpa sedar perbuatan seperti merasuah juga menyebabkan kesan buruk pada tabiat pemakanan anak. Contohnya seperti:

IKLAN
  • Makan dua gigit je lepas tu dapat aiskrim.
  • Upah anak duit atau mainan kalau makan.
  • Upah anak video game kalau habiskan makanan.

4. Mengalih fokus

  • Beri anak makan sambil tengok TV atau gajet.
  • Beri anak makan sambil anak bermain.

Perbuatan macam ini walaupun akhirnya anak berjaya menghabiskan makanannya tetapi ada kesan tak elok pada tabiat pemakanan kelak.

5. Memalukan dan buat rasa bersalah

Kadangkala tanpa sedar kata-kata kita sebagai ibu bapa turut menyebabkan anak bencikan waktu makan.

Kata-kata seperti “kan adik minta mommy masak mi, sekarang makan!” atau “kalau adik sayang mommy, adik habiskan!”

6. Pujian

Pujian juga boleh menyebabkan anak jadi stres dan tertekan bila tiba waktu makan. Antaranya seperti bagi kata-kata pujian yang kononnya untuk membuatkan anak lebih bersemangat suka makan sebaliknya dia jadi lebih benci iaitu

  • “Wahhh bagusnya habiskan makanan ni!”
  • Gunakan sticker chart
  • Menepuk dan bersorak

Sumber: @amalina_mohd_daud

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI