Puding roti marble sememangnya cukup mudah disediakan. Hanya campurkan sahaja dan lorekkan seperti marble di atasnya. Namun kali ini berbeza dengan puding roti yang dijadikan lapisan seperti buah tembikai.
Rupanya tidaklah sukar hendak mencorakkan seperti tembikai. Dengan konsep yang sama, hanya biarkan ia membeku dan keras. Jom cuba resipi puding roti yang dikongsikan oleh Merysona Edyson ini.
Roti pagi tadi ehh sahur tadi ada lagi. Jom tengok saya buat puding roti.
Bahan-bahannya
Bahan A:
4 keping roti (buang bahagian tepi)
1 biji telur
1 cawan susu cair (250ml)
1/2 cawan air(125ml)
1/2 cawan gula
1 sudu kecil esen vanila
Bahan B:
3 cawan air(750ml)
1 paket agar-agar serbuk(10g)
Masukkan dalam blender. Kesemua bahan tadi kita kisar halus ya.
Dah blender tuang dalam kuali baru. Cantik tak kuali saya? Berat ui. Masak guna api sederhana, masukkan 3 cawan air (750ml).
Masukkan 1 paket serbuk agar-agar. Beli yang clear tau. Kejap lagi nak main kaler-kaler pulak.
Masak hingga mendidih. Jangan lupa kacau ye.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian, (merah , hijau dan putih) untuk bahagian merah lebihkan banyak. Kaler adunan menggunakan pewarna makanan.
Sediakan loyang 8 inci dan basahkan dengan sedikit air. Supaya puding senang untuk dikeluarkan.
Tuang adunan hijau dahulu. Kemudian diikuti putih di bahagian tengahnya.
Terakhir tuang kan adunan bewarna merah. Aisehhh sikit pulak adunan merah saya. Huhuhuhuhu.
Takpe, masukkan dalam peti sejuk. Rasa-rasa dah sejuk boleh la makan. Haippp bagi yang puasa tunggu maghrib ye.
Taraaaaaa. Saya hiaskan dengan coklat cip. Nampak macam tembikai, tapi bukan dia.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Agar-agar pandan santan sesuai untuk dijadikan menu pencuci mulut terutama waktu minum petang. Rasanya lemak-lemak manis enak dimakan ‘sejuk-sejuk.’ Menggunakan daun pandan, tentunya aroma agar-agar pandan santan harum dan secara tidak langsung membuka selera untuk menikmatinya.
Rupa berlumut agar-agar ini memang mampu menarik perhatian untuk menikmatinya. Mak-mak yang buntu nak masak apa untuk menu pencuci mulut, bolehlah cuba. Anak-anak mesti suka!
Resipi Agar-agar Pandan Santan, Rasa Lemak-lemak Manis
RESIPI AGAR-AGAR PANDAN SANTAN
BAHAN-BAHAN:
(Loyang 8 inci)
12 gram agar-agar tali
4 cawan air
4-5 helai daun pandan
200 ml santan
1 biji telur
125 gram gula/setengah cawan gula ( Resepi ini dikurangkan gula, kalau hendak manis boleh lebihkan)
Nampak Macam ‘Lumut’ Hijau
CARA MEMBUAT:
1. Kisar 4-5 daun pandan dengan 1 cawan air. Sudah siap kisar terus tapis. Siap air pandan.
Air pandan yagng sudah siap dikisar.
2. Kacau sebati 200 ml santan dengan 1 biji telur gred A. Kalau pakai santan kotak, pakai brand KARA. Berlemak elok. Kalau hendak kisar santan dengan telur pun boleh. Tekstur lebih halus. Sudah siap ketepikan.
3. Panaskan api dapur, masukkan 4 cawan air dan 12 gram agar agar tali. Biarkan mendidih. Api sederhana.
4. Apabila sudah mendidih, masukkan 125 gram gula, air pandan, santan dan telur serta 1 sudu kecil pewarna hijau. Kacau sebati. Mesti kacau dulu supaya tidak bergumpal.
5. Apabila sudah sebati, biarkan mendidih 1-2 minit. Jangan kacau ketika ini sebab hendak bagi santan terpisah dengan air.
6. Apabila sudah 1-2 minit, padamkan api dapur. Kacau beberapa saat dan terus masukkan dalam loyang 8 inci.
7. Biarkan set suhu bilik 30-40 minit. Selepas itu baru masukkan dalam peti sejuk selama 2 jam. Selepas itu bolehlah dimakan. Selamat mencuba!
Agar-agar pandan santan kalau dapat makan sejuk-sejuk memang best! Kalau cuaca panas, bawa keluar je dari peti sejuk terus makan. Rasa lega je ‘lalu’ ditekak.
Nasi dagang antara salah satu juadah wajib ketika hari raya di sebelah pantai timur. Kalau berkunjung ke rumah sanak saudara pasti akan dihidangkan dengan nasi dagang.
Bagi yang teringin nak makan nasi dagang untuk juadah hari raya, apa kata anda cuba resipi mudah dan sedap ini. Kalau dapat nasi dagang yang kena dengan selera memang bertambah makan. Nasi ini lebih sedap digandingkan dengan gulai ikan Aya bersama acar.
Resepi Nasi Dagang Terengganu
Bahan-bahan untuk Nasi:
4 cawan beras Jati
1 cawan beras pulut
3 cawan santan cair + sedikit gula dan garam
1 – 1 1/2 cawan santan pekat + sedikit garam
1 sudu halba
2 ulas bawang merah
1/2 in halia
Cara cara:
1. Beras dicampur dengan beras pulut di rendam 8 jam atau semalaman (kalau tak sempat 2-4 jam pun ok)
2. Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit
3. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan digaulkan dengan separuh santan cair sehingga rata. biar seketika hingga semua santan meresap. Masukkan lagi santan sehingga meresa. Elok habiskan semua santan cair. Biar sekejap
4. Kukus semula selama 20 minit lagi.
5. Sementara itu hiris bawang dan halia halus2. Masukkan di atas nasi dlm kukusan dan juga buah halba.
6. Angkat nasi utk kali kedua dan arunkan dengan santan pekat hingga rata. Tak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya.
7. Boleh dihidangkan
Resepi Gulai Ikan Aya:
Rebus Ikan Aya Hitam bersama beberapa asam keping dan juga garam..
Jangan buang air rebusan
* boleh tambah telur rebus juga.. Ada yang suka makan Nasi Dagang dengan gulai telur rebus
* lebih sedap guna Ikan Aya Hitam dari Ikan Aya Kurik
Resepi Nasi Dagang Terengganu
Bahan-Bahan Gulai:
1 sudu serbuk ketumbar
1/2 sudu serbuk jintan manis
1/2 sudu serbuk jintan putih
2 hiris lengkuas
1 hiris halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 sudu cili mesin
1 paket rempah gulai cap bunga Ros 15 gram (nak sedap tambah lebih)
1 1/2 liter santan
1 batang kulit kayu manis
1 sudu kerisik
4 keping asam keping
1/2 buku kecil gula melaka.
10 biji cili padi
sedikit garam
Cara-cara:
1. Masak Santan sehingga naik minyak.
2. Masukkan semua bahan-bahan serbuk, rempah gulai cap bunga ros, cili mesin, kulit kayu manis, kerisik, asam keping, dan gula melaka
3. Masak lama, biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam sesuai dengan rasa.
4. Masukkan air rebusan ikan tadi dan juga ikan yang di rebus. jangan masukkan asam keping rebusan ikan nanti masam.
5. Biar beberapa minit. Masukkan cili padi
6. Masak sebentar dan boleh dihidang. Pilihan sendiri mahu pekat atau pun tidak.. Kalau mahu pekat masak lama.. Siap!
Resepi Acar Timun:
Timun
Carrot
Cili Merah dan Bawang
– SEMUA dihiris memanjang
1 sudu gula
1 sudu garam
1 sudu cuka
Cara-cara:
1. Gaul sebati dan dihidang.
Sumber: Resepi Nasi Dagang
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hujung minggu adalah masa untuk mencuba semua resipi istimewa buat anak-anak kecil kita. Bosan dengan bubur, finger food dan nasi, apa kata cuba sediakan anak kecil kita dengan pan cake pula.
Bagi menyediakan pancake teramatlah mudah tetapi ibu perlu bijak dan lebih kreatif supaya anak tidak jemu dan paling penting rasanya sedap dan berkhasiat. Barulah anak makan tak berhenti.
Aneka resipi pancake yang disediakan oleh ibu ini, Puan Safwah Abd Sani buat anak kecilnya, ibu boleh cuba. Bijak dan kreatif kerana menggabungkan dengan menu berkhasiat lain seperti kurma, susu dan sebagainya. Jom berkreatif.
Aneka jenis pancake buat si comel!
Kadang-kadang mak dah habis idea nak sediakan breakfast untuk si kecil, kan?
Hari ni umi share pelbagai jenis pancake yang umi pernah buat untuk Atiq, sesuai untuk baby 9 bulan ke atas. Bahan-bahan sama seperti dalam gambar, cuma kena tambah secawan susu ebm/formula/fresh milk/full cream, terpulang pada mommies.
Ada yang ada telur, ada yang takde. Sebenarnya kalau tak letak telur pun takpe, masih lembut dan sedap!
Basically, cara membuatnya:
Sediakan
1 cawan tepung
1 cawan susu (ebm/formula/full cream/fresh milk)
Sebiji telur (optional)
Sedikit cream cheese (optional. Cream cheese bagus untuk tambah berat anak)
Buah-buahan pilihan
Blend all together (jangan lupa masukkan susu ya). Panaskan pan, griskan butter dan bakar atas pan. Siap!
Memang mudah dan pantas disediakan!
Selamat mencuba.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.