Bila dah ramai yang duduk dalam satu rumah, jarang sekali bakul baju tak penuh. Bertimun-timbun sehingga nak diangkat pun tak larat. Jika keadaan ini selalu terjadi, eloklah suami sediakan bakul beroda ini untuk isteri.
Caranya pun mudah saja. Isteri pun boleh buat sendiri, tapi tak salah kalau suami yang sediakan untuk si isteri. Modal pun tak besar. Bakul dah sedia ada, tinggal beli empat buah roda kecil untuk diletakkan pada bahagian bawah bakul pakaian.
Cara mudah untuk buat bakul beroda ini dikongsi oleh Saiful Hifzudeen. Selain untuk meletakkan baju, ia juga boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan lain termasuk meletakkan barang dapur.
Wife selalu mengadu berat nak angkat bakul basih baju. so saja rajinkan diri DIY bakul beroda utk memudahkan dia time saya takda kat rumah. harap bermanfaat. roda kat kedai ecoshop rm2.10 je
Share ilmu ni kat kawan2
Ads
BARANG YANG DIPERLUKAN:
4 buah roda Tape hitam
Bakul
CARA MEMBUAT:
1. Lekatkan tape pada bahagian bawah bakul.
Tidak lagi memilih untuk berdiam diri, aktres terkenal Uqasha Senrose akhirnya tampil bersuara mengenai isu nafkah apabila mendakwa suaminya, pelakon Kamal Adli, gagal menunaikan tanggungjawab memberikan nafkah yang mencukupi sepanjang empat tahun perkahwinan mereka.
Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, mendedahkan perkara tersebut selepas prosiding laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, baru-baru ini. Luahan itu sekali gus menarik perhatian ramai, terutamanya apabila melibatkan kebajikan anak mereka yang masih kecil.
Menurut pelakon drama Isteri Halal itu, dia terpaksa bekerja keras sendiri demi memastikan segala keperluan harian keluarga dan anak mereka dipenuhi. Uqasha menjelaskan bahawa dakwaan segelintir pihak yang mengatakan suaminya bekerja keras demi keluarga adalah tidak tepat seperti yang disangka ramai.
“Saya tahu macam mana culasnya dia tentang nafkah. Dia tak bagi saya nafkah mencukupi.
“Itu hal yang saya tak sentuh lagi. Kalian kata kononnya dia bekerja. Netizen kata kerja nak cari nafkah untuk kau. Tak! Saya cari, saya bekerja cari duit saya sendiri,” katanya dengan nada tegas.
Kenyataan tersebut menggambarkan tekanan emosi dan tanggungjawab besar yang terpaksa dipikul seorang ibu dalam diam, tanpa sokongan sewajarnya daripada pasangan.
Lebih menyentuh hati, Uqasha Senrose isu nafkah ini menjadi semakin jelas apabila beliau berkongsi bahawa segala keperluan anak mereka ditanggung sepenuhnya oleh dirinya sendiri sejak kelahiran cahaya mata perempuan mereka, Hawra Uqaira.
“Saya yang besarkan Uqaira. Saya beli bajunya sampailah dia besar sekarang.
“Lampin, susu, semua saya. Walaupun sewa rumah, saya yang beli semua benda itu,” ujarnya dengan jujur.
Pengakuan ini mencerminkan realiti pahit yang dihadapi oleh sesetengah ibu, terpaksa berdikari sepenuhnya demi memastikan anak membesar dengan keperluan asas yang mencukupi.
Dalam masa sama, Uqasha turut menafikan dakwaan yang dibuat oleh Kamal Adli di dalam kamar mahkamah yang menyatakan dirinya mempunyai masalah mental. Menurut Uqasha, tuduhan tersebut tidak berasas dan tidak mencerminkan keadaannya yang sebenar.
“Kalau saya tak waras, saya tak jaga anak saya sendirian. Kenapa saya susah nak bagi anak saya dekat dia pun, ada sebabnya,” katanya.
Uqasha menegaskan bahawa setiap keputusan yang dibuat adalah demi keselamatan serta kesejahteraan anak, bukan atas dasar emosi semata-mata.
Isu yang diketengahkan oleh Uqasha Senrose isu nafkah ini sekali lagi membuka mata masyarakat tentang kepentingan nafkah anak yang bukan sekadar kewajipan dari sudut undang-undang, tetapi juga amanah besar dalam keibubapaan.
Dalam Islam, nafkah anak merupakan tanggungjawab wajib seorang bapa yang merangkumi keperluan asas seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan serta penjagaan mengikut kemampuan dan keperluan semasa anak.
Kegagalan menunaikan tanggungjawab ini bukan sahaja memberi kesan kepada ibu, malah boleh menjejaskan emosi dan perkembangan anak dalam jangka panjang.
Terdahulu, Uqasha yang mendirikan rumah tangga bersama Kamal Adli pada 4 November 2021 telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya itu pada 1 Oktober lalu.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan. Walaupun konflik rumah tangga berlaku, kebajikan anak seharusnya menjadi keutamaan semua pihak.
Apa pun yang berlaku antara orang dewasa, setiap anak berhak membesar dalam persekitaran yang selamat, cukup keperluan dan penuh kasih sayang. Isu ini menjadi peringatan bahawa tanggungjawab sebagai ibu bapa tidak seharusnya dipandang ringan, lebih-lebih lagi apabila melibatkan masa depan anak yang tidak berdosa.
Isteri dan anak-anak tak perlukan hidup yang mewah pun untuk bahagia. Cukuplah dengan layanan baik dan dihargai, sudah cukup untuk buat senyuman terukir di bibir mereka. Seorang ayah adalah harapan sebuah keluarga dan tidak mudah menggalas tanggungjawab berat untuk mencari nafkah serta membahagiakan isteri dan anak-anak.
Biarpun hidup bersederhana, anak-anak hanya mahukan perhatian dari ibu ayah mereka. Tanpa perlu dilimpahi kemewahan pun, anak-anak boleh merasai kasih sayang kita. Usaha kecil pun jika dilakukan dengan ikhlas akan memberi impak yang besar pada emosi anak.
Seperti yang dikongsikan oleh nurulfadiahabubakar di akaun TikToknya apabila dia dan suami merancang sambutan hari jadi anak mereka biarpun tidaklah mewah. Sambutan yang sederhana tapi cukup ‘meriah’ dengan kasih sayang.
Pada awalnya dia telah memberitahu bahawa mereka berdua terlupa akan tarikh hari jadi anak mereka. Si suami lantas mengajak isterinya untuk membeli kek.
Tonton video ini;
Kemudian ada dua buah lagi video yang dimuatnaik menunjukkan mereka sekeluarga begitu seronok menyambut hari jadi si anak.
Bila melihat video keluarga ini jelas kelihatan kebahagiaan mereka. Ia membuktikan tanpa majlis sambutan hari jadi yang besar pun sudah cukup untuk buat anak merasa teruja. Sudah pasti kenangan indah seperti inilah yang akan anak-anak ingat sehingga mereka dewasa kelak. Semoga keluarga ini terus bahagia dan diramati Allah SWT selalu!
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Seronoknya kalau ada hubungan baik dengan jiran. Kita boleh duduk bersembang dan bertukar-tukar juadah. Rasa syok kalau dapat jiran yang sekepala dan sentiasa berbaik dengan kita.
Seperti mana kita mengharapkan jiran yang baik, kita juga perlulah bertoleransi dan sentiasa menjaga hati mereka. Bila saling memahami dan menjaga antara satu sama lain, barulah kehidupan berjiran terasa harmoni.
Melalui perkongsian di akaun TikTok eynabihah, dia berkongsi gelagat anaknya yang begitu seronok menerima kek dari jiran mereka. Di dalam video tersebut, dia menegur anaknya yang memegang sebuah plastik berisi kek pemberian jirannya.
Selepas disoal siasat oleh ibunya, kanak-kanak lelaki itu terus keluar rumah dan memanggil jiran yang dikenali sebagai ‘Uncle’ itu. Tak lama selepas itu, ‘Uncle’ datang sambil membawa lolipop untuk diberikan kepadanya.
Alahai, memang comel sungguh adik ni. Beruntung mereka mempunyai jiran yang baik. Biarpun berlainan bangsa, tetapi hubungan keluarga mereka sangat baik anatara satu sama lain.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.