Cantiknya aturan Allah, kedua-duanya pernah kehilangan orang tersayang, kedua-duanya turut punya cahaya mata.
Setelah 4 tahun bergelar ibu tunggal dan kehilangan suami, Allahyarham Herman Sikumbang pemain gitar kumpulan Seventeen, akhirnya Juliana Moechtar kini selamat bergelar isteri kepada seorang tentera TNI, Left Kolonel Nur Wahyudi.
Arwah Herman Sikumbang menghembuskan nafas terakhir dalam Tsunami yang melanda pantai Tanjung Lesung, Banten Indonesia pada Disember 2018 ketika mengadakan persembahan pada majlis hari keluarga sebuah syarikat korporat.
Ads
Juliana bersama arwah suami (Herman Sikumbang)
Pelakon cantik ini juga sudah melakukan solat istikarah 3 bulan sebelum menerima pinangan pihak lelaki.
“Kami bukan yang sembarang dekat terus nikah. Kami benar-benar istikharah dan tahajud 3 bulan, benar-benar meminta. Sampai akhirnya Allah menghendaki, ya dilancarkan saja,”
Ads
Juliana Moechtar juga sudah bersedia menjadi ibu kepada anak Wahyudi dari pernikahan terdahulu. Sebelum bernikah, mereka sudah berbincang soal anak-anak.
“Sudah bersedia, anak dia perlukan ibu, anak saya perlukan papa, jadi kita berdua commit dari awal untuk menyayangi anak piatu, anak yatim,” katanya.
Bazli UNIC yang pernah berada di tempat kehilangan anak tersayang memahami perasaan dialami oleh ibu bapa Allahyarham Adam Rayqal. Hanya yang pernah rasa kehilangan anak sahaja faham bagaimana perasaannya.
Bazli yang pernah melalui episod sedih pemergian anak sulungnya Allahyarham Syahid tahun lalu menjalankan kutipan sumbangan kasih sayang untuk ibu bapa Allahyarham Adam Rayqal.
Penyanyi kumpulan UNIC ini telah menghulurkan bantuan dengan membuat kutipan sumbangan ikhlas kasih sayang untuk keluarga ini menerusi Aktivis program kebajikan dan inspirasi masyarakat (Anak Malaya) yang diusahakan bersama isterinya dan beberapa orang sahabat.
Semalam Bazli bersama tim amalaofficial telah bertemu ibu bapa anak syurga Adam Rayqal untuk menyampaikan sumbangan kasih sayang tersebut yang berjaya terkumpul sehingga RM11,430.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, selesai sudah pemberian wang sumbangan org ramai kepada keluarga kecil mak ayah anak syurga Adam Rayqal. . . Pelbagai perkongsian dapat kami dengar dari mak ayah Adam Rayqal. Sebak, sedih dan pilu menyelubungi perasaan apabila kami dengar live sendiri dari mereka. . . Alhamdulillah, kehadiran kami jg disambut baik dan sedikit sebanyak dapat mengurangkan kesedihan dan nampak garis gembira di riak wajah mereka. Kami lega melihat mereka berdua tersenyum walaupun pasti dalam hati hanya Allah saja mengetahui. . . Terima kasih atas sumbangn orang ramai dan sokongan yang diberikan untuk membantu keluarga ini. . Inilah ujian kehidupan, makin kita diuji dengan ujian yang berat, makin kita dekat dengan Allah. Tetaplah redha dan berpegang teguh bahawa Allah lebih mengetahui segalanya. . Doakan supaya kes ini dapt diselesaikan seadilnya. Amin ya rabb. . . Utk pengetahuan semua, jumlah sumbangan berjumlah RM11430.00. Kami serahkan secara cash RM200.00 dan selebihnya kami transfer melalui “online bank-in” utk memudahkan pemberian. Terima kasih semua. .
. ♥️ #adamrayqal#anak#tabah#rinduanak#sabar
Wajah tenang dan reda yang ditunjukkan oleh ibu bapa Adam Rayqal turut menarik perhatian netizen yang kagum melihat ketabahan dan kekuatan mereka melalui dugaan ini.
Menariknya ketika proses kutipan tersebut dijalankan di akaun Instagram Bazli, ia disedari oleh ayah Adam Rayqal iaitu Mohd Sufi Naeif Mohd Pauzi yang telah menghubungi Bazli sendiri untuk mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan jasa baiknya.
Menurut Bazli dia sendiri faham bagaimana perasaan kehilangan seorang anak. Jika sebelum ini orang lain membantunya dari segi wang ringgit kini tiba gilirannya pula untuk menghulurkan bantuan pada keluarga tersebut.
Sesungguhnya sifat prihatin dan kasih sayang sesama insan yang ditunjukkan oleh Bazli dan pasukan Anak Malaya patut dijadikan contoh. Ramai netizen turut memuji usaha mulia tersebut dan mendoakan agar ibu bapa Adam Rayqal terus dikurniakan kekuatan dan ketabahan melalui kehidupan seterusnya.
Baru-baru ini viralnya kisah sedih seorang suami yang sayu melihat isterinya koma setelah bertarung nyawa melahirkan anak lelaki bongsu mereka. Anak lelaki yang sudah lama dinantikan dalam dalam keluarga.
