Ibu ayah selalu risau apa anak makan di sekolah. Bimbang makanan proses tinggi dijual berleluasa di sekolah.
Terbaru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan sokongan Bahagian Pemakanan dan Kementerian Kesihatan (KKM) telah menetapkan garis panduan baharu dengan menyenaraikan 12 jenis makanan serta minuman yang tidak dibenarkan dijual di sekolah.
Langkah ini bertujuan melindungi murid daripada risiko pemakanan tidak sihat serta memastikan tumbesaran mereka berada pada tahap optimum.
Langkah ini diterima baik oleh ibu bapa yang selama ini menantikan garis panduan pemakanan di sekolah.
Dalam perkongsian rasmi di Instagram, KPM menegaskan larangan tersebut selari dengan usaha kerajaan menggalakkan gaya hidup sihat.
Ads
“Mengikut Peraturan Makanan 1985, makanan melepasi had tarikh luput dan makanan berbentuk permainan adalah dilarang untuk mengelak kebimbangan makanan yang membahayakan kesihatan murid,” katanya.
12 jenis makanan yang dilarang.
Antara makanan dan minuman yang dilarang:
* Makanan ringan turut tersenarai dalam kategori tidak dibenarkan. Antaranya ialah gula-gula, coklat, jeruk serta produk berkrim atau bersalut gula.
* Turut dilarang makanan diproses seperti kentang goreng, sosej, nugget dan lok cheng termasuk, bebola ikan, ayam atau daging sebagai snek untuk menggalakkan murid memilih makanan penuh khasiat protein.
Ads
* Makanan segera dalam bungkusan seperti mi segera, bihun, ramen, kuetiau, bubur segera mahupun sup segera juga dilarang kerana kandungan nutrisi yang rendah boleh menjejaskan perkembangan kanak-kanak.
* Produk konfeksi ais serta aiskrim pula perlu mematuhi syarat dan piawaian yang ditetapkan oleh KKM dan KPM sekiranya ingin dijual di kantin sekolah.
* Sebarang minuman manis untuk pelajar seperti kordial, serbuk 3 dalam 1, minuman tenaga, isotonik, minuman herba dan minuman berkarbonat tidak dibenarkan kerana mengandungi gula berlebihan. Namun, teh dan kopi hanya dibenarkan untuk guru.
Ads
Pengharaman turut dikenakan terhadap makanan serta minuman beralkohol, selaras dengan usaha mendidik murid mengamalkan gaya hidup sihat sejak di bangku sekolah lagi.
Seluruh negara tersentak apabila berita kematian tragis pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, 13, yang dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga asrama sebuah sekolah agama di Papar, Sabah, mengundang gelombang kesedihan dan desakan keadilan bukan saja rakyat di negeri ini, tetapi di seluruh negara.
Malah, ketika ini, seperti satu gelombang tanda pagar #JusticeForZara berada di rata-rata akaun sosial media. Dalam perkongsian terbaru dimuat naik di facebook oleh Ustazah Marhamah Rosli yang turut dikenali sebagai pendakwah bebas yang mempunyai latar belakang pendidikan undang-undang. Beliau berkongsi kenyataan media rasmi peguam keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir .
Hari ini, peguam rasmi mewakili ibu Allahyarhamah Zara Qairina, Encik Hamid Ismail & AlanShahlan Jufri telah mengeluarkan kenyataan media penuh berkenaan perkembangan siasatan kematian tragik arwah yang berlaku dalam kawasan asrama sekolah.
Antara intipati penting:
✅ Ibu Zara menafikan sepenuhnya bahawa arwah membunuh diri.
✅ Terdapat keraguan serius terhadap punca kematian yang dikaitkan dengan unsur jenayah.
✅ Pihak keluarga juga memohon inkues segera bagi menentukan punca sebenar kematian.
✅ Tiada bedah siasat dilakukan sebelum pengebumian arwah.
✅ Wujud rakaman suara dan bukti-bukti penting yang telah diserahkan kepada pihak polis.
✅ Keluarga Zara tidak pernah ditunjukkan hasil siasatan sejak laporan dibuat.
