Selalunya bila nak basuh toto, selimut besar atau comforter di dalam mesin basuh agak sukar. Susah nak dimuatkan dam tab mesin basuh, bila siap dibasuh tengok-tengok rosak. Span jadi nipis atau hancur.
Sebenarnya kalau anda berniat untuk mencuci sendiri toto, selimut dan comforter dalam mesin basuh, ada caranya. Tak bolehlah dicampak masuk dalam mesin basuh begitu saja. Nurul Ain Syed Mohd berkongsi cara yang betul untuk melakukannya.
Dulu selalu pakai cara A. Namun selepas jumpa cara basuh comforter/toto/selimut dengan betul itu hari, sekarang saya guna cara B pula. Katanya dobi pun basuh macam ni.
Kenapa? Untuk elak material comforter dari rosak. Tak mahulah terburai isinya atau terkoyak apabila habis proses basuhan nanti kan. Hurm. Mungkin ada betulnya juga.
2. Pastikan masuk secara menegak seperti dalam gambar B.
3. Letak bahagian kotor dibahagian luar gulungan untuk pembersihan lebih efektif.
Hasilnya, memang bersih dan material tak rosak. Perlu letak cecair pencuci lebih sikit.
Apapun ini sesuai untuk kotoran minor sahaja.
Ads
Jika ada sebarang najis atau kotoran melampau perlulah dibersihkan terlebih dahulu. Selepas itu, baru boleh masuk mesin. Taknak masuk mesin pun tak mengapa. Lambatlah sikit keringnya nanti. Terpulang.
Kalian pula guna cara yang mana. A atau B?
INFO TAMBAHAN
*Guna cecair pencuci lebih sedikit. Elakkan penggunaan sabun jenis serbuk kerana ia akan melekat pada toto, selimut atau comforter.
*Jika ada najis atau kotoran melampaun, bersihkan terlebih dahulu. Cara cucian ini untuk kotoran minor sahaja.
*Sekiranya anda menggunakan cadar patchwork, boleh juga guna kaedah yang sama.
Diharapkan dengan perkongsian ini dapat membantu para ibu yang mahu membersihkan kotoran minor pada toto, selimut atau comforter di rumah. Caranya mudah sahaja rupanya dan paling penting dapat mengekalkan kualiti materialnya.
Tak adalah lepas membasuh tu kita mengeluh sebab rosak. Pemilihan cecair pencuci pun penting juga. Pilihlah jenis lembut dan sesuai untuk pelbagai jenis kain.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Serangan virus Covid-19 pada seluruh dunia sangat memberi kesan kepada semua. Antaranya pelakon Shah Iskandar yang sudah tiga tahun tidak pulang ke Singapura akibat pandemik ini.
Malah dia juga tidak sempat lagi untuk memperkenalkan anak lelakinya yang kini sudah berusia dua tahun kepada saudara-maranya di negara kelahirannya itu.
“Ketika anak saya dilahirkan, kita sudah berhadapan dengan situasi pandemik dan sekatan pergerakan. Jadi memang tidak boleh pulang ke Singapura.
“Kemudian apabila boleh keluar negara, saya pula sibuk dengan jadual penggambaran. Jadi belum sempat lagi bawa anak bertemu saudara-mara di sana.
“Saya rancang untuk ambil cuti dalam masa terdekat. Tetapi tidak boleh berehat lama kerana terikat dengan jadual kerja,” kata Shah kepada Mstar.
Pastinya kerinduan kepada keluarga terutamanya terhadap ibu dan adik-beradik di sana tak dapat digambarkan. Menurut Shah pasti akan ada air mata yang tumpah apabila mereka berhimpun semula sekeluarga nanti.
“Mestilah saya rindu ibu dan adik-beradik. Selain itu saya juga rindu katil bujang di rumah saya. Kalau boleh nak habiskan masa tidur di atas katil itu.
“Perjalanan pulang nanti saya akan rakamkan supaya jadi kenangan. Saya pasti air mata akan jatuh nanti.
“Kalau nampak saya menangis percaya itu bukan sekadar drama kerana saya sudah lama tidak pulang ke sana,”jelasnya lagi.
Untuk rekod, Shah mendirikan rumah tangga dengan Siti Sarah Mohd Noor pada Januari 2006 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Yusuf Zulkarnaen yang kini berusia 2 tahun.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jodoh dan perpisahan adalah ketentuan Ilahi. Pada hari ini, 24 Mac 2025, aktor dan pengarah Farid Kamil Zahari akhirnya bersetuju melepaskan isterinya, Diana Danielle. Mereka sah bercerai dengan talak satu buat kali kedua.
Selepas prosiding di mahkamah, kedua-duanya dilihat berjalan beriringan keluar dari dewan perbicaraan pada jam 10.50 pagi, menandakan berakhirnya episod rumah tangga mereka secara rasmi.
Lafaz cerai itu telah dilakukan Farid atau Farid Kamil Zahari, 43, terhadap Diana di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Kamaruddin.
Terdahulu, menurut laporan, aktres dan penyanyi, Diana Danielle sebelum ini berharap kes penceraian kali kedua dengan pelakon serta pengarah, Farid Kamil dapat diselesaikan secepat mungkin. Hal ini kerana, Diana sendiri mengatakan dia tetap mahu dilepaskan dari perkahwinan tersebut.
“Saya harap cepatlah selesai, banyak kali turun naik mahkamah, perkara sama juga.
“Pada akhirnya, saya tetap mahu dilepaskan. Harap dia memahaminya akhirnya…” ujar Diana di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Duta, pada pagi Isnin hari ini.
Pasangan Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012, dan hasil perkongsian hidup selama 13 tahun itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata.
Sumber: Sinar Harian & Kosmo
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon, Nad Zainal mengagumi wanita bergelar suri rumah sepenuh masa kerana tanggungjawab yang digalas mereka bukan sedikit. Malah tak pernah berhenti.
Menerusi Instagramnya, akui Nad lagi, tugas menjadi seorang suri rumah sememangnya tak mudah. Bukan sahaja menguruskan anak-anak yang masih kecil bahkan menguruskan rumahtangga sepenuhnya tanpa henti. Memang mencabar.
“Saya bersetuju. Dalam banyak-banyak pekerjaan dalam dunia ini, yang paling susah ialah suri rumah.
“Melayan anak, jadi cikgu, memasak, mengemas yang tak berkesudahan,” luah Nad berkongsi.
Tambah Nad lagi, dia juga teramat mengagumi ibu muda kerana mampu menguruskan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu serta menguruskan rumahtangga dengan baik tanpa pembantu.
Bukan satu hal yang mudah. Banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan.
“Kagum dengan ibu muda yang tak ada pembantu mampu bekerja dan melunaskan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu dengan jayanya. Mana nak kekal wangi, cantik, tapi nak uruskan rumahtangga lagi.
“Belum lagi bila mengandung tiap dua tahun, kembali bekerja, bawa breatpump ke hulu ke hilir, tinggalkan anak di taska. Fuh, anda memang wanita yang hebat,” luah Nad berkongsi.
Dalam pada itu, pandangan Nad sudah semestinya mendapat sokongan ramai pengikutnya di Instagram.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.