Tugas untuk mendidik dan membesarkan anak bukanlah sesuatu yang mudah. Cara didikan juga perlu berbeza antara anak lelaki dan perempuan. Ada caranya yang tertentu bagi memastikan mereka membesar sebagai individu yang terbaik.
Ketika mendidik anak perempuan sepanjang proses tumbesaran mereka, perlulah dielakkan enam perkara ini. Seperti yang dikongsikan oleh Ustazah Aminah Mat Yusoff, semoga menjadi panduan buat ibu ayah di luar sana.
Pesan Imam Al-Ghazali..Jauhilah 6 perkara ini daripada anak perempuan.
Beberapa orang sahabat tanya saya, apakah bekal yang terbaik untuk seorang anak perempuan agar mereka beroleh kebahagiaan, pandai bawa diri, menyejukkan hati dan menjadi bakal isteri yang dicari-cari?
Perkara yang paling penting dalam hidup seorang anak perempuan ialah persekitaran yang baik, selamat, mawaddah dan penuh dengan mahabbah.
Pesan Nabi SAW : عن أبي سعيد الخدري ، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : « إياكم وخضراء الدمن » ، فقيل : يا رسول الله ، وما خضراء الدمن ؟ قال : « المرأة الحسناء في المنبت السوء »
Dari Abu Sa’id al Khudry radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jauhilah khadhraaad diman.”
Mereka berkata, “Apakah khadhraaad diman wahai Rasulullah?”
Ads
Baginda bersabda, “Wanita cantik yang tumbuh dalam lingkungan buruk.”
Dalam hadith ini Rasulullah SAW menyatakan pentingnya background family seorang perempuan. Anak yang didik dengan kasar, bebas, persekitaran yang tidak sihat sangat memberi pengaruh kepada pembentukan karekter dan sifatnya.
Ingat baik-baik pesan Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin (kitab Tassawuf yang terkenal):
Jauhi anak perempuan dari 6 sifat ini:
1. Al-Annanah : Suka mengeluh dan malas. Anak perempuan yang dimanjakan, banyak mengeluh dan suka mengadu. Buat-buat sakit, penat dan rasa terbeban dengan tugasan hariannya. Berpura-pura sakit kerana malas, banyak tidur dan menghabiskan masanya dengan hiburan semata-mata.
Bekalkan anak-anak dengan ilmu agama, ilmu keduniaan, ilmu kehidupan, skill penting seperti masak, kemas rumah, menjaga kebersihan diri dan keluarga. Ajari mereka cara hidup yang susah dan berdikari. Hadiahkan mereka dengan kata-kata semangat dan pujian bukan dalam bentuk meterial semata-mata. Sentiasalah berdoa, sedekahkah al-Fatihah untuk roh mereka setiap malam dan ajari mereka lazimi surah al-Qadr untuk selamat dari maksiat.
2. Al-Mananah: Suka mengungkit-ngungkit Setiap kebaikan yang dilakukan lalu disusuli dengan sikap mengungkit-ngungkit, akan menghilangkan pahala kebaikan. Ajar anak untuk jadi seorang yang ikhlas dan redha dengan setiap usaha yang dilakukan. Terapkan nilai afektif, nilai murni dalam kehidupan seharian. Ia melatih anak-anak melakukan rutin harian dengan penuh rasa tanggungjawab dan tidak rasa terbeban. Disiplinkan mereka dengan jadual kehidupan yang teratur dari awal, jika sudah terlambat anak-anak akan mengatur kehidupannya dengan cara yang salah.
3. Al-Hananah : Merindui orang yang tidak sepatutnya. Bahaya jika anak perempuan mula menaruh minat dan merindui seorang lelaki yang bukan pasangannya. Ia sedang menghampiri fitnah dan kerosakan. Rasa cinta, rindu dan suka itu tidak salah tapi mesti berada pada landasan yang betul. Penting ibu ayah terapkan rasa malu pada anak-anak perempuan agar peribadi dan akhlaknya sentiasa terjaga.
4. Al-Haddaqah : Boros dan suka berbelanja. Habit ini boleh mengundang kecenderungan lain yang lebih bahaya. Jika tidak dapat penuhi keinginannya kerana tidak mampu dan keluarga tidak berduit mungkin anak ini akan sanggup berhutang, mencuri dan meminta-minta. Ajari anak cara berjimat cermat, membeli apa yang perlu dan tidak mengikut nafsu. Menjadi bebanan yang sangat berat pada ibu ayah dan juga suaminya jika sifat boros ini tidak dikawal dengan baik.
