Panggilan kecemasan pada bomba terpaksa dibuat setelah seorang suami rasa tidak sedap hati setelah isterinya yang sedang berpantang mendiamkan diri dan mengunci dari dalam bilik.

Situasi ini cukup mendebarkan kerana setelah dipanggil beberapa kali, isteri tidak menyahut. Bimbang sesuatu yang tak diingini berlaku, anggota bomba telah datang untuk menyelamatkan isteri.

Rasa Tak Sedap Hati Suami, Selamatkan Isteri. Ibu Lahirkan Bayi Kembar Bertindak Luar Kawalan

Baru lahirkan bayi kembar 11 April 

Ketika sampai di rumah berkenaan, ibu yang sedang berpantang itu telah pun bertindak luar kawalan dengan cuba menjerut lehernya sendiri menggunakan kain yang diikat pada jendela di dalam sebuah bilik di Jalan Pasir Hor, Kota Bharu pada Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumbuh, Penolong Penguasa Bomba, El Taraff Mohd Zachariah berkata, wanita berusia 38 tahun itu baru melahirkan anak kembar pada 11 April lalu.

Beliau berkata, wanita berkenaan terlebih dahulu bertindak berkurung dalam bilik dan mengunci pintu.

IKLAN

“Kita menerima panggilan kecemasan pada jam 12.29 tengah hari apabila suami mangsa memberitahu isterinya telah menguncikan diri dari dalam bilik.

“Sebaik tiba di rumah itu, kita berusaha memanggil wanita berkenaan tetapi tidak diendahkan. Oleh kerana itu, anggota bomba terpaksa bertindak memecahkan pintu bilik menggunakan ‘paratech rescue tool’,” katanya.

Terbaring atas katil dengan muka pucat

IKLAN

Beliau berkata, sejurus berjaya membuka pintu, wanita berkenaan didapati berada dalam keadaan terbaring di atas katil dengan keadaan muka yang pucat.

“Melihat kepada situasi tersebut, kita tidak menolak kemungkinan mangsa cuba membunuh diri,” ujarnya.

Rasa Tak Sedap Hati Suami, Selamatkan Isteri. Ibu Lahirkan Bayi Kembar Bertindak Luar Kawalan
Gambar Hiasan

Isteri pernah cuba bertindak luar kawalan 

IKLAN

El Taraff berkata, mengikut dakwaan suami, wanita berkenaan sebelum ini pernah cuba berbuat demikian, bagaimanapun gagal.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk mendapatkan rawatan selanjut,” katanya.

Kredit: Sinar Harian

 

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI