Cantiknya Macam Tembikai, Puding Roti 6 Bahan, Nak Buat Pun Senang!

Share

Puding roti marble sememangnya cukup mudah disediakan. Hanya campurkan sahaja dan lorekkan seperti marble di atasnya. Namun kali ini berbeza dengan puding roti yang dijadikan lapisan seperti buah tembikai.

Rupanya tidaklah sukar hendak mencorakkan seperti tembikai. Dengan konsep yang sama, hanya biarkan ia membeku dan keras. Jom cuba resipi puding roti yang dikongsikan oleh Merysona Edyson ini.


Roti pagi tadi ehh sahur tadi ada lagi. Jom tengok saya buat puding roti.

Bahan-bahannya

Bahan A:
4 keping roti (buang bahagian tepi)
1 biji telur
1 cawan susu cair (250ml)
1/2 cawan air(125ml)
1/2 cawan gula
1 sudu kecil esen vanila

Bahan B:
3 cawan air(750ml)
1 paket agar-agar serbuk(10g)

Masukkan dalam blender. Kesemua bahan tadi kita kisar halus ya.

Dah blender tuang dalam kuali baru. Cantik tak kuali saya? Berat ui. Masak guna api sederhana, masukkan 3 cawan air (750ml).

Masukkan 1 paket serbuk agar-agar. Beli yang clear tau. Kejap lagi nak main kaler-kaler pulak.

Masak hingga mendidih. Jangan lupa kacau ye.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian, (merah , hijau dan putih) untuk bahagian merah lebihkan banyak. Kaler adunan menggunakan pewarna makanan. 

Sediakan loyang 8 inci dan basahkan dengan sedikit air. Supaya puding senang untuk dikeluarkan.

Tuang adunan hijau dahulu. Kemudian diikuti putih di bahagian tengahnya.

Terakhir tuang kan adunan bewarna merah. Aisehhh sikit pulak adunan merah saya. Huhuhuhuhu.

Takpe, masukkan dalam peti sejuk. Rasa-rasa dah sejuk boleh la makan. Haippp bagi yang puasa tunggu maghrib ye.

Taraaaaaa. Saya hiaskan dengan coklat cip. Nampak macam tembikai, tapi bukan dia.

Menarik: Sedapnya Biskut Swiss Tart Nutella Inti Penuh & Padat Kacang Hazel, Patutlah Viral

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN