
Waktu isteri tengah susukan anak, jangan ingat dia cuma bagi ‘susu’.
Yang dia beri tu termasuk tenaga, emosi, tidur, dan kadang-kadang air mata.
Dan inilah waktu paling penting untuk suami buktikan cinta bukan sekadar kata-kata.
ini masa untuk kau jadi hero.
Puting luka, bengkak susu, anak menyusu tanpa henti sampai 2 jam semua tu real.Bila isteri kau tahan sakit tapi tetap susukan anak, itu bukan drama. Itu perjuangan.
Tengah malam anak menangis nak susu jangan pura-pura tidur.
Ambil anak, bagi dekat isteri. Lepas tu tolong sendal bantal, lap peluh dia, temankan.
Walau kau tak boleh susukan anak, kau tetap boleh buat dia rasa tak bersendirian.
Kadang isteri penat bukan sebab susu tak keluar…
Tapi sebab dia rasa macam tak dihargai.
Suami yang tahu puji, peluk, dan ucap “terima kasih” dia lah penyambung semangat tu.
Suara kau boleh jadi ubat paling mujarab.
Susu tak akan keluar kalau isteri stress melampau.
Jadi kalau dia penat, jangan tanya “kenapa susu sikit?”
Tanya dulu, “Apa boleh abang tolong hari ni?”
Kadang dia penat. Kadang susu drop. Kadang dia rasa nak berhenti.
Masa tu, kau kena jadi bahu untuk dia sandar.
Bukan paksa dia sambung, tapi tenangkan dia. Tunjuk kau sayang dia, bukan sebab dia breastfeed, tapi sebab dia dah buat yang terbaik untuk anak korang.
Anak itu rezeki. Tapi nak besarkan anak, perlukan dua hati yang saling jaga satu sama lain.
Kalau suami tahu peranan dia waktu isteri menyusu, hubungan bukan sekadar jadi kuat –
ia jadi luar biasa.