Cantiknya aturan Allah, kedua-duanya pernah kehilangan orang tersayang, kedua-duanya turut punya cahaya mata.
Setelah 4 tahun bergelar ibu tunggal dan kehilangan suami, Allahyarham Herman Sikumbang pemain gitar kumpulan Seventeen, akhirnya Juliana Moechtar kini selamat bergelar isteri kepada seorang tentera TNI, Left Kolonel Nur Wahyudi.
Arwah Herman Sikumbang menghembuskan nafas terakhir dalam Tsunami yang melanda pantai Tanjung Lesung, Banten Indonesia pada Disember 2018 ketika mengadakan persembahan pada majlis hari keluarga sebuah syarikat korporat.
Ads
Juliana bersama arwah suami (Herman Sikumbang)
Pelakon cantik ini juga sudah melakukan solat istikarah 3 bulan sebelum menerima pinangan pihak lelaki.
“Kami bukan yang sembarang dekat terus nikah. Kami benar-benar istikharah dan tahajud 3 bulan, benar-benar meminta. Sampai akhirnya Allah menghendaki, ya dilancarkan saja,”
Ads
Juliana Moechtar juga sudah bersedia menjadi ibu kepada anak Wahyudi dari pernikahan terdahulu. Sebelum bernikah, mereka sudah berbincang soal anak-anak.
“Sudah bersedia, anak dia perlukan ibu, anak saya perlukan papa, jadi kita berdua commit dari awal untuk menyayangi anak piatu, anak yatim,” katanya.
Tak siapa menduga, keluarga yang bahagia ini setelah 10 tahun membina cinta akhirnya diuji hebat apabila suami disahkan menghidap sakit buah pinggang dan memerlukan rawatan lanjut.
Setelah suami diuji sakit, Puan Amy mula menguruskan keluarganya sendiri. Dia mula hilang arah apabila semua tugasan yang suaminya lakukan dahulu terpaksa diuruskan sendiri. Dia turut memberikan nasihat agar suri rumah lain perlu mengambil tahu semua urusan melibatkan suami supaya kelak mudah diuruskan jika berlaku apa-apa.
Saya nak cerita sesuatu…..
Saya isteri yang tak pernah ambik tahu perihal gaji suami sehingga la suami bersara dan menerima pencen. (Suami tak pernah sorok apa-apa dari saya, tapi saya memang tak pernah ambil tahu)
Biasanya Suami Akan Uruskan Semuanya
Yang saya tau suami belikan barang dapur, sediakan rumah dan penuhi kehendak saya jika dia mampu…dan setahu saya tiap bulan dia akan bayar duit loan, bil-bil,bil talifon, nafkah anak (suami duda ada anak), insuran, dan pebelanjaan runcit anak-anak.
Suami Mula Diuji Sakit
Saya tak tau tarikh-tarikh penting untuk semua urusan tu.. yang saya tahu saya selesa dengan apa yang suami sediakan sehinggalah 10 tahun usia perkahwinan dan saya baru diuji….. suami sakit.
Suami Bagi Kad Bank Sebelum Dimasukan Ke Hospital
Sebelum suami masuk wad dia bagikan kad bank dan no pin pada saya … dia suruh keluarkan RM1500, saya letakan duit dan kad bank tu semula kedalam dalam dompet suami… dan lusanya suami dimasukan ke hospital.
Saya Hilang Arah, Tak Tahu Apa Perlu Dilakukan
Suri-suri tahu saya hilang arah apa patut saya buat.. otak ligat beputar memikir apa perlu saya bayar bank apa, tarikh bila …. semuanya bagai batu menghempap kepala..
dan kini saya yang uruskan segala2-galanya … dari loan hinggalah ke nafkah dan duit sekolah anak-anak…
Suri-suri…. jangan jadi macam saya, kita perlu ambik tau gaji suami bukan kerana kita mata duitan tapi kita tak pasti apa yang menanti dihadapan…
saya kongsi pengalaman, tak rasa tak mengerti.
