Usai sahaja tempoh cuti bersalin tidak kiralah dua bulan ataupun tiga bulan, anda yang bekerjaya kembali bekerja semula. Rutin kerja yang dilalui sebelum ini tentu sahaja berubah.
Hal ini berikutan anda memikul satu lagi tanggung jawab yang membabitkan si kecil yang ditinggalkan di rumah pengasuh. Kehidupan selepas mempunyai bayi kecil pastinya akan membawa perubahan dalam rutin harian anda.
Masa peralihan adalah satu fasa yang tidak mudah untuk dilalui. Tidak mudah, bukan? Rasa stres, risau, dan suasana kelam-kabut pasti akan terjadi.
Disenaraikan cabaran-cabaran yang perlu anda tempuh selepas kembali bekerja. Biarpun begitu, percaya dan yakinlah anda mampu melakukannya. Lama-kelamaan, anda pasti terbiasa dan dapat mengendalikannya dengan lebih lancar setiap hari.
Memilih pakaian bersesuaian
Untuk mendapat mood baru sebelum kembali bekerja, anda pasti mahu satu atau dua pasang pakaian baru untuk ke tempat kerja. Tambahan pula, mungkin baju yang sedia ada tidak sesuai atau membuat anda tidak selesa untuk menjalankan rutin pengepaman payudara. Kini, anda perlu cenderung mendapatkan pakaian yang memudahkan anda mengepam susu.
Selain itu, perubahan fizikal yang dialami mungkin memerlukan anda mendapatkan pakaian baru yang lebih kemas dan selesa untuk digayakan. Barulah anda boleh tampil segak dan berkeyakinan.
Selaraskan masa hantar dan ambil anak
Ads
Memandangkan perlu singgah ke rumah pengasuh ataupun Taska untuk meninggalkan bayi, anda perlu bangun awal. Hal ini penting bagi memastikan perjalanan ke tempat kerja berjalan lancar, lebih-lebih lagi jika anda perlu melalui kawasan yang terkenal dengan kesesakan lalu lintas.
Untuk itu, biasakan diri untuk menyiapkan semua keperluan diri dan anak pada waktu malam sebelumnya. Tempatkan semua keperluan itu berhampiran dengan pintu keluar-masuk rumah anda. Kalau tidak dibuat begini, bimbang anda tertinggal benda-benda yang penting pula.
Selepas habis waktu kerja, anda perlu segera pulang untuk mengambil anak. Setiap minit sangat bermakna kerana bayi anda itu mungkin sedang menunggu untuk menyusu susu ibu secara langsung.
Teringatkan bayi
Ads
Hari pertama masuk kerja, pasti anda terkenangkan bayi yang ditinggalkan. Perasaan sebegini memang normal kerana sebelum ini, 24 jam anda bersama bayi.
Bila kali pertama meninggalkan dia untuk dijaga oleh orang lain, tentu akan ada sedikit rasa risau. Untuk mengatasi kebimbangan yang dialami, anda bolehlah menelefon pengasuh tetapi janganlah terlalu kerap pula hingga mengganggu rutin kerjanya.
Rutin mengepam payudara
Anda perlu bijak mengurus kerja dan pada masa yang sama menyelitkan tempoh waktu yang bersesuaian dengan jadual mengepam payudara. Ingat! Anda perlu konsisten mengepam agar bekalan perahan susu ibu mencukupi untuk memenuhi keperluan bayi sepanjang anda meninggalkannya di bawah asuhan orang lain.
Ads
Mengantuk semasa bekerja
Ada waktunya, bayi meragam di waktu malam. Secara tidak langsung, ia mengganggu rutin tidur anda. Masalah ini boleh berlaku tidak kira masa terutamanya apabila bayi tidak sihat.
Apa-apa pun, anda masih perlu ke tempat kerja keesokannya dan terpaksa berhadapan dengan masalah tidak bermaya, hilang fokus, mengantuk mahupun pening kepala.
Mudah keletihan
Semua perubahan yang dinyatakan ini pastinya akan menjadikan anda sangat penat. Keletihan yang dirasakan bukan sekadar di pejabat, tetapi juga di rumah. Maklum sahajalah anda perlu uruskan kerja di pejabat dan juga di rumah.
Untuk itu, mintalah pertimbangan suami untuk sama-sama mengagihkan tanggung jawab dalam menguruskan kerja-kerja di rumah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon, Zahirah Macwilson yang kini sedang berpantang selepas melahirkan anak keduanya membuatkan ramai yang teruja bila mana berkongsi menu pantangnya yang cukup menyelerakan.
Zahirah yang kini berada di Perth, Australia dijaga dengan baik oleh ibunya yang menetap di sana.