✅ Tuduhan terhadap ibunya adalah fitnah kejam yang sangat tidak berperikemanusiaan.
Kami mohon semua rakyat Malaysia yang cintakan keadilan untuk membaca dan meneliti kenyataan media ini sepenuhnya. Jangan benarkan kes ini berakhir dengan diam.
🔁 Sila bantu sebarkan. Kebenaran perlu ditegakkan.
Sebelum ini media, melaporkan, Zara Qairina, 13, ditemui dalam keadaan parah pada pukul 3 pagi, 16 Julai lalu di tingkat bawah bangunan asrama sebuah sekolah agama di Sabah sebelum dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut.
Bagaimanapun, remaja itu disahkan meninggal dunia pada pukul 1 tengah hari keesokan harinya. Kejadian itu menjadi tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen selepas dikaitkan dengan dakwaan buli. Insiden itu turut mencetuskan gelombang kesedihan dan desakan keadilan bukan sahaja dalam kalangan rakyat Sabah, malah masyarakat di seluruh negara.
Setiap ibu pasti berbangga apabila anak-anak mereka mencapai pencapaian yang membanggakan. Begitu juga dengan penyanyi, Misha Omar berkongsi pengalaman manis mengenai anak terunanya, Muhammad Idris Ezzwa , yang tampil pertama kali di khalayak ramai dalam Misha Omar Back To Basic Showcase. Tidak hanya menjadi penonton, Idris turut menggantikan hos acara tersebut, sesuatu yang sangat bermakna buat Misha Omar.
Apa yang lebih menarik, Misha berkongsi cerita lucu apabila Idris bertanya dengan penuh semang. Aat, “How much will I get paid, Mom?” , jelas menunjukkan betapa seriusnya dia mahu menyertai acara tersebut.
Meskipun pada awalnya memberitahu Idris bahawa dia tidak perlu terlibat jika tidak mahu, Idris tetap berlatih sendiri tanpa paksaanpa yang keluar daripada mulut Idris semasa acara itu bukan hanya kata-kata yang spontan, tetapi juga penuh keikhlasan dari hati.
“Takkan tak ada kisah tentang anak teruna Kak Mitch yang tiba-tiba viral tu ekkk??”
“Mestilah ada,cuma Kak Mitch ambil sedikit masa kerana secara peribadi Idris mencetak sejarah pertama kali di hadapan peminat dan terlibat secara langsung dengan sebahagian pekerjaan Kak Mitch pada Misha Omar Back To Basic Showcase tempoh hari…”
“How much will I get paid, Mom?” Begitu Idris tanya Kak Mitch bila idea menggantikan hos kepada kehadiran beliau membuka showcase yang sangat bermakna buat Kak Mitch ini.”
Misha juga menambah, bagi memastikan penampilan Idris lebih profesional, beliau mendapatkan bantuan daripada Dr. Norzizi Zulkifli, seorang pakar dalam mempercantik penampilan dan memperkemas dialog. Dengan tunjuk ajar dari Dr. Zizi, Idris tampil dengan penuh keyakinan dan memberi impak yang besar kepada penonton. Kak Mitch tidak dapat menahan senyum melihat usaha gigih anaknya itu yang berlatih dengan penuh dedikasi.
Jom sertai Parenting Summit Online 2025 dengan barisan panel hebat seperti Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar, Dr. Say Shazril, Dr. Malar, Ustazah Asma’ Harun & Awal Ashaari dan ramai lagi! Pendaftaran PERCUMA, untuk 500 ibu bapa pertama sahaja! 👨🏻🧑🏽 Lebih seronok, ada peluang menang hadiah lucky draw bernilai sehingga RM3000! Daftar sekarang
Selain menceritakan kejayaan Idris, Misha juga berkongsi tentang anak sulungnya, Adam, yang kini berusia 18 tahun. Walaupun tidak sedarah, Adam dan Idris mempunyai hubungan yang sangat akrab. Mereka saling menyayangi dan menghormati antara satu sama lain seperti abang dan adik, dan Kak Mitch berasa sangat bersyukur dengan keharmonian antara kedua-dua anak lelakinya ini.
Misha turut menegaskan, bahawa tidak wajar bagi orang ramai untuk menuduh ibu bapa yang membawa anak-anak mereka ke dunia seni sebagai ‘menjual’ anak. Sebaliknya, beliau menyeru agar kita semua menyokong dan merayakan pencapaian mereka.
“Dan Kak Mitch juga mohon jasa baik, jangan menuding bukan hanya Kak Mitch tapi rakan seperjuangan lain apabila melakukan persembahan atau dunia lakonan bersama anak sebagai ‘MENJUAL’ mereka ya. Kita seharusnya MENYOKONG DAN MERAIKAN.. kerana MEMBENCI HANYA AKAN MEMBUNUH DIRI SENDIRI DALAM DIAM…”
“Pastinya bukan ‘job’ pertama & terakhir Idris Ezzwa.”
Baginya, pengalaman ini pasti tidak akan dilupakan, dan beliau berterima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan acara tersebut. Ia juga menjadi detik bersejarah bagi Idris yang kini telah memulakan langkah pertama dalam dunia seni. Pastinya ini bukanlah penampilan pertama dan terakhir bagi Idris Ezzwa, dan Kak Mitch percaya dia akan terus mencipta kejayaan di masa hadapan.
Kadang-kadang betul kata orang, bila dah tak ada baru kita teringat-ingat. Waktu itulah kita mengharapkan kalau dia kembali, akan kita hargai. Semasa hayatnya masih ada, haruslah kita tunjukkan rasa sayang dan penghargaan pada pasangan kita. Jika tidak, takut menyesal di kemudian hari.
Begitulah perkongsian seorang suami, Eddie Dieana yang menceritakan tentang seorang kawannya yang ralat kerana tidak menghargai isterinya semasa masih hidup. Isterinya kini sudah meninggal dunia.
Dia pernah ‘kantoi’ menghantar mesej kepada perempuan lain. Apabila isterinya bertanya tentang hal itu, suami tersebut mengakuinya kerana tak suka dengan bentuk tubuh si isteri yang gemuk. Dia juga membandingkan isterinya dengan perempuan tersebut yang ramping dan cantik.
Menurut kawannya itu, dia sempat minta maaf dengan isterinya sebelum meninggal dunia tetapi ada sesuatu yang membuatkan dia sangat sedih dan rasa menyesal. Tambah kawannya lagi, dia baru saja melihat-lihat telefon isterinya dan terjumpa ‘sesuatu’.
Dalam tempoh dua bulan, isterinya hanya mencari tentang cara-cara menguruskan badan. Banyak carian tentang kurus, air detoks dan sebagainya. Juga melalui sebuah aplikasi membeli-belah, isterinya banyak letakkan pelbagai jenama ubat menguruskan badan di troli kerana tak mampu membelinya.
Hari ini saya terpandang status di what’sapp sahabat saya. Beliau letak caption. “Perkara paling menyakitkan ialah rindu pada yg telah tiada.” Sebagai seorang sahabat yg mengetahui isterinya baru sahaja meninggal dunia 2 bulan lepas. Saya pun terus mesej kata² semangat pada beliau. “Bertabah ye Zack (Bukan nama sebenar), banyakkan berdoa. Semoga roh arwah tenang disana.” “Thanks Eddie, kebetulan kau text aku. Boleh aku call kau?.” “Boleh bro, silakan. Aku pun free ni.”
Tak lama berselang. Zack pun telefon saya. Sedang rancak berbual di talian. Tiba² Zack terdiam sekejap. Nada suaranya tersekat² dan seolah² sedang bersedih. “Eddie, kau tahu tak. Sekarang ni aku hidup penuh dengan rasa serba salah dan penuh penyesalan. Aku menyesal dengan apa yg aku dah buat dekat arwah sebelum ni.” “Kenapa pulak Zack. Apa yg kau kesalkan?” “Macam ni bro, 2 bulan sebelum arwah isteri aku meninggal. Aku pernah terkantol mesej dengan kawan 1 tempat kerja aku. Masa tu bini aku marah sangat dekat aku. Sebab aku dah tak tahan sangat dia bising². Aku pun terus lah cakap. ‘Ye, memang abang suka tengok budak perempuan tu. Cantik, pandai melawa. Pinggang ramping. Tak macam awak. Gemok gedempol.’