Pagi tu suami nampak telalu lemah tapi masih boleh bejalan
21.12.2020
Hari pertama di wad ibarat mimpi ngeri bagi sy.. kaki tangan suami tepaksa diikat .. sy tunggu di wad hanya semata-mata untuk tenangkan dia supaya tidak agresif.. sebab asid telalu tinggi apa yang dia buat diluar kawalan
22.12.2020
Dialisis petama bagi suami tak berjaya dia muntah2 dan dia tarik tiub dialisis dan DR ambik keputusan untuk tidurkan suami sy…dr minta sy minta ampun maaf siap2 sebab katanya 50/50 ..
23.12.2020
Tengahari suami sy ditolak ke icu bemakna sy dah tak boleh teman suami 😭 24,25,26,27(sy telalu lemah dgn dugaan menagis pagi petang siang malam sampai la sy tepikir ehh mana tempat aku nak buat dialisis suami lepas ni gagahkan diri cari tempat tedekat alhamdulilahh dapat.. hospital memang dah penuh)
28.12.2020
sy baru dibenarkan jaga suami di wad. 7.30pm masih luluh hati sy suami masih tak berdaya..dia minta unt solat
29.12.2020
Masih tak banyak pekembangan masih minum susu melalui tiub
30.12.2020
Suami makin sedar 😊😊 cakap dan boleh bagitau selesa atau tidak dan dr buat tempat unt dialisisi dileher
31.12.2020
(dialisis) nampak makin ok cuma risau sebab dr cakap boleh balik hujung minggu ni tapi kencing masih pakai paip makan masih guna tiub tenaga masih kurang.. (tebaru ada darah dlm air kencing)
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan yang berkahwin pasti menginginkan cahaya mata sebagai penyeri hidup mereka sekeluarga. Namun tak semua bernasib baik, Puan Haura Esha berkongsi pengalaman apabila cahaya mata yang ditunggu selama ini pergi buat selama-lamanya sejurus selapas dilahirkan.
Catatan UMI RINDU ANAK UMI. AL FATIHAH
6/8/2018 7.50 pagi
Adik, tahu tak. Sehari sebelum umi lewat period umi dengan abi dan kawan kawan yang lain naik gunung jerai. Masa ni umi banyak sangat berjalan. Sampai kan tiap hari umi hitung hari sebab nak tengok bulan tu period lewat tak. Lama dah kami tunggu kehadiran adik. 15/9 ni cukup 2 tahun umi abi bina masjid, bagi mereka yang dah ada anak mungkin masih baru. Tapi tidak bagi umi. Umi rasa lama sangat penantian ni . Masa umi naik gunung jerai tu, umi dah rasa tak sedap badan. Rasa mual. Rasa nyucuk je kadang perut ni. Tapi umi tak berharap pun sebab dah banyak duit umi habiskan untuk beli opk dengan upt sebelum ni. Kadang kadang umi test tanpa pengetahuan abi. Lepas test terus umi buang. Result mengampakan. Kadang abi tanya dah test ke. Umi cakap belum. Sebab umi taknak abi tahu result nya negative. Begitulah bulan demi bulan berlalu.
YaAllah, tiap bulan umi tunggu saat saat ni. 2 hari lewat umi tak test lagi sebab umi anggap Allah nak bagi umi peluang untuk beribadat padaNya. Disaat abi sedang lena dibuai mimpi. Umi bangun mohon taubat dan keampunan dengan Allah. Umi tahajud. Umi nangis sepuas hati sampai tak keluar suara, dengan harapan moga Allah bagi umi merasai nikmat ni. Umi pun teringin juga nak ada anak. 5 hari berlalu, umi pelik kenapa masih takdatang jugak. Malam tu umi dapat mimpi upt double line. YaAllah seronok sangat walaupun tu cuma mimpi.
Pregnant 3+
Esok tu umi terus test, tapi umi tak berharap pun. MasyaAllah clear blue naik pregnant 3+ .Gembiranya umi. Tapi umi tak bagitahu lagi abi. Malam tu umi buat suprise. Sujud syukur abi kamu. Terus dia datang gosok perut umi panggil assalamualaikum baby. baby buat apa tu. Seronok umi tengok dia. Akhirnya umi dapat bagi dia zuriat. Hari demi hari berlalu. Abi ikutkan semua kehendak umi nak makan apa. Banyak abi beli buah. Susu. Umi rindu saat saat ni. Kadang bila takdapat apa yang umi nak, mesti menangis. Kenangan. Makin hari adik makin membesar,dengan alahan nya yang teruk. Sampai kadang muntah keluar darah sikit sebab luka. Tapi takpa, umi okay je. Demi adik anak umi yang umi cinta.
Adik, umi rindu adik. Adik anak yang menyenangkan. Selama umi kandung kan adik 6 bulan 1 hari. Adik takda masalah apa pun. Semua okay. Hb umi pun okay. Kenangan terindah bila umi dapat rasa gerakan adik. Rindunya. Adik yang selalu teman umi kemana mana. Benda yang paling umi abi taksabar adalah bila dapat tarikh nak scan. Kami seronok dapat tengok buah hati kami walaupun melalui scan.
Air ketuban pecah
Umi ingat lagi. 31/7 pukul 8.15 pagi macam tu, umi tengah baring ke kanan. Pastu bila umi nak pusing ke kiri umi rasa adik aktif sangat. Tiba tiba PAPPPPPPP! Ketuban pecah. Umi dengan kuasa veto pergi tandas ingatkan air kencing, makin lama makin banyak, rasa suam panas. Takdapat nak kawal. Sah bukan air kencing. Ketuban pecah. Umi jerit panggil abi. Suruh siap. Habis air ketuban bersepah dekat rumah pondok kita. Rumah pondok. Besar mana lah sangat kan. Umi pakai jubah, tudung. Habis basah jubah umi masa ni. Dengan keadaan kalut ingat dah nak beranak sampai umi lupa nak pakai purdah. Masa nak turun tangga sekali 3 anak tangga umi lompat, masa tu dah tak fikir dah akan jatuh tergolek ke apa. Janji anak umi selamat. Sampai laboor room, pelatih lelaki seluk. Pastu doktor pulak seluk, jalan dah bukak 2cm. Tapak Kaki adik dah keluar. Bacaan ketuban 2 .Bila diingatkan balik, 2minggu sebelum ketuban pecah umi ada kene cirit birit dalam 10 hari macam tu ,umi dah pergi kk, doktor cuma bagi air garam je. Umi takpergi kecemasan terus sebab umi tahu nanti akan kene tahan wad. Kebetulan masa tu umi abi tengah kering. Mana nak bayar bil spital. Tu apa yang umi fikir masa tu. Sedangkan rezeki Allah taala tu luas. Umi lupa.
Masa dalam wad seminggu, umi cakap kat abi. Pujuk lah adik supaya dia keluar. Umi kesian kat adik ,sebab kaki adik dah keluar tapi kuasa Allah umi takrasa pun kaki adik keluar, cuma bila adik bergerak umi rasa ngilu. ,umi taknak adik pergi dalam perut. Umi nak tengok adik keluar masih bernyawa. Abi usap perut, abi cakap
“Dik, keluar la. Umi abi taksabar tunggu adik. Kesian umi. Abi umi redha kalau jadi apa apa .muhammad alwi anak yang baik. Permudahkan lah urusan umi “
Seminggu umi kene tahan wad. Tiap malam umi luangkan masa di bilik solat. Tiap malam umi bacakan yasin untuk adik. Supaya adik dapat bertahan. Disaat mereka yang menunggu masa bersalin lena dibuai mimpi. Umi sorang sorang duk menangis dalam tu. Perit kan dik, menangis tak keluar suara ni. Umi cuma fikirkan macam mana nak selamatkan adik. Nak balik rumah cepat .Malam sebelum umi bersalinkan adik, kuat sangat adik menedang. Seronoknya umi. Hilang semua kesedihan umi waktu tu. Sebab dah seminggu kot umi kene tahan wad. On antibiotik 6 jam sekali. On dexa dua dos. Sebab ketuban pecah awal. Pukul 3 pagi umi tersedar sebab adik duk mengeras je taktahu berapa minit sekali. Umi cakap dekat adik.
” kenapa anak umi mengeras. Adik tak selesa eh kat dalam. Mungkin sebab ruang sempit kot. Yelah ketuban dah takde kan. Sabar eh. Jap lagi umi g tandas. Adik kuat eh. Kalau adik kuat umi pun kuat. “
Pastu adik mengeras lagi, kemudian adik aktif menendang. Umi termenung jap kat katil. Sebelum 3 hari adik nak keluar, umi dah mimpi adik akan pergi tinggalkan umi. pastu umi pujuk adik. Umi cakap lagi kat adik.
” Adik. Kalau adik nak pergi. Adik pergilah dik. Umi dah redha. InsyaAllah umi akan cuba untuk kuat. Umi nak balik rumah. Umi rindu abi. Umi serabut duk hospital. Kene cucuk. Sakit dik. Umi dah redha. Umi sayang adik. InsyaAllah kalau adik keluar, adik hidup. Umi sanggup jaga adik. Ulang alik hospital pun takpe. Umi sanggup datang jaga adik. Okay lah jum kita g tandas. Umi nak solat sunat. Kita solat sama sama eh “
Jam di skrin telefon menunjukkan dah pukul 3.30 pagi. Lagi sekali rasa mengeras. Sakit pinggang halus halus ja. Gagah kan diri pergi tandas. Masa umi g tandas tu, umi tengok darah ketul keluar. Umi gelabah dah. Terus g kat kaunter,bagitahu nurse,nurse suruh duk kat katil dulu . Masa ni umi tak tenang dah. Umi mesej abi suruh siap sedia.
Bersalin
Pukul 5 setengah umi ditolak ke laboor room. Doktor cek jalan dah 5cm. Kaki adik dah keluar sampai lutut dah. Tapi kuasa Allah umi tak rasa apa. Sakit pun takde. Alhamdulillah. Nikmat,buat ctg jantung adik okay. Takde apa masalah. Adik pun aktif je . Kuatnya anak umi ni. Pastu doktor tinggal kan umi sorang sorang dalam bilik pramatang. Doktor cakap kalau ada rasa benda keluar terus panggil nurse. Taklama kemudian pukul 6.30 pagi umi masuk laboor room. Umi mesej abi suruh masuk. Pukul 6.45 cemtu abi masuk. Pukul 7 nurse pasang drip induce. Pastu nurse pergi mana tah. Pastu nurse lain lak datang. Pastu umi bagitahu nurse rasa nak kencing. Nurse pun cakap nak pasang tiub terus tak rasa nak kencing .takut. pastu nurse tanya ada rasa sakit tak. Contraction. Umi cakap takde. Umi tanya macam mana rasa Contraction.
7.30 pagi Pastu masa nurse duk pasang tiub air kencing tu. Tiba tiba umi rasa macam ada benda nak keluar. Tapi umi tak rasa sakit. Masa ni kuat sangat adik bergerak. Umi bagitahu nurse.
” Nurse, saya rasa macam ada benda nak keluar. Saya nak teran eh. Tapi tak rasa sakit. “
“Mana doktor. Mana MO. Takda orang ke ni. Patient bilik pramatang dah nak bersalin. YaAllah mana ni doktor. Kaki badan baby dah keluar ni. Bergerak lagi ni. Adik selawat dik. “
Suami tak henti bisik suruh baca ” Allah hu, zat yang Esa “ Masa ni dah penat sangat meneran. Rasa dah putus asa. Sebab tenaga dah kurang. Tiba tiba ramai gila pelatih laki masuk. Ya tuhan. Terus terbantut nak meneran. Termenung kejap. 7.40 doktor pun datang. Diaorang baik sangat. Walaupun lambat tapi takpe lah. Asbab je semua tu. Doktor suruh push. Doktor pun cakap kalau dah takboleh nak teran. Puan rileks ya. Kalau boleh biar lah dia keluar dengan sendiri. Lagipun saya tengok dia dah tak bergerak ni.
Masa ni dah rasa ada kekuatan. Umi pun sebut Allahuakbar 3 kali. 7.50 keluarlah anak lelaki umi yang hensem, cukup sifat sempurna seberat 770g. YaAllah seronok sangat umi rasa waktu ni. Tapi umi lupa yang anak umi dah takde. Anak umi lemas. Sebab kepala lambat keluar. Abi tak henti bagi semangat. Abi umi redha. Abi letak adik atas badan umi. Masa ni umi berharap yang adik akan bergerak balik. Tapi takda pun. Umi belai jari adik yang tidak bernyawa . Usap kepala adik. Cium adik. Wangi nya. Darah pun takde kat badan adik abi cakap.
Anak saya dah takda
Tak lama lepastu nurse amek adik. Abi suruh nurse mandikan adik. Sebab abi nak uruskan kubur adik. Nak carikan orang. Dia kalut sangat masa tu. Taklama lepastu umi ditolak masuk ke bilik rawatan. Kebetulan dalam bilik rawatan tu ada kawan umi dari wad yang sama. Dia pun bersalin malam sebelum adik lagi. Dalam bilik tu ada tiga orang. Kawan umi duk hujung sekali belah kiri. Umi duk hujung belah kanan dekat ng pintu masuk. Pastu sorang lagi umi tak kenal. Dia duk tengah. Umi ingat umi kuat. Masa umi masuk tu kawan umi tanya.
“Baby mana.? dah bersalin eh? Baby laki ke perempuan? Berat berapa?
Umi cakap dah. Alhamdulillah. Lelaki. 770g. Tengah dimandikan. Taklama kemudian budak yang katil tengah tu tengok luar,ada nurse pegang adik dan dia cakap ehh eh, anak siapa tu. YaAllah kesian nya. Pastu umi pandang luar. Umi tengok kain batik tu. Umi kenal kain batik tu. Taklama lepastu umi nampak abi. Adik dah siap dimandikan. Terus umi meraung. Umi cakap. Kak! Tu anak saya. Anak saya dah MENINGGAL .SAYA RINDU ANAK SAYA.
KUAT SANGAT umi nangis masa tu. Sampaikan diorang pun nangis sekali. Pastu nurse pun tutup tirai. Tak bagi diorang sembang dengan umi. Sebab nurse takut diorang tanya umi soalan macam macam.
Lepas adik dah dimandikan. Dikafankan. Abi bawak adik jumpa umi. Tapi dengan syarat kalau nak tengok adik. Umi takboleh nangis.Masa abi bukak ikatan tu. Umi dapat tengok muka adik.Umi dapat kekuatan yang luarbiasa. Sebelum ni umi taktahu pun adik lelaki ke perempuan. MasyaAllah comelnya anak umi. Sempurna cukup sifat. Dengan hidung mancung .hensemnya. putih sangat. Lembut je pipi adik. Geram umi tengok mulut adik yang tersenyum indah. Adik dah nampak syurga lah tu kan. Seronoknya. Alhamdulillah umi bangga ada anak syurga. Umi peluk cium adik. Belai pipi lembut adik. Wangi nya adik. Orang yang mandikan adik pakaikan adik celak atas permintaan abi. Pastu abi suruh pakaikan buat macam serban. Allahu comel sangat. Geram umi tengok adik. Walaupun adik dah tak bergerak. Umi rasa tenang sangat masa tu. Umi kuat masa tu. Tak nangis pun.
Abi senyum je dik. Dia cakap ank umi hensem.Masa abi dah nak bawak balik adik. Umi bagi ciuman terakhir buat adik. Abi dengan adik dah takda depan umi. Umi termenung.siapa nak isap susu umi ni
Dalam kesedihan umi merasakan ketenangan dan seronok. Doktor bagi umi ubat stop susu. Dik, maaf sebab takdapat nak susu adik. Umi pun teringin jugak macam mereka. Dapat menyusu dan peluk anak mereka. Adik, umi mintak maaf sebab umi takdapat nak temankan adik sampai kubur. Maaf sebab umi takde masa adik balik ke rumah baru adik. Maaf dik. Umi kene duduk wad masa tu. Tapi umi janji lepas habis pantang umi pergi melawat anak umi. Umi rindu adik.
Terima kasih dik sebab hadir dalam hidup dan rahim umi selama 6 bulan 1 hari. Walaupun sekejap umi dapat merasa. Umi seronok. Dapat merasai nikmat ni semua. Terima kasih sebab permudahkan urusan umi. Dik, baju adik tu, barang barang adik tu siapa nak pakai dik.
Mana adik, umi rindu. Baru je umi rasa adik menedang, bergerak. Tiba tiba adik dah takde . Kadang umi lupa yang adik dah takde. Umi usap perut.Patutnya due adik 25/11 ni. Dik, masa umi mula mula solat dalam pantang. Umi berdoa macam biasa umi doakan sebelum adik pergi. Sampai sekarang umi terbawak bawak. Umi doa
” yaAllah. Terima kasih alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk bersama dengan zuriat ku. Terima kasih Allah. Jadikan anak ini anak yang soleh solehah. Anak yang diberkati….. “
Sampai je dekat diberkati umi baru sedar yang anak umi dah takde. Umi menangis kat situ jugak. Pastu umi cakap dekat Allah. YaAllah, kenapa dengan aku ni. Anak aku dah takde la yaAllah.
Kejap je masa berlalu dik. Harini dah 40 hari adik pergi tinggalkan umi. Umi takkan lupakan adik sampai bila bila.
Dekat sini jelah umi meluah apa yang umi rasa. Dengan sokongan dan semangat dari kawan kawan umi kat dalam ni. Umi kuat.
Nanti, jangan lupa tarik umi dengan abi ke syurga tau. Jangan lupa cari umi ya adik. Umi janji lepasni akan jadi ibu dan isteri yang baik untuk abi. Umi akan cuba baiki diri. Dik, nanti kalau abi pergi kelas siapa yang nak temankan umi macam selalu
umi dah puas hati dapat cium adik. Belai adik.Ni je gambar adik yang umi ada. Bila umi rindu umi tengok ni jelah. Bila tengok barang barang adik. Umi sebak. Tapi sekarang umi dah kuat.
Umi sayang anak umi. MUHAMMAD ALWI BIN MUHAMMAD SYAHIRAN
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membentangkan cadangan prosedur operasi standard (SOP) mengenai pembukaan taska kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Selasa (hari ini).
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, antara aspek penting yang diberi penekanan dalam SOP tersebut adalah keselamatan kanak-kanak ketika berada di taska.
“Selasa akan dibentangkan SOP secara diperhalusi kepada MKN. Apa kita lihat sekarang ini, apabila dibuka kelonggaran kepada dalam sektor ekonomi, ramai ibu bapa menyatakan mereka memerlukan perkhidmatan taska.
“Apa yang penting adalah keselamatan di taska dan kita juga telah memperbaiki ayat contohnya penggunaan isolasi ditukarkan kepada keutamaan kepada anak barisan hadapan terutamanya warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Kalau boleh duduk di rumah lebih baik tapi kalau tak ada orang jaga, kita akan khaskan taska di hospital. Kalau taska di hospital tak cukup ruang atau tak ada taska di hospital tertentu, maka kita nasihatkan pengusaha taska untuk memberi keutamaan kepada warga KKM
“Dan SOP supaya pergaulan antara kanak-kanak itu tak terbuka… bererti guru taska kekal dengan satu kumpulan, manakala kumpulan lain dihadkan pergaulan mereka,” katanya pada sidang media harian KKM pada Isnin.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham juga berkata KKM sedang melihat bagaimana mereka boleh meningkatkan taska di hospital-hospital KKM.
“Setakat ini di hospital KKM, kita ada 112 taska dan sekarang kita mohon untuk tingkatkan lagi taska di semua hospital kita iaitu 146 hospital.
“Kalau boleh, bila kita dah tingkatkan taska untuk barisan depan staf KKM, kita jangka taska dapat laksanakan dua shif,” ujarnya.
Bagaimanapun tambah Dr Noor Hisham, tarikh taska akan dibenarkan beroperasi masih belum ditetapkan dan akan dibincangkan dalam mesyuarat bersama MKN.
Jaundis bayi memang biasa berlaku selepas kelahiran, tetapi ada tanda bahaya yang ibu ayah tidak boleh abaikan. Ketahui simptom, rawatan, bila perlu ke hospital dan cara penjagaan yang betul.