Menerusi Instagramnya, Zahirah memuat naik beberapa jenis menu pantang yang disediakan oleh ibunya sepanjang berpantang. Malah ibu kepada dua cahaya mata itu turut memuji air tangan ibunya.
“Pantang-ing goodness! Best ever! Thank you mama. Mama kena buat recipe book lah lepas ni, betul tak?” tulisnya.
Saran ibu bukukan resepi
Menu pantang air tangan ibunya, Maslinda Yusoff juga begitu berwarna warni serta penuh nutrisi sekaligus membuka selera buat yang melihatnya.
Perkongsian daripada Zahirah itu sudah pastinya menerima pelbagai komen daripada netizen yang rata-rata turut teruja melihat menu-menu tersebut kerana cukup menyelerakan.
Terdahulu, Zahirah atau nama sebenarnya, Nur Zahirah Macwilson, 29 telah selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah hospital di Australia pada 31 Mei 2024.
Selamat melahirkan cahaya mata ketiganya pada 3 September lalu, selepas tujuh hari kelahiran, usahawan dan personaliti media sosial, Intan Saleh tampil berkongsi nama buah hati ketiganya.
Menerusi Instagramnya, Intan turut memuat naik sekeping gambar bayinya namun tidak berkongsi wajah si comel kesayangannya dan suami.
Intan dan suaminya, Mohd Aizam Yahya, sepakat memilih nama Muhammad Ayyaz Muqri buat putera sulung mereka.
Paling menarik kata Intan, si comel Muhammad Ayyaz dijangka dilahirnya pada 18 September ini namun selamat melahirkan bayinya dua minggu lebih awal dari tarikh jangkaan.
“Assalamualaikum. Putera ketiga bonda. Berat masa lahir 3kg, due date 18/9 tapi saya keluar awal 3/9 secara normal delivery.
“Alhamdulillah segala puji bagi Allah, diberi kekuatan lagi untuk bonda,” tulisnya berkongsi.
Memilih nama indah Muhammad Ayyaz, Intan dan suami juga mendoakan agar perjalanan anak kecil mereka dipermudahkan malah sentiasa diberikan kesihatan yang berpanjangan.
“Semoga sihat selalu MUHAMMAD AYYAZ MUQRI BIN MUHAMMAD AIZAM 💚. Bonda daddy and abang Muqri’s love you,” tulisnya berkongsi nama pilihan mereka.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut Intan di Instagram turut memuji pilihan nama indah malah turut mendoakan agar perjalanan anak ketiga ibu kental ini dipermudahkan.
Terdahulu, Intan mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Mohd Aizam Yahya, pada Disember 2021. Pasangan ini selamat menyambut cahaya mata pertama mereka pada 3 September lalu.
Sekian lama menantikan nama anak ketiga pasangan Yusri Abd Halim dan Lisa Surihani akhirnya pada hari ketujuh kelahirannya, pasangan ini tampil berkongsi nama indah buat putera mereka.
Menerusi perkongsian di Instagram, Lisa dan Yusri menghebahkan nama indah itu kepada umum, khusus buat tatapan peminat mereka.
Bagi menyamakan nama pangkal pada kesemua anak-anak mereka, Lisa dan Yusri sepakat mengekalkan huruf Y dan L sebagai nama pangkal anak mereka dan nama indah, Yunos Laith di pilih buat si comel Lang.
“Assalamualaikum! Hi everyone. We would like to introduce our brother, he is 7 days old today.
“His name is Yunos Laith Bin Yusry. ‘Yunos’ is the name of one of our prophets and ‘Laith’ means brave as a lion. Rawr!,” begitu kongsi Lisa.
Kata Lisa, pemilihan nama Yunos diambil bersempena nama Nabi Yunus manakala Laith pula membawa maksud keberanian diri seperti seekor singa.
“We love him very much. He was born on the 15th of June, which is also Daddy’s birthday.
“Alhamdulillah , Thank you everyone for praying and for the well wishes. Love, The YLs,” kongsi Lisa di Instagramnya.
Malah Yusri turut berkongsi kapsyen dan gambar yang sama di Instagramnya. Sekeping gambar yang dikongsikan pasangan ini bagi mengumumkan nama indah itu menggambarkan kebahagiaan sebenar keluarga kecil ini.
Gambar kakak Yahaira dan abang Yusuf memangku Yunos itu benar-benar menarik perhatian wargamaya. Malah rakan selebriti dan seluruh peminat Lisa dan Yusri turut sama mendoakan kesejahteraan keluarga kecil ini.
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @lisasurihani & @yusryabdhalim
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Melatih anak-anak kecil berpuasa ini, memerlukan kita menjernihkan hati kita. Fokus untuk melakukannya kerana mencari redha Allah.Bila kita faham akan perkara ini, maka bila...