Saat Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan tahun lalu, ibaratnya satu kegembiraan buat seluruh rakyat Malaysia yang lama menantikan berita gembira tersebut.
Apa tidaknya selama 11 tahun berkahwin dan beberapa kali menjalani rawatan kesuburan, akhirnya Allah SWT memberikan rezeki kepada Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
Namun sedar tak sedar, cahaya mata pertama yang dinamakan sebagai Siti Aafiyah itu sudah mencecah usia setahun satu bulan dan terasa sekejap sahaja masa berlalu.
Ads
Dengan keletah comelnya dan semakin banyak akal sekarang, nampaknya Siti juga tak sabar nak lihat perkembangan Aaafiyah dari semasa ke semasa.
Terbaru dia juga berkongsi apakah selepas ini Aafiyah akan mencari mangsa untuk digigit memandangkan 4 batang gigi atas nak tumbuh.
Menerusi perkongsian Siti, netizen juga mengakui masa berlalu begitu pantas sehingga tidak sedar puteri sulung itu semakin membesar.
Namun rata-rata memuji kecomelan wajah dan ramai mula menyamakan muka Aafiyah iras Datuk Siti dan membuatkan ramai peminat ibunya geram terhadap Aafiyah.
Ads
Geram Tengok Aafiyah, Cantik Sempurna
Sumber: ig ctdk
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walau ramai yang tahu bayi berusia bawah 6 bulan tidak boleh berikan air masak atau air kosong, tapi tidak mempedulikan dengan alasan air kosong hanya untuk ‘membilas’ dan bayi haus kerana cuaca panas. Tahukah anda sebenarnya bayi terdedah kepada water intoxication yang boleh menyebabkan bayi sawan, koma dan cedera otak.
Jururawat,SharkyLemon JavaLava berkongsi mengenai perkara setelah membaca komen-komen para ibu yang masih mengamalkan memberikan bayi air kosong walau pun tahu tahu ia boleh memudaratkan. berikut ialah perkongsian beliau;
Mak² hipster acah² pandai..
Let me tell you why baby below 6m STRICTLY NO bagi air masak air suam air kosong bagai..
WHO (World Health Organization) menegaskan bahawa bayi yang umur bawah 6bulan disarankan menyusu badan secara ekslusif.. Means, pada 6bulan pertama ni just menyusu badan je..tak payah bagi apa² makanan tambahan atau minuman termasuk air masak..
Pastu ada yang tanya pulak :: apsal fm bancuh air masak pulak,?? Tu boleh pulak bagi kat baby..
Deeyyyy !!!
Nama pun bancuh kan??
Dah tak jadi air masak dah..
Jadi susu dah….
Dari air masak yang kosong takder zat terus bertukar jadi susu sebab bancuh ngan fm..
Lagipun bancuh fm ada sukatannya..
Bukan main tibai cedok susu pastu bancuh..
Cuaca panas terik sekalipun baby tak perlukan plain water or air masak.
Bagi susu badan je.80% susu badan terdiri daripada air..
Lagi satu.. takder istilah bagi air masak sikit² buat bilas mulut baby..
Awat?!!
Baby korang makan belacan telan petai tempoyak segala ke nak bilas² sangat tu??
Duk bagi sikit²…
Ha’ah..
Sikit² lama² jadi penyakit..
Sebab-sebab baby tak boleh diberi air masak ::
Baik dari penyusuan susu ibu or fm.. sebab duk kenyang mak, nenek, segala bagai sumbat air masak..
Pastu baby tertidur perut kenyang penuh air masak..Pastu duk puji², baiknya budak ni…asyik tidur je..senang jaga..
Yang kawan tu segala organ dalam badan duk struggle cari zat.. Zat pulak takder sebab mak, nenek segala bagai banyak bagi air masak je..
Kesian…. tak cukup zat..
Malnutrition.
Entah dari mana punca air tu datang pun tak tau.. even dah rebus 40 malam pun the bacteria still there.. bagi kat baby..
Melecet bontot cirit cirit.. pastu salahkan susu badan kata makan tak pantang, makan cabai la asam la.. jamu la..padahal duk pulun bagi baby ayaq masak tu tak sedaq..
menatang apa tu???
Ianya satu penyakit dimana badan mengalami kekurangan garam…Sebab?? Diberi air masak yang sedikit² lama² jadi penyakit tu laaa… Darah akan menjadi terlalu cair dan dalam waktu yang sama kandungan garam dalam badan berkurangan ke paras yang kritikal.
Akibatnya???
Boleh menyebabkan sawan..koma..kecederaan otak..dan kalau tak dapat detect dari awal.. KEMATIAN BOLEH BERLAKU..
TAPI..ini kan Malaysia..
Mana mereka nak takut selagi tak kena..
Nasihat lebih² nanti dia cakap kita makcik bawang.. suruh berambus !!
Sibuk hal anak dia.
So, mungkin perlu ada kematian tragis dulu baru ada yang nak celik akal dan tak berlagak sombong bodoh cakap :: aku bagi anak aku air masak elok je dia hidup..jadi doktor jugak..
Dah tu…nak tunggu ada yang dapat water intoxication dulu, then kau nak up kat socmed :: Alhamdulillah, berehatlah anak syurgaku..Ibu tahu kamu penat lawan penyakit..
Pastu duyun² berjemaah ucap takziah..
Haaaa….gitu..
Paling rare lagi. .Dah tau silap salah takleh bagi air masak..pastu acah² doa yang baik² je..
It’s like kau telan racun tapi doa supaya tak mati..
Kalau bayi anda sudah pandai masukkan benda dalam mulut, hati-hati risikonya tertelan duit syiling! Semua ibu ayah kena ambil serius pesanan doktor tentang kesan bahaya jika bayi tertelan duit syiling atau objek kecil.
Lumrah ibu ayah yang ada anak kecil memang kena sentiasa memantau pergerakan si kecil apatah lagi kalau mereka sudah pandai merangkak dan ‘explore’ apa sahaja objek yang ditemui.
Pesanan dari Dr Zurairah Shahidan, Pakar Bius & Rawatan Rapi yang berpengalaman mengendalikan pelbagai kes anak kecil tertelan objek patut dijadikan pengajaran paling berguna oleh ibu bapa.
Cuba teka berapa kupang(puluh sen) ni??!!
Haaa.. Pesanan buat semua ibu, ayah, atok, nenek, abang, kakak dan penjaga anak kecil sekalian untuk mengawasi anak-anak anda dan tidak membiarkan perkara-perkara yang “boleh dikutip dan disuap” oleh si kecil anda ke dalam mulutnya.
Terutama bagi bayi yang baru mendapat ‘skill’ baru iaitu menyuap ke dalam mulut (mouthing), tambah lagi jika dia boleh mengesot,merangkak atau bertatih. Apa-apa yang boleh digenggam oleh tangan akan di bawa ngap ke dalam mulut.
Duit syiling (atau apa-apa) di perbuat daripada logam boleh bertindak balas dengan asid dalam perut dan enzim pencernaan di dalam usus. Silap-silap perut boleh berlubang di hakis logam
Tak pun, syiling boleh menyumbat usus anak yang masih kecil lalu usus boleh kembung dan anak sakit perut dan tak boleh nak kentut mahu pun berak (intestinal obstruction) sehingga terpaksa menjalani pembedahan (Laparotomy).
Itu belum campur kesan toksik daripada tindakbalas logam itu ke atas badan bayi.
Itu pun jika duit syiling di telan. Jika ia tersedut masuk ke dalam paru-paru? Ia juga boleh menghakis tisu saluran pernafasan Atau menyumbat saluran pernafasan (airway obstruction) !!