Ads
5. Al-Barraqah : Imam Al-Ghazali mentafsirkan perkataan ini dengan dua makna, a) Melampau dalam berhias semata-mata untuk mendapat perhatian orang ramai. Perbuatan ini mempunyai unsur maksiat dan mendatangkan dosa. Sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah. Didik anak dengan sifat wasatiyyah iaitu bersederhana dari segala sudut. Sederhana ketika berhias dan berpakaian adalah lambang keindahan peribadi.
b) Bersifat selfish, pentingkan diri. Perumpamaan yang diberikan ialah menyembunyikan makanan yang sedap untuk dirinya dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain termasuk ahli keluarga atau suaminya.
6. Al-Syaddaqah : Banyak bercakap perkara yang sia-sia. Lidah punca ke Neraka, juga punca ke syurga. Latih anak-anak menggunakan bahasa yang sopan dan sedap didengar. Ibu ayah yang suka bergaduh depan anak-anak akan mempengaruhi perwatakan dan pemikiran anak. Anak berubah menjadi ganas, menggunakan bahasa yang kasar dan melawan cakap kerana ia diserap melalui persekitaran dan cara didikannya.
Jangan tunggu anak-anak dah jauh tersasar kerana kita tidak mampu lagi berhadapan dengan mereka. Pastikan kawannya adalah orang yang baik dan boleh dipercayai, pastikan juga bahan bacaan anak-anak, web yang dilayari, idola anak-anak dan minat anak-anak. Semua itu akan mempengaruhi pemikiran dan karekter mereka.
Moga perkongsian ini bermanfaat untuk sahabat semua.
-Aminah Mat Yusoff – #BicarakuKeranaAllah #AllahSentiasaDhati
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rutin sebelum masuk tidur yang dibuat secara konsisten dapat membantu anak-anak tidur lama dan nyenyak. Ini salah satu cara untuk anda habiskan masa berkualiti dengan mereka.
Para saintis mengatakan rutin sebelum masuk tidur ini dapat membantu anak-anak untuk mereka membesar dengan kemampuan untuk berkomunikasi dan berdikari.
Kebanyakan ibu bapa kurang peka dengan kebaikan melakukan rutin ini. Perkara yang sebenanrnya jika rutin ini dibuat setiap hari, ia dapat mengurangkan stres ibu dan ayah. Anak-anak pula akan merasa lebih disayangi, tingkah laku mereka akan menjadi lebih baik dan sentiasa bersedia untuk belajar.
Pa&Ma senaraikan aktiviti yang boleh anda lakukan dengan anak-anak:
MEMBACA BUKU
Melakukan rutin ini membuka ruang untuk anak-anak bermanja dengan anda. Ketika anda bacakan buku untuk mereka, biarkan mereka dalam pelukan atau berbaring atas riba. Waktu membaca juga membantu anak-anak belajar pelbagai konsep baharu, penggunaan bahasa yang lebih luas dan membuka minat mereka untuk membaca.
GOSOK GIGI DAN PAKAI BAJU TIDUR
Aktiviti ini dapat membina sifat berdikari serta kemahiran mereka menguruskan diri sendiri.
MINUM AIR MASAK
Selepas minum air, selimutkan mereka dan kucup dahi mereka. Itu salah satu cara mereka tahu yang anda benar-benar mengambil berat tentang diri mereka.
BERITAHU ANAK ANDA SAYANGKAN MEREKA
Bukan itu saja, beritahu juga betapa anda bangga dengan mereka. Sebut juga setiap perkara possitif yang mereka lakukan sepanjang hari dan sentiasa ingatkan mereka jika ada yang tidak betul mereka lakukan. Kalau ada perkara nakal yang mereka buat, tegur dengan berhemah sebelum menghukum. Jangan lupa untuk beritahu anak anda yang mereka itu manusia kegemaran anda di seluruh dunia!
Berikan mereka pelukan waktu malam dapat menyalurkan rasa sayang dan kebaikan kepada mereka tanpa perlukan berkata apa-apa.
Bukan sahaja semua kebaikan ini akan anda perolehi, bahkan rutin ini dapat membuka ruang untuk anda menjadi pendengar yang baik untuk anak-anak. Ketika di dalam bilik tidur, keadaan sunyi dan tenang. Anak-anak akan lebih terbuka untuk bercerita kepada anda. Setiap kerisauan, kegembiraan atau apa saja yang mereka rasakan akan mereka kongsikan dengan anda.
Perasan atau tidak, anak-anak suka bersembang ketika mahu lena? Anda pula menyuruh mereka terus tidur tanpa mahu mendengar cerita mereka. Itu sebenarnya yang menjadi punca mengapa anak-anak berahsia dan ‘menjauh’ dari anda. Cubalah rutin ini dan mungkin anda dapat lihat sendiri perubahannya kepada anda sekeluarga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pernah atau tidak anda memanggil si kecil namun tiada sahutan. Padahal di usia mereka sepatutnya mereka sudah boleh menoleh dan menyahut apabila dipanggil.
Perkongsian oleh Puan Siti ‘Aisyah Rozalli tentang kerisauan ibu ayah bila anak tidak menyahut bakal menjawab persoalan anda. Menurutnya sebagai terapis, dia bakal mencadangkan 2 perkara jika keadaan tersebut berlaku kepada si kecil anda.
Dia juga turut senaraikan aktiviti yang boleh dibuat untuk anak-anak yang mempunyai masalah sedemikian.
Ikuti perkongsian Siti ‘Aisyah:
RISAU SUNGGUH BILA KITA PANGGIL, ANAK TAK MENYAHUT KAN?
Anak 8 – 10 bulan, sebenarnya dah boleh menyahut panggilan, atau menoleh bila nama dipanggil tau.
Biasanya kalau kita panggil je nama dia…
“Husam….”
Anak akan terus menoleh.
Tapi, macam mana pula kalau anak kita BUAT TAK TAHU BILA KITA PANGGIL?
Kalau tanya saya, sebagai terapis, saya akan cadangkan 2 PERKARA PENTING:
CEPAT-CEPAT JUMPA TERAPIS
Yang ni memang penting. Terapis kanak-kanak akan tengok samada anak anda ada kelewatan perkembangan tak.
Nanti, terapis akan cadangkan jumpa doktor untuk lakukan diagnosis. Biasanya nak jumpa doktor ni, kena tunggu appointment. So, jangan lengah terus jumpa terapis berdekatan dulu.
CEPAT-CEPAT BUAT AKTIVITI RANGSANGAN
Yang ni yang TERPALING PENTING.
Sementara nak tunggu appointment dengan terapis, (biasanya jumpa terapis selang seminggu ke selang sebulan).
Buat aktiviti rangsangan 15 – 30 minit setiap hari dengan anak.
Nak buat aktiviti apa?
Ha… ni yang ibu ayah kena belajar.
❗Anak yang tak menyahut bila panggil ni, kita khuatir ada masalah sensori.
Sensori tu apa?
❗Sensori tu deria.
❗Anak ni susah nak adjust deria dia untuk dengar, untuk pandang apa yang orang sekeliling dia cakap dan buat.
❗Ibu ayah kena belajar buat aktiviti multisensori.
Senang sebenarnya.
Ni saya share 10 aktiviti yang boleh bantu anak lebih peka dengan panggilan kita.
Penerangan lanjut tentang aktiviti, ada di ruang gambar.
Cabut sepit dari kad
Sepit di kad
Kutip, simpan dalam tabung
Cari dalam beras
Tiup buih sabun
Bunyi Xylophone
Patung mandi dengan span air
Cuba teka kotak mana?
Roda bergolek
Banyaknya belon!
Aktiviti ni semua akan bantu anak peka dengan kita yang sedang main dengan dia.
Bila anak lebih peka, baru lah anak lebih senang nak BELAJAR BERCAKAP.
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Akan bersiaran setiap Rabu pada jam 9 malam, dan ulangan setiap Ahad jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104 & 124.
Apabila anak menunjukkan lambat respons, tiada eye contact & mulut sering terbuka, ibu bapa mana yang tidak risau. Dato’ Aliff Syukri bimbangkan kesihatan dan perkembangan anak angkatnya, Qayyum (Yom).
Jutawan kosmetik, Dato’ Aliff Syukri menyatakan kebimbangan melihatkan perkembangan Yom, 1 tahun yang agak berbeza. Selain lambat respons, tiada eye contact & mulut sering terbuka, Yom juga sering menangis.
aliffsyukriterlajaklaris Abah akan cuba yg terbaik.. Sebenarnya sy jugak pelik bila yom dah setahun ttp dia agak slow respon, mata x memandang org cakap, mulut 24jam terbuka, pergerakan dan dan punya banyak sakit takut ada masalah lain.. berbanding anak saya yg lain.. kami sedang buat rawatan utk Yom.. Ada cara lain tak selain jumpa doktor @babyterlajaklaris
Para follower yang prihatin memberikan responds kepada pertanyaaan Dato’ Aliff dengan memberikan beberapa cadangan seperti membawa Yom mendapatkan pemeriksaan pakar kanak-kanak, pakar pendengaran ENT dan sebagainya. Ada yang memberikan pendapat ia adalah petanda awal autisme.
Membawa si kecil melihat dunia amat baik untuk perkembangannya. Ia adalah satu bentuk rangsangan yang menggalakkan bayi menerokai sesuatu yang baru. Nak bawa mereka bersama tentu ada panduannya, lebih-lebih lagi jika ke luar negara.
Mama papa boleh dapatkan tip lanjut dalam rancangan TV Pa&Ma, 13 November 2018 jam 12 tengah hari dan 9 malam di Astro Prima & Astro Maya HD yang bertajuk Pengembara Cilik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.