Lepas dari aku cakap tu Eddie, aku tengok isteri aku banyak berdiam. Hari² aku balik kerja dia dah tak ceria macam dulu. Agaknya dia terasa sangat dengan apa yg aku cakap. Sampailah sehingga 1 hari sebelum dia ditidurkan. Dia ada cakap dalam telefon. ‘Abang, sayang nak minta maaf dengan Abang dari hujung rambut sampailah hujung kaki. Minta halalkan makan minum sayang selama jadi isteri. Sayang minta maaf sebab tak dapat nak kurus macam perempuan yg Abang inginkan, Maafkan sayang ye. Tolong doakan supaya sayang mendapat redha dari Suami sayang sebelum sayang pergi.’ Allahuakbar, terdiam sekejap saya mendengar cerita dari sahabat saya ni. Saya terus bagi kata² semangat kepada Zack. “Allah, sedihnya aku dengar Zack. Mesti dia terasa kan bila dengar kau cakap macamtu. Kau sempat minta maaf tak dengan dia?” “Alhamdulillah Eddie, aku sempat minta maaf salah silap aku dekat dia sebelum dia meninggal. Tapi. “ “Tapi kenapa bro” Sahabat saya terus mendiamkan diri. Agaknya tengah bersedih.
“Zack, kau okay tak.” “Okay bro, aku okay. aku cuma sedih sebenarnya. Aku baru je godeh² (bukak) handphone arwah pagi tadi. Aku baru ada kekuatan untuk nak tengok apa yg ada dekat handphone dia. Kau nak tahu tak apa yg aku jumpa dekat handphone dia.” “Kau jumpa apa bro?” Aku tengok apa yg dia search 🔎 dekat YouTube dia. ‘Cara² untuk kurus dalam tempoh sebulan.’ ‘Cara² untuk turunkan berat badan.’ ‘Cara² bakar lemak.’ ‘Cara buat air Detox untuk kurus’ ‘Cara² tahan lapar.’ Ini adalah apa yg dia search sepanjang tempoh dua bulan ni bro, dan aku tengok dekat troli Shoppee dia. Penuh dengan produk untuk kurus yg dia nak beli tapi dia tak mampu beli sebab aku tak bagi dia duit yg cukup untuk beli semua tu.”
Terdiam sekejap saya mendengar apa yg diceritakan oleh sahabat saya ni. “Allah, sedihnya aku dengar. Tak apa Zack, benda pun dah lepas. Tak perlu fikir lagi ye. Kau banyak² kan berdoa untuk arwah isteri kau kat sana. Mesti dia bangga kalau dia tahu kau dah mula sedar kesilapan kau kan.” “Thanks Eddie, sebab bagi aku semangat. And aku harap kau tulis apa yg aku ceritakan dekat kau ni. Supaya jadi iktibar dan tauladan dekat orang lain. Supaya lebih menghargai isteri ketika masih ada. Jangan jadi macam aku. Isteri dah tak ada baru nak menyesal.
1 lagi, kalau nak isteri cantik, kita sebagai suami kena sentiasa bagi semangat. Bantu dia apa yg patot supaya dia ada masa untuk nak exercise. Bagi dia duit yg sepatotnya untuk dia beli supplement atau ubat kurus, bukan tau hanya nak kondem je macam apa yg aku buat sebelum ni.” Baik bro, InshaAllah jika ada kelapangan aku akan share perkongsian kau ni. Setuju dengan apa yg kau cakap. Setiap orang metabolisma dia tak sama. Ada orang makan sikit je dah gemok, ada orang makan banyak macam mana pun tak gemok².Jadi bukan mudah untuk seseorang tu nak kurus semula tanpa sokongan suami dan bantuan seperti ubat kurus.”
* Dikongsi dengan izin. Nama, jalan cerita dan watak telah saya ubah bagi mengelakkan diri pencerita dikenali.* Penulis:- Eddie Dieana
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!