Nafas anak anda akan berbunyi pelik (stridor) dan laju atau lebih teruk si kecil anda terus membiru kerana tiada bekalan oksigen dapat disedutnya. Keadaan ini boleh membawa maut.
Banyak juga lagi objek lain yang boleh di telan oleh si kecil tanpa pengetahuan anda. Berhati-hatilah. Anak kecil kadang-kadang belum reti nak bercerita kepada kita.. Lebih baik kita mencegah sebelum terlambat.
Peringatan mesra daripada:
Dr Zurairah Shahidan
Pakar Bius & Rawatan Rapi
Edisi Mari Memancing Duit Syiling
Siti Aafiyah atau nama gelarannya Si Comel Pipi Merah, puteri sulung pasangan popular Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa semakin membesar dengan bijak dan ceria.
Penghibur hati ibu dan ayah yang semakin menambah kebahagiaan rumah tangga yang hampir 12 tahun dibina turut menceriakan sambutan Syawal Siti dan Datuk K tahun ini.
Betullah kat orang, kehadiran bayi dalam hidup akan membuatkan hari kita ceria dan gembira melihat telatahnya setiap saat.
Aafiyah yang kini berusia tiga bulan sudah mencapai tahap perkembangan sama seperti bayi lain seusianya bila sudah pandai ‘bercakap’ dalam bahasanya serta mula mengenali ibu dan ayahnya.
Baru-baru ini Siti memuatnaik video di Instagramnya mengenai telatah Aafiyah bersama suaminya. Dalam video tersebut Aafiyah yang comel seolah-olah sedang berbual dengan ayahnya.
Datuk K juga dilihat seronok melayan apa yang cuba diceritakan oleh Aafiyah.
Tambah lucu bila Siti menulis kapsyen kelakar.
Ngadu kat Ayah dia la tuu.. ibu sibuk masak laksa Johor & spaghetti meatballs harini..
Memang seronok melayan bayi usia macam Aafiyah yang tengah pandai nak berbual ni. Rasa cepat sangat masa berlalu.
Sebenarnya pada usia ni memang bayi sudah pandai membuat suara agah-agahnya. Apa yang dilakukan oleh Datuk Siti dan Datuk K memang tepat sekali.
Ini kerana memang tugas ibu ayah untuk membantu si comel mengembangkan kemahiran bahasanya dengan rajin melayannya bercakap sepanjang hari.
Tak kisahlah sama ada bayi anda faham atau tidak, yang penting bila anda memberi respon pada ‘percakapannya’, ia membantu bayi untuk terus belajar mengembangkan kemahiran bahasanya.
Kajian juga mendapati tahap kepintaran yang tinggi seseorang anak itu turut dipengaruhi oleh berapa banyak perkataan seorang kanak-kanak itu dengar pada tahun pertama kehidupannya.
Comelnya Aafiyah dah pandai mengadu
Dilihat pada bonding yang terjalin antara Aafiyah dan ayahnya membuktikan betapa eratnya hubungan anak dan ayah ini.
Sebenarnya pada usia bayi seperti Aafiyah, dia sudah menjalin hubungan rapat dengan ibu ayah serta mengenali wajah kedua insan yang paling rapat dengannya.
Walaupun ada bayi yang mudah tersenyum pada orang yang tidak dikenali terutama jika orang itu bertentang mata dengannya atau bercakap dengannya, namun dia sudah mula tahu siapa orang yang rapat dalam hidupnya dan boleh menentukan siapa yang lebih disukai antara mereka.
Wah, nampaknya Aafiyah dah pandai mengadu dekat ayah dia…Jaga-jaga Tok Ti nanti si comel ini mesti banyak cakap orangnya. Jangan risau, biasanya kalau anak petah bercakap ni bijaklah orangnya nanti.
Apa pun semoga Siti dan Datuk K enjoy moment Aafiyah kejut tengah-tengah malam untuk melayannya bersembang sebab ini akan jadi antara kenangan paling dirindukan oleh ibu ayah bila anak semakin membesar.