Ads

“Caj Hospital Kerajaan Murah Sangat, Patutlah Asnaf Ramai Anak?”

Gambar Hiasan AI

Malaysia memang terkenal sebagai antara negara yang menawarkan perkhidmatan kesihatan awam paling mampu milik di dunia. Ramai ibu ayah pasti setuju, sistem hospital kerajaan banyak meringankan beban kewangan, terutama dalam soal rawatan dan kelahiran anak.

Bayangkan, rawatan asas di klinik dan hospital kerajaan cuma RM1, manakala jika perlu jumpa pakar, bayaran pula hanya RM5. Untuk bersalin di hospital kerajaan, ibu ayah biasanya hanya perlu keluarkan belanja sekitar RM100 hingga RM200 untuk kelahiran normal, dan sekitar RM300 hingga RM400 untuk pembedahan C-sect.

“Caj Hospital Kerajaan Murah Sangat, Patutlah Asnaf Ramai Anak?”

Sistem Subsidi Besar Bantu Ramai Ibu Ayah

Inilah antara bentuk subsidi besar kerajaan untuk memastikan rakyat mendapat hak penjagaan kesihatan yang adil dan berkualiti. Terutama bagi golongan B40 dan asnaf, hospital kerajaan menjadi harapan utama untuk rawatan, pemeriksaan kehamilan, dan proses kelahiran.

Tapi baru-baru ini, satu cadangan yang dikongsikan di media sosial telah mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan rakyat, lebih-lebih lagi ibu ayah yang merancang keluarga besar.

“Anak Ke-4 Tak Layak Subsidi, Bayar RM1,000…”

Seorang wanita dikenali sebagai Aida mencadangkan supaya subsidi bersalin hanya diberikan untuk tiga kelahiran pertama sahaja. Bermula anak keempat dan seterusnya, ibu bapa perlu menanggung kos penuh, contohnya RM1,000 bagi setiap kelahiran.

Ads
“Caj Hospital Kerajaan Murah Sangat, Patutlah Asnaf Ramai Anak?”
Foto: BERNAMA

“Kalau bersalin tu hadkan percuma untuk tiga kelahiran je, lebih daripada tu bayar RM1,000. Barulah asnaf-asnaf ni takut nak beranak ramai. Harapkan bantuan je untuk hidup,” tulis Aida dalam satu hantaran yang jadi tular.

Menurutnya, langkah ini bukan sahaja dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan, malah dapat menggalakkan perancangan keluarga yang lebih berdisiplin, khususnya dalam kalangan golongan berpendapatan rendah.

Netizen Berbelah Bahagi, Wajar atau Tidak?

Seperti dijangka, hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat. Ada yang bersetuju dengan alasan mahu mengawal populasi, mengurangkan kebergantungan rakyat kepada bantuan kerajaan dan memastikan sumber subsidi digunakan sebaiknya.

Ads

Namun, ramai juga yang mengecam cadangan itu kerana dianggap tidak berperikemanusiaan, terutamanya terhadap golongan kurang berkemampuan yang sangat memerlukan sokongan sistem kesihatan awam.

Ramai juga yang berpendapat, anak adalah rezeki. Tak semua ibu ayah yang mempunyai anak ramai bergantung kepada bantuan semata-mata. Malah, ramai yang gigih bekerja, berdikari, dan sanggup berkorban demi membesarkan anak-anak dengan baik.

Hospital Kerajaan, Akses Kesihatan Untuk Semua

Sistem kesihatan negara kita sudah lama menjadi ‘payung harapan’ rakyat biasa. Jika dikenakan bayaran tinggi atau had subsidi bersalin, pasti ramai yang terkesan, terutamanya golongan B40, ibu tunggal dan mereka yang tiada sokongan keluarga.

Ads

Hakikatnya, bukan semua ibu ayah yang ramai anak itu tidak merancang keluarga. Ramai juga yang mendapat sokongan, ada perancangan jangka panjang, malah membesarkan anak-anak mereka menjadi insan berguna.

Anak adalah rezeki, dan perancangan keluarga adalah tanggungjawab bersama. Subsidi hospital adalah hak rakyat, bukan semata-mata kemudahan yang boleh ditarik sesuka hati.

Ibu ayah, apa pandangan anda? Wajarkah cadangan ini dilaksanakan, atau kita perlu cari penyelesaian lain yang lebih baik? Jom kongsi pandangan anda bersama Pa&Ma.

Sumber: Mstar

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Coretan Meruntun Jiwa Suami Cikgu Jamaliah, Janji Beri Yang Terbaik Untuk...

Coretan meruntun jiwa suami Cikgu Jamaliah yang meninggal dunia dalam kemalangan, serta janji untuk menjaga tiga anak lelaki mereka menyentuh hati ramai.