Bukan Suka-Suka Larang Bagi Susu Kambing Untuk Rawat Jaundis Bayi. Ini Sebabnya!

Share

Jaundis adalah perkara normal disebabkan organ hati baru nak berfungsi fungsi. Kuning naik disebabkan oleh kadar bilirubin yang masih tidak dapat dileraikan oleh hati. Tetapi jika terlalu tinggi akan membahayakan nyawa baby.

[Baca: Elak Beri Susu Kambing Untuk Hilangkan Kuning Bayi! Berikan Susu Ibu Secukupnya]

Menurut laman Myhealth, lebih 50% bayi akan mengalami masalah jaundis atau demam kuning pada minggu pertama selepas kelahiran mereka. Manakala lebih 80% bayi tidak cukup bulan akan menghidapi jaundis di antara lima hingga tujuh hari selepas kelahiran. Biasanya ia akan hilang dua bulan selepas kelahiran. Jaundis atau demam kuning sering dialami oleh bayi baru lahir dan ini cukup membimbangkan ibu bapa. Jaundis yang normal dialami oleh bayi baru lahir selepas dua atau tiga hari mereka dilahirkan, dan akan hilang selepas dua minggu.

MITOS ANAK JAUNDIS vs SUSU KAMBING

Anak kuning (jaundice)?

Maka cara nak keluarkan adalah melalui najis besar anak…Nak kerap buang najis besar?
BAGI SUSU IBU SAHAJA.

Jangan gatal nak bagi susu kambing la, air anggur la sebab tindakan hang tu boleh memudaratkan baby!!!

Alaa beberapa titis saja…Aku cubit kuat kuat nanti..Boleh bagi kepastian betapa bersih susu kambing tu?

Tau tak lemak, protein, kandungan zat dalam susu kambing tu tak boleh dihadam lagi oleh baby?

Alaa sunnah Rasulullah SAW minum susu kambing..Tang mana sunnah Rasullullah SAW minum susu kambing bawah usia 2 tahun sedangkan kalau ibunya tidak dapat susu beliau masih ada ibu susuan.

Baby yang kuningnya tinggi normal sentiasa nak tidur..Tugas ibu:

1. Kerap susu kan anak setiap 1-2 jam sekali
2. Gerakkan anak bangun menyusu kalau tidur lama sangat
3. Menjalani rawatan phototherapy jika perlu

Nak bagi apa-apa bagi dekat mak nya..jangan bagi dekat baby..Nak bagi susu kambing sekali suh minum 1 liter pun takpe..

Ulang semula

JANGAN BAGI BABY BAWAH 6 BULAN MINUM SELAIN SUSU IBU !!!!

Sekian~Kerapkan penyusuan ibu-ibu sekalian

Sumber: Dietitian Fizah Sobri

IKLAN