Namun Allah lebih menyayangi isterinya, selepas hampir empat bulan koma, arwah telah menghembuskan nafas terakhir semalam. Ketika melahirkan anaknya, jantung isteri beliau terhenti selama 20 minit. Disebabkan itu anaknya yang lahir mengalami kerosakan otak dan ditahan di hospital.
Reda Dengan Pemergiannya
Saya reda dengan pemergiannya, mungkin itu yang terbaik walaupun jauh di sudut hati saya merasakan masih belum buat sebaik mungkin untuknya
Isteri Sapawi, Norayuza Abdul Rajab, 38, menghembuskan nafas terakhirnya jam 4.40 pagi, hari ini, selepas hampir empat bulan koma sejurus melahirkan anak bongsu mereka pada 27 Disember lalu.
Menyedari Pemergian Isteri Selepas Terjaga Dari Tidur
Katanya, dia menyedari pemergian isterinya itu selepas terjaga dari tidur dan melihat dada isterinya tidak ‘berombak’ seperti biasa.
Hati Saya Bagaikan Tersentak
Hati saya bagaikan tersentak apabila dimaklumkan Norayuza sudah tiada, bagaikan tidak percaya insan yang saya sayangi selama ini sudah pergi buat selamanya.
Norayuza koma selepas mengalami komplikasi ketika melahirkan anak bongsunya, Muhammad Syamir Nasri sehingga menyebabkannya koma.
Malah, doktor juga memaklumkan jantungnya berhenti selama 20 minit dan menyebabkan oksigen tidak sampai ke otak.
Sempat Melahirkan Anak Lelaki Secara Pembedahan
Norayuza bagaimanapun selamat melahirkan anak lelakinya itu secara pembedahan selepas dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.
Sapawi yang bekerja sebagai operator kilang berkata, sebelum tidur semalam, dia sempat menjenguk isterinya dan ketika itu Norayuza masih lagi bernafas.
Isteri Menunjukkan Sedikit Perubahan
Katanya, dia menyedari isterinya menunjukkan sedikit perubahan apabila jarang membuka matanya sejak beberapa hari lalu dan kelihatan agak lemah.
“Sebelum ini walaupun berada dalam keadaan tidak sedar dia sering membuka dan mengerdipkan matanya namun sejak beberapa hari lalu saya perasan akan kelainannya.
“Saya tidak sangka ia petanda dia akan meninggalkan kami buat selamanya,” katanya.
Membawa Anak Bongsunya Mencium Jenazah Buat Kali Terakhir
Suasana menjadi hiba apabila Sapawi dilihat membawa anak bongsunya untuk mencium jenazah Norayuza buat kali terakhir.
Katanya, dia terpaksa meminta kebenaran pihak Hospital Pekan untuk membawa keluar anaknya sebentar memandangkan Muhammad Samir Nasri masih menerima rawatan di hospital berkenaan.
Sejak bersalin isteri tidak pernah melihat mahupun memeluk anak bongsu kami… ini (ciuman) adalah kali pertama dan terakhir buatnya
Jenazah Norayuza selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Marhum, di Pekan, kira-kira 10 pagi hari ini.
Panggilan kecemasan pada bomba terpaksa dibuat setelah seorang suami rasa tidak sedap hati setelah isterinya yang sedang berpantang mendiamkan diri dan mengunci dari dalam bilik.
Situasi ini cukup mendebarkan kerana setelah dipanggil beberapa kali, isteri tidak menyahut. Bimbang sesuatu yang tak diingini berlaku, anggota bomba telah datang untuk menyelamatkan isteri.
Baru lahirkan bayi kembar 11 April
Ketika sampai di rumah berkenaan, ibu yang sedang berpantang itu telah pun bertindak luar kawalan dengan cuba menjerut lehernya sendiri menggunakan kain yang diikat pada jendela di dalam sebuah bilik di Jalan Pasir Hor, Kota Bharu pada Ahad.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumbuh, Penolong Penguasa Bomba, El Taraff Mohd Zachariah berkata, wanita berusia 38 tahun itu baru melahirkan anak kembar pada 11 April lalu.
Beliau berkata, wanita berkenaan terlebih dahulu bertindak berkurung dalam bilik dan mengunci pintu.
“Kita menerima panggilan kecemasan pada jam 12.29 tengah hari apabila suami mangsa memberitahu isterinya telah menguncikan diri dari dalam bilik.
“Sebaik tiba di rumah itu, kita berusaha memanggil wanita berkenaan tetapi tidak diendahkan. Oleh kerana itu, anggota bomba terpaksa bertindak memecahkan pintu bilik menggunakan ‘paratech rescue tool’,” katanya.
Terbaring atas katil dengan muka pucat
Beliau berkata, sejurus berjaya membuka pintu, wanita berkenaan didapati berada dalam keadaan terbaring di atas katil dengan keadaan muka yang pucat.
“Melihat kepada situasi tersebut, kita tidak menolak kemungkinan mangsa cuba membunuh diri,” ujarnya.
Isteri pernah cuba bertindak luar kawalan
El Taraff berkata, mengikut dakwaan suami, wanita berkenaan sebelum ini pernah cuba berbuat demikian, bagaimanapun gagal.
“Mangsa telah dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk mendapatkan rawatan selanjut,” katanya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!