Ibu bersalin C-Section tidak perlu berbengkung? Kenyataan ini sama sekali tidak berasas. Ibu yang bersalin melalui pembedahan digalakkan untuk berbengkung agar perut yang menggeleber dapat disokong dan melindungi luka pembedahan.

Jika ibu yang bersalin melalui pembedahan mahu mengenakan bengkung, ia sudah boleh dipakai selepas 12-24 jam selepas bersalin. Bengkung lilit atau bengkung barut boleh dipakai selepas enam ke 12 bulan selepas melahirkan anak dan luka pembedahan sudah pulih.

Bukan Soal Nak Kempiskan Perut, Tapi Pakai Bengkung Tu Untuk Protect Luka Pembedahan

Bengkung berpelekat dari material kapas sesuai buat ibu yang bersalin secara pembedahan. Berbeza dengan bengkung lilit dan bengkung barut, penggunaannya adalah untuk menyokong perut gelebeh agar tidak menghempap luka pembedahan. Ia juga untuk mengelak pergerakan yang berlebihan pada perut serta mengurangkan kesakitan ketika ibu batuk atau terbersin.

Artikel Menarik: [Betul Ke Orang Kata Tak Suka Melaram, Wajah Kusam Mesti Dapat Baby Boy]

Bukan Soal Nak Kempiskan Perut, Tapi Pakai Bengkung Tu Untuk Protect Luka Pembedahan

Memakai bengkung ini juga bertujuan untuk memastikan otot perut kemas agar ia tidak bergoyang ketika ibu bergerak. Selain memudahkan proses menyusu ketika sedang duduk atau baring mengiring, penggunaan bengkung ini juga dapat mengelakkan ibu makan terlalu banyak.

Bukan Soal Nak Kempiskan Perut, Tapi Pakai Bengkung Tu Untuk Protect Luka Pembedahan

IKLAN

Risiko Tidak Berbengkung:

  • Rahim lambat mengecut dan tidak kembali ke bentuk asal
  • Perut menjadi boroi dan menggeleber
  • Punggung akan mengembang
  • Bentuk tubuh tidak kembali kepada yang asal
  • Dimasuki angin
  • Rekahan dan regangan lambat hilang
  • Sakit tulang belakang dan punggung
  • Si ibu cenderung untuk makan berlebihan
  • Perut kembung dan dimasuki angin

Jika mahu memakai bengkung barut, tunggu sehingga enam hingga 12 bulan selepas melahirkan. Jangan pandang ringan kepentingan berbengkung kerana ia sudah dipraktikkan sejak zaman dahulu kerana ia banyak memberi kebaikan kepada para ibu.

Selain pemakaian bengkung, terdapat banyak cara lain yang boleh anda buat jika mahu mengempiskan perut selepas bersalin secara pembedahan. Pa&Ma senaraikan beberapa kaedah, yang mungkin boleh anda praktikkan:

Elak minum banyak air sekali gus

Amalan minum air dalam amaun yang banyak sekali gus akan menyebabkan ruangan perut menjadi besar dan buncit. Sebaik-baiknya minum air sedikit demi sedikit dan minum dalam keadaan duduk.

IKLAN

Artikel Menarik: [Jangan Buat Selamba Kalau Demam Trimester Pertama. Boleh Jejas Pembentukan Organ Bayi]

Apabila minum dalam keadaan berdiri, air yang memasuki tubuh akan memberikan tekanan kepada perut.

Zumba atau tarian pinggul

Tarian gelekan pinggul seperti tarian Arab membantu menguatkan otot di bahagian pelvis. Tarian zumba pula memerlukan pergerakan aktif seluruh tubuh. Jadi, semua bahagian tubuh termasuk perut akan menerima kesan positifnya.

IKLAN

Bukan Soal Nak Kempiskan Perut, Tapi Pakai Bengkung Tu Untuk Protect Luka Pembedahan

Namun begitu, hal ini hanya dapat anda lakukan selepas enam minggu bersalin. Minta nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum memulakan sekarang jenis senaman termasuklah tarian zumba dan tarian Arab.

Elakkan gula dan lemak

Keduanya adalah pantang besar jika anda mahu kempiskan perut! Lemak dan gula berlebihan yang tidak ditukarkan kepada tenaga akan menimbun di dalam badan, termasuklah di bahagian perut

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI