Pagi raya ini pasti kita teruja untuk berkongsi gambar sekeluarga di pagi raya. Bagi mendapatkan gambar raya yang super cantik, apa kata kali ini kita cuba teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk buat poster ucapan Hari Raya!
Tak perlu susah-susah, berikut merupakan perkongsian cara dari saudara Hazrezal Ahmad supaya anda pun boleh buat poster ucapan sendiri ala-ala selebriti.
Caranya adalah dengan menggunakan Google AI Studio. Walaupun hasilnya mungkin tidak setanding dengan rekaan profesional, ia tetap kelihatan kemas dan kreatif.
1. Cari sahaja ‘Google AI Studio’ di internet, klik kemudian sign up dan anda akan lihat paparan seperti di bawah.
Ads
2. Pastikan anda set Model kepada Gemini 2.0 Flash (Image Generation).
3. Masukkan gambar raya anda dan seeloknya tidak mempunyai latar belakang yang serabut dan penuh. Cuba guna gambar yang diambil berlatar belakangkan dinding yang kosong.
Ads
4. Masukkan arahan ini: Jadikan gambar ini sebuah poster ucapan Hari Raya gaya profesional dengan text “SELAMAT HARI RAYA” “MAAF ZAHIR BATIN” “DARI xxx”
5. Jika hasil tak menarik, guna butang macam penyapu dekat bawah untuk clear chat dan mula semula. Jika masih tak menarik hasilnya, klik CREATE PROMPT dekat menu sebelah kiri dan mula semula.
Ads
Diingatkan kepada anda bahawa bila buat menggunakan AI ini bukannya terus dapat hasil cantik. Kena cuba banyak kali sampai jumpa apa yang anda suka. Google AI Studio ini boleh akses menggunakan telefon pintar atau dekstop.
Masih membekas di hati ramai tragedi menyayat jiwa yang berlaku dalam kemalangan Machang ini. Dalam sekelip mata, sebuah keluarga kecil musnah apabila pasangan suami isteri meninggal dunia selang empat hari, meninggalkan dua anak kecil yang masih terlalu mentah untuk memahami erti kehilangan sebenar.
Empat hari selepas isterinya meninggal dunia akibat kemalangan tersebut, suami kepada arwah, Allahyarham Nur Ihsan Nordin, 33, pula menyusul pergi. Pemergian beliau sekali gus menjadikan dua anak mereka yatim piatu dalam usia yang amat muda, enam dan empat tahun.
Lebih memilukan, sebelum ajal menjemput, Allahyarham Nur Ihsan sempat pulang ke rumah, makan dan tidur bersama anak-anaknya. Detik itu menjadi kenangan terakhir buat Afiya dan Alisha bersama insan yang paling mereka sayangi.
Saat itu mungkin kelihatan biasa bagi sesetengah orang, namun bagi dua beradik ini, ia kini menjadi memori terindah yang akan mereka simpan seumur hidup. Kasih sayang seorang ayah yang terakhir dirasai tanpa mereka sedari itulah pelukan akhir buat selama-lamanya.
Hari pertama ke sekolah yang sepatutnya menjadi detik membanggakan bagi seorang ibu dan ayah, berubah menjadi saat paling mengharukan buat Afiya dan Alisha.
Afiya, 7 tahun, dilaporkan menangis teresak-esak di kantin sebelum melangkah ke kelas pra-sekolah. Dengan suara yang menahan sebak, dia meluahkan kerinduan yang begitu mendalam:
“Ibu Abi… Kakak berani dah, tak takut orang dah…”
Kata-kata ringkas itu cukup untuk membuatkan sesiapa sahaja menitiskan air mata. Ia menggambarkan betapa besar kehilangan yang terpaksa ditanggung oleh seorang kanak-kanak seusia itu.
Sementara itu, adik bongsunya Alisha yang baru berusia 5 tahun dikenali sebagai seorang kanak-kanak manja dan gemar dipeluk. Kehilangan ibu dan ayah secara serentak memaksa dirinya belajar berdikari lebih awal daripada usia sepatutnya.
Kemalangan Machang ini bukan sahaja meragut nyawa, tetapi turut merampas hak dua anak kecil untuk membesar dengan penuh kasih sayang ibu dan ayah di sisi.
Kisah menyayat hati dua beradik ini mengundang simpati dan sebak dalam kalangan netizen. Ramai yang menitipkan doa serta kata-kata semangat agar mereka membesar dengan baik dan dilindungi Allah SWT.
Antara komen yang menyentuh hati:
“Semoga Afiya membesar sihat dan cerdas, sentiasa dalam pelukan Allah.”
“Allahu Akbar… semoga anak-anak ini dikelilingi insan penyayang seperti Rasulullah SAW mengasihi anak yatim.”
“Moga ada hikmah di sebalik ujian ini. Semoga mereka berjaya dan bahagia suatu hari nanti.”
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, kereta Toyota Vios yang dinaiki pasangan suami isteri bersama dua anak mereka bertembung dengan sebuah Proton Exora ketika dalam perjalanan pulang dari Klang ke Salor sempena cuti Deepavali.
Akibat perlanggaran tersebut, isteri Allahyarham, Wan Nur Farahana Wan Hassan, 34, meninggal dunia di tempat kejadian. Nur Ihsan pula mengalami kecederaan serius termasuk patah pinggul dan kecederaan pada paru-paru, manakala dua anak mereka hanya mengalami lebam ringan.
Namun, takdir Allah lebih mengetahui. Empat hari kemudian, Allahyarham Nur Ihsan menghembuskan nafas terakhir di hospital. Jenazah beliau disemadikan bersebelahan pusara isterinya dan ibu mentuanya di Tanah Perkuburan Islam Salor.
