Menurut sebuah kajian dalam jurnal Pediatric Dentistry, hampir separuh daripada ibu bapa dengan anak autisme menggambarkan keadaan gigi anak mereka sebagai sederhana atau teruk.
Ini tidaklah menghairankan kerana lawatan ke klinik gigi boleh menjadi sangat mencabar untuk anak autisme. Ransangan deria yang berlebihan daripada bau aneh, bunyi kuat dan alat tajam, rasa takut dengan orang dewasa yang bertopeng dan proses rawatan yang tidak diketahui apa dan bila akan berakhir; semuanya sangat menyukarkan kanak-kanak autisme bertenang. Walaupun sukar, terdapat beberapa tip yang boleh anda cuba untuk membantu membawa anak anda ke klinik gigi.
1. Cari Doktor Gigi yang Sesuai
Pastikan doktor gigi yang akan anda kunjungi mempunyai pengalaman dengan anak keperluan khas. Tidak semua orang dapat menguruskan keperluan tambahan kanak-kanak autisme. Sesetengah klinik gigi mempunyai pakar gigi khusus untuk kanak-kanak dengan keperluan khas. Sekiranya anda tinggal di kawasan tanpa doktor gigi yang terlatih dalam keperluan khas, lakukan yang terbaik sebagai ibu bapa dengan mendidik pasukan pergigian untuk mempersiapkan mereka menghadapi anak anda.
2. Main Permainan Doktor Gigi di Rumah
Sebelum anda memperkenalkan anak anda kepada doktor gigi, dapatkan beberapa instrumen pergigian supaya mereka dapat melihat dan memegang instrumen tersebut. Dengan ini, anak anda akan tahu bahawa alat tersebut tidak akan menyakiti mereka. Jika anak anda mula mengambil bahagian, lakukan pemeriksan gigi olok-olok di rumah. Latih anak anda berbaring semasa mereka membuka mulut mereka.
Ads
3. Rakam Gambaran Sebelum
Anda boleh meminta izin kepada klinik gigi tersebut untuk mengambil gambar atau merakam di luar bangunan dan di dalamnya. Jika boleh, ambil juga gambar doktor gigi tersebut. Semakin banyak anak ada melihat gambar dan menjadi terbiasa dengan persekitaran yang ditunjukkan, semakin mudah anak anda menyesuaikan diri. Ini membolehkan anak anda tidak merasa terancam kerana melihat klinik tersebut tanpa ransangan deria seperti bunyi atau cahaya yang asing baginya.
4. Reka Cerita Sosial
Cerita sosial dengan gambar daripada klinik gigi yang sebenar dapat membantu anak anda. Penerangan ringkas tentang apa yang bakal berlaku adalah cara yang baik untuk berkomunikasi dengan anak autisme yang memerlukan sokongan visual.
5. Lawatan Awal
Anda juga boleh membawa anak anda ke klinik gigi tersebut sebelum tarikh temu janji yang ditetapkan. Sesetengah anak autisme mungkin perlu datang dahulu ke klinik tersebut, bertegur sapa dengan kakitangan klinik dan beredar setelah mendapat pengalaman positif. Anda boleh melakukan reinforcement kepada anak anda dengan cara memberikannya pelekat atas pencapaiannya.
Ads
6. Contoh teladan
Sesetengah keluarga mendapati bahawa membawa anak autisme mereka ketika menjalani pemeriksaan gigi membolehkan anak tersebut menjadi lebih percaya dengan proses tersebut apabila tiba gilirannya pula nanti.
7. Mainan sokongan
Bawa bersama apa sahaja yang diperlukan oleh anak anda untuk keselesaannya. Sekiranya mereka mempunyai selimut kegemaran, mainan atau apa sahaja yang mereka sukai, bawa ia bersama-sama dan biarkan anak anda memegangnya pada setiap masa.
8. Sokongan deria
Anda boleh cuba menggunakan fonkepala untuk mengurangkan pendedahan anak anda kepada kebisingan atau memakaikannya kaca mata hitam untuk mengurangkan pendedahan kepada lampu pemeriksaan gigi yang sangat terang.
Ads
9. Penunjuk masa
Anda boleh menggunakan penunjuk masa visual atau bunyi seperti jam pasir atau jam loceng untuk membantu anak anda memahami bahawa proses ini mempunyai had masa dan doktor gigi tersebut tidak akan menyeksanya untuk selama-lamanya.
10. Berehat
Ambil rehat yang kerap. Jika anak anda memerlukan rehat dari semua pergerakan, lampu dan bunyi, minta kerjasama doktor untuk membenarkan anak anda berehat walaupun beberapa kali dalam satu sesi rawatan.
Pun begitu, dalam beberapa kes, anak autisme mungkin tidak dapat memberikan kerjasama langsung walaupun anda telah mencuba pelbagai cara untuk mempersiapkan mereka. Mereka mungkin berasa terlalu tertekan dan sangat sensitif dengan segala ransangan deria yang dirasai semasa rawatan gigi. Dalam kes tertentu seperti ini, doktor gigi anda mungkin mencadangkan sedatif atau pelali sebagai penyelesaian.
Tengking dan marah-marah antara cara yang selalu digunakan oleh ibu bapa terutamanya untuk memastikan anak dengar cakap. Tindakan ini juga antara yang paling ditakuti oleh anak.
Memang kita nampak anak akan ikut arahan tetapi ‘kuasa’ itu memberi kesan tak elok untuk otak anak. Kenapa?
Berdasarkan perkongsian dari Penulis Buku Keibubapaan, Taufiq Razif ini antara sebab yang ibu bapa terlepas pandang dan menganggap marah serta tengking anak senjata yang terbaik bila anak buat perangai.
Anak akan jadi taat bila kita tengking?
Ni gambar anak kedua saya, Solahuddin. Solahuddin ni memang akan jadi taat dan ikut je arahan saya kalau saya gunakan kuasa kemarahan dan tengkingan.
Nampak mudah je kan nak bagi Solahuddin ni jadi dengar cakap kan? Padahal ketaatan yang muncul selepas tengkingan tu namanya BLIND OBEDIENCE!
Bahasa mudahnya adalah taat membuta tuli. Ye, anak saya akan jadi taat tapi dia taat kerana FEAR SYSTEM di otaknya sedang aktif.
Benda ni tak bagus. Sangat tak bagus sebab ia melemahkan THINKING BRAIN anak saya.
Jadi nak tak nak saya kena gunakan cara memberi anak saya tu pilihan (using choices), tunjukkan ketegasan (firm) dan menunjukkan akibat buruk daripada perbuatannya (using consequences), bukannya keganasan & kegarangan yang melampau.
Demi kesihatan mental dan emosi anak-anak kita. Jom kita ubah cara kita marah dan didik anak anak kita.
p/s : Jadi singa tanpa sengaja, itu kerana kita manusia biasa tapi kalau tiap saat menjadi singa maka sengsaralah anak kita.
Penguasaan skil motor halus amat penting untuk si kecil dalam menguasai pelbagai kemahiran sebelum ke sekolah.
Cikgu Nass berkongsi perkara ini 10 aktiviti ini di rumah untuk membantu anak yang boleh dilakukan oleh ibu ayah di rumah.
#1 BERMAIN PASIR
Pasir sama ada pasir kinetik atau pasir biasa merangsang jari-jemari dan tapak tangan si kecil. Sediakan alatan yang lain seperti penceduk, trak kecil untuk mengangkut pasir dan acuan. Selain itu, isikan pasir ke dalam dulang dan biarkan si manja melakar di atasnya. Anda juga boleh membawa si kecil ke pantai dan ajaknya untuk membina istana pasir. Tentu dia seronok!
#2 DOH MAINAN
Doh mainan memang sesuai untuk tujuan sensori motor halus. Dia bebas menguli, memicit, mencubit doh pelbagai warna. Ini adalah latihan yang baik untuk jari dan ibu jarinya. Berikan penggelek dan acuan untuk menjadikan permainan lebih menarik.
#3 MENAMPAL
Menampal kertas mahu pun pelekat boleh menggalakkan si manja menggunakan tangannya. Anda boleh ajaknya membuat kolaj pelbagai bentuk seperti buah epal, payung dan sebagainya.
#4 MENGKATEGORIKAN OBJEK KECIL
Objek kecil seperti butang, pompom, klip kertas dan tutup botol pelbagai warna boleh dimanfaatkan sebagai permainan si kecil. Anda boleh menyuruh si kecil mengasingkannya mengikut warna atau bentuk yang berlainan.
#5 BUSY BOARD
Bermain dengan busy board ialah aktiviti yang bagus untuk si kecil. Ia menggalakkan penguasaan si manja untuk membutangkan baju, membuka tombol, membuka ikatan, memasang zip dan sebagainya.
