“Bunga Abah” Syafiq Farhain Timang Anak Perempuan, Teruja Bergelar Bapa!

Share

Diam tak diam, penyanyi Syafiq Farhain kini bergelar bapa selepas menyambut kelahiran cahaya mata sulungnya yang lahir pada Jun lalu.

Menerusi Instagram, Syafiq memuat naik sekeping gambarnya yang sedang memangku cahaya mata perempuannya.

Akui Syafiq Farhain lagi, dia memuat naik foto anaknya itu kerana ingin mengelak kekeliruan kerana masih ramai menyangka dia masih lelaki bujang.

Tambahnya Syafiq lagi, dia kini cukup teruja dengan gelaran barunya sebagai bapa selepas kelahiran cahaya mata sulungnya itu pada 6 Jun lalu.

“Bunga abah,” tulisnya di Instagramnya. 

Jelas terpancar kegembiraan dan wajah lelaki bergelar ayah, Syafiq segak menyendong bayi comelnya yang kini baru berusia hampir tiga bulan.

“Sebelum ini saya hanya kongsi sikit sahaja. Tak dedahkan wajah anak.

“Ramai juga yang bertanya malah ada yang masih belum tahu saya sudah berkahwin. Jadi perkongsian di sosial media itu menjawab segala persoalan.

“Apabila berkongsi sekurang-kurang orang tahu saya dah berpunya dan kini sudah jadi bapa,” katanya berkongsi.

Tidak hanya berkongsi gambarnya bersama jantung hatinya itu bahkan Syafiq juga turut berkongsi nama pilihannya dan isteri iaitu, Nur Eshal Zahra.

Untuk rekod Syafiq dan isteri iaitu Alia Nadia, 29, mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2021.

 

Menarik:  Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!

Pelajari ilmu penyusuan untuk menjayakan bf journey mama bersama pakar-pakar bertauliah di webinar Mama Nak Susukan Anak. Daftar sini : https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-nak-susukan-anak/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN