Ads

Letak Nama Anak Dengan Nama Malaikat, Elak 4 Nama Ni. Mufti Beri Pencerahan!

nama anak
Memilih nama yang baik sudah semestinya menjadi tanggungjawab ibu dan bapa. Namun memberikan nama ini juga perlu ada ilmu dan merujuk kepada yang pakar.

Memilih nama yang baik sudah semestinya menjadi tanggungjawab ibu dan bapa. Namun memberikan nama ini juga perlu ada ilmu dan merujuk kepada yang pakar.

Trend memilih nama malaikat juga dilihat semakin popular kini namun adakah ia boleh digunakan? Ini pandangan Mufti Wilayah Persekutuan.

Letak Nama Anak Dengan Nama Malaikat, Elak 4 Nama Ni. Mufti Beri Pencerahan!

Makruh Letak Nama Empat Malaikat Ni

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Mufti Wilayah Perseketuan, menamakan anak dengan nama malaikat hukumnya adalah HARUS. Malah beberapa nama malaikat ini semakin menjadi pilihan mak ayah untuk menamakan anak mereka.

Pun begitu, MAKRUH untuk empat nama malaikat iaitu Jibril, Mikail, Izra’il dan Israfil.

“Menamakan anak dengan nama para malaikat hukumnya adalah harus, kecuali nama-nama yang sinonim dengan nama malaikat, iaitu Jibril, Mikail, Izra’il dan Israfil.

Adapun nama-nama lain bagi malaikat yang turut biasa digunakan oleh orang ramai seperti Malik dan Ridhwan, maka tiada kemakruhan padanya.

Ads

Letak Nama Anak Dengan Nama Malaikat, Elak 4 Nama Ni. Mufti Beri Pencerahan!

Terdahulu, terdapat perbalahan dan pendapat seorang pengguna media sosial yang berkongsi mengenai perkara tersebut selepas seorang selebriti menamakan anaknya dengan nama Muhammad Jibril.

Tip Pilih Nama Anak Dalam Islam

Memilih nama anak dalam Islam bukan sekadar sedap didengar, tapi juga membawa makna yang baik dan doa untuk masa depan anak. Dalam Islam, nama yang baik sangat dititikberatkan kerana ia akan dipanggil sepanjang hayat, malah di akhirat juga.

Ini beberapa tip penting yang boleh bantu:

1. Pilih nama yang mempunyai makna baik
Utamakan nama yang membawa maksud positif seperti kebahagiaan, kekuatan, kesabaran atau keimanan. Contoh:

Ads
  • Lelaki: Aiman (yang diberkati), Danish (bijaksana)
  • Perempuan: Aisyah (hidup bahagia), Sofia (bijaksana)

2. Digalakkan nama yang ada unsur Islamik
Nama para nabi, sahabat, atau tokoh Islam sangat digalakkan.
Contoh: Muhammad, Ibrahim, Maryam, Khadijah

3. Elakkan nama dengan maksud buruk
Jangan pilih nama yang membawa maksud negatif atau tidak jelas maksudnya, walaupun bunyinya sedap dan moden.

Letak Nama Anak Dengan Nama Malaikat, Elak 4 Nama Ni. Mufti Beri Pencerahan!

4. Pilih nama yang mudah disebut dan tidak terlalu pelik
Nama yang terlalu susah atau pelik boleh menyusahkan anak di kemudian hari.

Ads

6. Tidak meniru nama yang bercanggah dengan Islam
Elakkan nama yang berkaitan dengan kepercayaan lain atau membawa maksud yang tidak sesuai dengan akidah.

7. Gabungan nama biar sedap dan bermakna
Ramai ibu bapa suka gabungkan dua nama. Pastikan gabungan itu masih sedap disebut dan tidak lari maksud. Contoh: Nur Aisyah, Muhammad Adam

Apapun nama dan pilihan mak ayah pastikan namanya yang mempunyai makna yang baik dan sesuai dengan anak. Jangan pula membebankan anak dengan nama yang begitu panjang.

Menarik: Detailed Scan Ibu Hamil Kenapa Penting & Wajib Jika Mampu!

Hamil Kali Pertama Tak Perlu Panik, Ini 9 Persediaan Untuk Bakal Ibu/

Sumber: Mufti Wilayah Persektuan

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Ibu Lepas Bersalin Bakal Terima Elaun Baharu, PM Umum Inisiatif Bantu...

Khabar baik buat para ibu di Malaysia, khususnya wanita bekerjaya yang baru melahirkan anak apabila kerajaan mengumumkan satu inisiatif baharu menerusi pengenalan Elaun Pasca...