#6 MENYUSUN MENGIKUT BENTUK
Ambil sekeping kadbod dan lukis dua garisan iaitu zigzag dan berombak. Sediakan juga objek seperti kacang atau butang. Minta si manja untuk menyusun objek mengikut garisan-garisan ini. Penggunaan hujung jari untuk mengambil objek melenturkan otot jari dan tangan mereka.
#7 MENJAHIT
Sediakan kadbod mengikut bentuk yang anda sukai dan tebuk lubang pada sekelilingnya. Berikan anak benang kasar atau tali dan minta mereka masukkan tali ke dalam lubang pada sekeliling kadbod. Ketika tangan memasukkan tali ke dalam lubang, mereka telah menggunakan jari dan serta koordinasi mata-tangan.
#8 RANTAI PASTA
Sediakan semangkuk pasta penne dan seutas benang kasar yang bersaiz besar. Ajak anak untuk memasukkan benang ke dalam lubang pasta sehingga membentuk rantaian panjang. Anda boleh mewarnakan penne menggunakan pen penanda untuk efek yang lebih cantik dan menarik.
#9 MENGGUNAKAN PENYEPIT
Anda boleh menyediakan objek seperti pompom, bebola kecil atau pasta penne berwarna dan biarkan si manja mengasingkannya mengikut warna menggunakan penyepit. Selain itu, boleh juga ajak si manja bermain air menggunakan syringe. Ia boleh menggalakkan penggunaan jari dan tangan.
#10 MELAKAR MENGIKUT GARISAN
Melakar atau tracing adalah aktiviti yang baik untuk motor halus. Ia boleh dilakukan dengan membiarkan si manja melakar dengan meniru garisan yang telah anda buat pada kertas. Buku yang mempunyai latihan menyambungkan titik juga adalah saranan yang baik.
Cuti-cuti bersama keluarga memang menyeronokkan, bukan sahaja ibu bapa dapat menikmati masa kualiti bersama anak-anak, malah meluangkan masa dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Jika, anda merancang untuk bercuti ke Thailand dengan bajet murah, admin mencadangkan agar membawa anak-anak menggunakan train ke Thailand. Seperti bercuti sambil belajar. Suasana lebih santai semasa perjalanan semasa menaiki keretapi. Jom ikuti perkongsian percutian daripada AyuMastura Kenon yang bercuti ke Thailand baru-baru ini. Boleh jadi panduan buat ibu ayah untu next destinasi percutian nanti. Nak tempat penginapa yang murah, klik sini.
Untungla org Utara….I jelez hoccay!!
Semenjak commuter KTM mula beroperasi senang sgt2 dah nk ke Thailand ??. Hanya bermodalkn RM35 dh boleh g HatYai blk hari kikiki…
Gunakan kod promo ini untuk harga yang berpatutan.
Mai saya share skit utk trip baru ni. Ni panduan utk amik commuters dr Butterworth atau kawasan2 sekitarnya.
Saya amik Train dr Tasek Gelugor (TG) ke Padang Besar (RM10.40 adult / RM5.20 child)
Train dr TG sejam sekali bermula 5:48pg dan mengambil masa sejam sengah utk sampai ke PDG Besar..
Sata naik train pukul 7:48pg sbb nk kejar train ? ke HatYai pukul 9:55pg waktu Malaysia. Sesampai kt Pdg Besar mmg ngam2 train ? Thailand tgh tggu..
Tiket train kelas ketiga Pdg Besar ke HatYai RM7 (50thb)..
Klu korg g awal tu boleh la naik bus or naik minivan ke Hatyai.. tp ai is mls sbb bnyk kali nak bertukar2 nk naik train gak yg senang terus sampai ke HatYai.
So dh sampai HatYai ni pandai2 ler kan… nak g Krabi ke Phuket ke Koh Lipe ke Bangkok ke.. suka hati mung lah… agak2 klu bosan boleh g HatYai…jom sape nk ikut hahahaa..
Lepas ni kalau balik kampung mmg kena bawak passport ler gamaknye…
*Tiket boleh beli secara online dan naik dari padang besar atau hatyai ke mana2 destinasi di Thailand.
Credit : AyuMastura Kenon via Penang kini
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jarum tertinggal ketika bersalin, wanita menderita 18 tahun. Seorang wanita Thailand, baru-baru ini, mengejutkan media sosial selepas mendedahkan jarum tertinggal di dalam alat kelaminnya semasa melahirkan anak 18 tahun lalu.