“Saya bersyukur kerana suami dan keluarganya menerima saya seikhlas hati biarpun dengan status sebagai ibu tunggal kepada dua cahaya mata.
“Kami berkenalan tidak lama, sekitar enam bulan sebelum membuat keputusan bernikah. Sepanjang mengenalinya, saya lihat suami pandai melayan anak-anak dan menerima mereka seadanya.
“Itu memang menjadi kriteria yang saya cari daripada seorang lelaki,” kata Intan Liana Saleh, 35.
Selepas tiga tahun bergelar ibu tunggal, Intan, selamat bernikah dengan jejaka pilihan hati, Mohd Aizam Yahya, 25.
Dengan sekali lafaz, Intan sah bergelar isteri kepada Mohd Aizam yang juga penjawat awam di sebuah premis acara di Jalan Ampang. Pasangan ini dinikahkan bapa pengantin perempuan, Saleh Abu dengan disaksikan lebih 100 tetamu.
Bercerita lebih lanjut mengenai perkenalan dengan suaminya, Intan yang berasal dari Segamat, Johor berkata, dia mengenali Mohd Aizam melalui seorang rakan.
Tertarik sikap pemaaf suami
Intan berkata, sudah menjadi pendiriannya mahu mencari pasangan yang dapat menerima dirinya dan anak-anak.
“Alhamdulillah keluarga mentua juga menerima saya dalam hidup mereka. Selain terpikat dengan gelagatnya pandai melayan anak-anak, saya tertarik dengan sikap suami yang pemaaf.
“Sepanjang kami berkawan, setiap hari sebelum tidur, dia hubungi saya untuk meminta maaf,” katanya.
Pernah melalui episod kegagalan rumah tangga, Intan berkata, sikap pemaaf dan mudah mengalah suaminya menguatkan lagi keyakinan untuk memilih lelaki berkenaan sebagai teman hidup.
Anak-anak faham dan seronok
Ditanya mengenai resepsi perkahwinan, Intan berkata, mereka tidak bercadang menganjurkan sebarang majlis. Malah, mereka tidak memikirkan soal berbulan madu berikutan situasi semasa penularan pandemik COVID-19.
Mengenai penerimaan anak-anak iaitu Arish Muqri, 7, dan Ariq Muqri, 4, Intan berkata, mereka seronok dengan kehadiran Mohd Aizam.
Intan Liana adalah bekas isteri pemuzik Ude atau nama sebenar, Muhammad Radzi Abdul Wahid, yang sebelum ini pernah menarik perhatian ramai dengan kisah pergolakan rumah tangga mereka pada 2017.
Intan yang bercerai dengan Ude pada 2018, sempat bermadu dengan pelakon, Izreen Azminda.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Shera Aiyob, pengacara Pa&Ma Tv musim ketiga telah memuatnaik gambar Nadi Anaqi, anaknya ketika bayi. Beliau mengimbas kembali detik-detik manis Anaqi ketika kecil.
Melalui posting tersebut, Shera kelihatan sedikit emosi apabila mengenangkan anaknya semakin membesar. Beliau juga turut menyatakan rindu menjaga Anaqi ketika masih kecil. Ikuti perkongsi beliau di instagramnya
Rasa nak gigit je budak ni! Bukan main lagi pipi tu ehhh!
Rindunya dia masa ni. Tahun depan bertambah lagi usia dia. Makanya? Mommy emosi lagi, mommy over melampau terlampau.
Kepsyen Shera yang terakhir “Makanya” meninggalkan spekulasi dalam kalangan netizen. Rata-rata berpendapat tiba masanya Anaqi mendapat adik memandangkan usianya sudah masuk 7 tahun pada tahun ini.
Ada juga yang mempunyai pengalaman yang sama dengan Shera, sedih bila anak semakin membesar dan rindu saat-saat anak masih kecil. Kecomelan Anaqi juga menarik perhatian ramai.
Comelnya Anaqi
Makanya, bertambahlah sorg lagi
Macam anak jepun lah
Memang selalu emosi kan, lagi-lagi throwback foto depa time2 macam ni
Pa&Ma kini kembali untuk musim ketiga. Setiap Selasa jam 12 tengah hari bersama pengacara anda Shera Aiyob dan Zahiril Adzim dengan topik, ‘Fenomena HFMD’ hanya di slot Dewi disaluran Astro Prima 105 dan Astro Prima HD 121
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan memasuki kelas prasekolah, TABIKA atau TADIKA kendalian kerajaan dan swasta ketika menghantar anak mereka bermula 1 Julai ini.
Selain itu, pengendali harus memastikan tiada penggunaan permaidani, tikar dan ‘skirting’ meja di kelas ketika operasi prasekolah, TABIKA dan TADIKA.
Peraturan itu antara prosedur operasi standard (SOP) dalam garis panduan pengurusan pembukaan semula prasekolah, TABIKA dan TADIKA oleh Kementerian Pendidikan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Perpaduan Negara.
Garis panduan ini disediakan dengan perbincangan bersama-sama Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum diluluskan pada 15 Jun lalu, melalui Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bilangan 53 Tahun 2020.
Garis panduan yang dilaksanakan ini terbahagi kepada pentadbir, guru dan pembantu pengurusan murid (PPM), ibu bapa atau penjaga, pengoperasian dan pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Ibu Bapa Digalakkan Hantar Anak Untuk Pembelajaran Lebih Lengkap
Ibu bapa atau penjaga digalakkan untuk menghantar anak mereka ke prasekolah, TABIKA atau TADIKA bulan depan bagi memastikan kanak-kanak dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran asas sebagai persediaan untuk tahap pembelajaran seterusnya.
Pada masa sama, pengendali kelas prasekolah, TADIKA atau TABIKA juga harus menyediakan bilik kesihatan atau bilik sakit yang dijadikan sebagai bilik pengasingan untuk menempatkan murid yang didapati bergejala, sebelum dibawa pulang oleh ibu bapa atau penjaga untuk rawatan.
Kegiatan berkumpulan yang dijalankan membabitkan kanak-kanak ini ketika berada di prasekolah, TABIKA dan TADIKA juga tidak membabitkan sebarang sentuhan.
Pembabitan pihak luar dalam PdP secara bersemuka juga tidak dibenarkan dengan aktiviti PdP luar bilik darjah hanya boleh dilaksanakan di sekitar bilik darjah dengan mengamalkan penjarakan sosial dan tidak dibenarkan menggunakan kemudahan dan alat permainan luar.
Selain itu, lawatan sambil belajar dalam atau luar kawasan prasekolah, TABIKA atau TADIKA juga tidak dibenarkan.
Tempoh masa operasi seperti yang ditetapkan dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Semakan 2017) dan kehadiran murid ke prasekolah, TABIKA atau TADIKA semasa pembukaan semula bergantung kepada kapasiti bilik darjah dengan mengambil kira penjarakan sosial.