Kini, dua pasang kasut kecil itu menjadi simbol keberanian dan ketabahan. Afiya dan Alisha melangkah ke dunia persekolahan dengan hati yang luka, namun penuh kekuatan luar biasa.
Kemalangan Machang ini akan terus dikenang sebagai satu peringatan betapa rapuhnya kehidupan, dan betapa kuatnya jiwa anak-anak kecil yang diuji dengan kehilangan paling besar dalam hidup mereka.
Mereka membawa kenangan ibu dan ayah dalam hati, serta doa daripada seluruh rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mengiringi langkah masa depan mereka. 🤍
Kisah pemergian adik Zara Qairina masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia. Tragedi yang menggemparkan negara ini bukan sahaja mengundang rasa sebak, malah menjadi pengajaran besar tentang bahaya kes buli yang semakin membimbangkan.
Walaupun sudah berbulan peristiwa ini berlalu, namun kes Zara masih lagi belum selesai dan sentiasa menjadi perhatian masyarakat yang menantikan keadilan buat arwah si kecil.
Dalam kesedihan yang masih dirasai, ada sedikit kelegaan apabila pihak yang bertanggungjawab mengambil langkah memastikan pusara arwah sentiasa terjaga.
“Alhamdulillah… Rakaman CCTV pada waktu malam di sekitar pusara Arwah Zara Qairina di Tanah Perkuburan Islam Tg Ubi Mesapol Sipitang kini kelihatan terang dengan cahaya lampu solar.”
Bagi memastikan kawasan pusara sentiasa terjaga dan terpelihara, pemasangan CCTV dilakukan sebagai langkah pemantauan.
Video itu telah meraih perhatian ramai. Antara komen dikongsi adalah
“Sebb ada arwah Zara , semua waris kubur dpt manafaat…. Masha Allah… Alhamdulillah.”
Langkah ini penting untuk mengelakkan sebarang perbuatan khurafat atau amalan yang bertentangan dengan syariat Islam, selain memastikan pusara arwah dihormati oleh semua yang datang menziarah.
Pusara ini bukan sekadar tanah perkuburan, tetapi tempat persemadian seorang bidadari kecil yang amat disayangi ramai. Ia menjadi saksi kasih sayang orang tua, sanak saudara, sahabat serta seluruh masyarakat yang turut berduka atas pemergiannya. Justeru, tanggungjawab kita adalah memastikan ia terus dijaga dan dipelihara dengan penuh kasih sayang.
Semoga Allah SWT sentiasa merahmati roh arwah Zara Qairina, mengangkat darjatnya di sisi-Nya, dan melindungi pusaranya daripada sebarang perkara yang tidak baik. Moga kisah Zara menjadi ingatan dan peringatan buat kita semua, bahawa setiap nyawa anak kecil adalah amanah yang mesti dijaga, dibela dan dipertahankan dari segala bentuk penderaan atau kezaliman.
Ibu ayah selalu risau apa anak makan di sekolah. Bimbang makanan proses tinggi dijual berleluasa di sekolah.
Terbaru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan sokongan Bahagian Pemakanan dan Kementerian Kesihatan (KKM) telah menetapkan garis panduan baharu dengan menyenaraikan 12 jenis makanan serta minuman yang tidak dibenarkan dijual di sekolah.
Langkah ini bertujuan melindungi murid daripada risiko pemakanan tidak sihat serta memastikan tumbesaran mereka berada pada tahap optimum.
Langkah ini diterima baik oleh ibu bapa yang selama ini menantikan garis panduan pemakanan di sekolah.
Dalam perkongsian rasmi di Instagram, KPM menegaskan larangan tersebut selari dengan usaha kerajaan menggalakkan gaya hidup sihat.
“Mengikut Peraturan Makanan 1985, makanan melepasi had tarikh luput dan makanan berbentuk permainan adalah dilarang untuk mengelak kebimbangan makanan yang membahayakan kesihatan murid,” katanya.
Antara makanan dan minuman yang dilarang:
* Makanan ringan turut tersenarai dalam kategori tidak dibenarkan. Antaranya ialah gula-gula, coklat, jeruk serta produk berkrim atau bersalut gula.
* Turut dilarang makanan diproses seperti kentang goreng, sosej, nugget dan lok cheng termasuk, bebola ikan, ayam atau daging sebagai snek untuk menggalakkan murid memilih makanan penuh khasiat protein.
* Makanan segera dalam bungkusan seperti mi segera, bihun, ramen, kuetiau, bubur segera mahupun sup segera juga dilarang kerana kandungan nutrisi yang rendah boleh menjejaskan perkembangan kanak-kanak.
* Produk konfeksi ais serta aiskrim pula perlu mematuhi syarat dan piawaian yang ditetapkan oleh KKM dan KPM sekiranya ingin dijual di kantin sekolah.
* Sebarang minuman manis untuk pelajar seperti kordial, serbuk 3 dalam 1, minuman tenaga, isotonik, minuman herba dan minuman berkarbonat tidak dibenarkan kerana mengandungi gula berlebihan. Namun, teh dan kopi hanya dibenarkan untuk guru.
Pengharaman turut dikenakan terhadap makanan serta minuman beralkohol, selaras dengan usaha mendidik murid mengamalkan gaya hidup sihat sejak di bangku sekolah lagi.
Semoga larangan ini mampu membentuk tabiat pemakanan sihat pada anak-anak kecil sekaligus menurunkan masalah kesihatan dikalangan kanak-kanak.
Ramai tak sedar bau “fresh” pada pakaian sebenarnya datang daripada bahan kimia tekstil. Ketahui sebab pakar sarankan ibu bapa basuh baju baru anak sebelum dipakai.