Memilih untuk menidurkan anak dalam buaian bukanlah satu kesalahan. Semuanya bersebab malah ia pilihan terakhir untuk tidurkan anak yang ‘high demand’ misalnya. Malah penggunaan buai juga tidak disyorkan dalam perubatan.

Pun begitu, menurut kata Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan, Doktor Kesihatan dan Perubatan, penggunaan buaian amat baik untuk anak beraktiviti namun dengan pemantauan ibu bapa.

Bukan Untuk Tidurkan Anak, Biasakan Anak Main Buai Untuk Aktiviti, Lagi Selamat!


Kajian perubatan masa kini yang menunjukkan bahawa ada risiko kecederaan jika bayi dibuaikan, jadi ramai ibu bapa mula elakkan buai digunakan kepada anak-anak mereka.

Kalau nak juga gunakan buai, boleh tak? Boleh, tapi ada syaratnya:

1. Elakkan guna buai henjutan. Gunakan buai ayunan. Radius ayunan harus kecil dan dibuai dengan lembut, tidak laju atau mengejut.

Bukan Untuk Tidurkan Anak, Biasakan Anak Main Buai Untuk Aktiviti, Lagi Selamat!

2. Anak hendaklah sentiasa di bawah pemantauan ibubapa atau penjaga. Jangan tinggalkan anak sendirian di dalam/atas buai.

3. Buaian adalah alat untuk aktiviti, bukan tempat tidur. Guna semasa anak berjaga. Bila sudah tidur, alih ke tempat tidur yang selamat.

4. Perlu tahu apa risikonya. Kecuaian penggunaan buai, boleh membawa kepada kecederaan serius serta kematian anak anda.

IKLAN

Bukan Untuk Tidurkan Anak, Biasakan Anak Main Buai Untuk Aktiviti, Lagi Selamat!

Sebenarnya, ada kajian perubatan yang menunjukkan bahawa penggunaan buai amat penting dalam membantu perkembangan kanak-kanak (bukan bayi) yang optimum.

Bermain buaian dapat membantu perkembangan fizikal serta neuro-sensori, seperti: vestibular (keseimbangan), proprioception (posisi tubuh) dan visiospatial(keberadaan).

Perkembangan neuro-sensori ini memastikan kanak-kanak membesar menjadi seorang dewasa yang tinggi ketahanan fizikal, cekap dalam tugasan, dan mudah belajar sesuatu kemahiran.

Selain itu, ia juga melatih kanak-kanak tentang penilaian risiko. Jika kita tak benarkan kanak-kanak mengambil dan terdedah kepada risiko, maka keberanian dan keyakinan akan terbantut.

Memandangkan ia banyak memberi manfaat kepada perkembangan kanak-kanak, buaian adalah permainan yang pasti ada di taman permainan, selain jongkang-jongkit dan papan gelongsor.

IKLAN

Permainan itu semua merangsang sistem neuro-sensori dengan mendedahkan kanak-kanak kepada pergerakan vertikal(atas-bawah), linear(sejajar), putaran(rotary), ayunan(swing).

Bukan Untuk Tidurkan Anak, Biasakan Anak Main Buai Untuk Aktiviti, Lagi Selamat!

Kebanyakan taman permainan masa ini telah direka untuk mengurangkan risiko kecederaan. Ia menggunakan rekaan, material dan material yang lebih selamat. Ia juga lebih inklusif kepada semua.

Kesimpulannya, buaian boleh mendatangkan mudaratan dan ada juga mendatangkan kebaikan.

Jadi, kita kena tahu bagaimana menggunakannya dengan selamat.

Nota Ringkas
* Bayi = tak digalakkan guna buai
* Kanak-kanak = digalakkan main buai

IKLAN

Semoga bermanfaat.

Menarik: Bila Susukan Emelia, Eusoff Menangis, Dilema Perhatian Pada Anak Kembar, Dr Halina Sebak!

Bukan Untuk Tidurkan Anak, Biasakan Anak Main Buai Untuk Aktiviti, Lagi Selamat!

Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.

Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/

Bukan Untuk Tidurkan Anak, Biasakan Anak Main Buai Untuk Aktiviti, Lagi Selamat!

Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.

Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI