Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memang masalah bila anak tak mahu makan nasi. Pening juga dibuatnya bila langsung tidak mahu menjamah nasi, lauk dan sebagainya. Jadi bagaimana khasiat nak diperolehi. Tak gitu?
Dalam keadaan yang semacam ni, ada baiknya mama tampil kreatif lebih daripada biasa. Tak mengapa asalkan anak mahu menjamah. Selit-selitkanlah sayuran dan protein buat anak-anak kita.
Boleh juga hasilkan resipi sedap dan kreatif yang dikongsikan oleh Norazlin Abd Rahman ini di facebooknya. Nampak mengiurkan dan paling penting banyak khasiatnya pada anak kita. Jom cuba.
Makanan lengkap sesuai untuk anak-anak yang susah nak makan nasi dan sayur. Semua dah ada dalam sebiji tart ni. Ringkas, cepat, mudah dan sedap.
Senang je cara nak membuatnya. Anak-anak kita pun boleh sama-sama sediakan. Bonding pun makin kuat.
Masukkan roti ke dalam acuan, kemudian tekan-tekan bagi padat.
Tabur mix vege pasta yang telah direbus terlebih dahulu.
Susun sosej yang telah dipotong.
Last sekali masukkan susu ke dalam roti tadi. Susun slice chesse dan taburkan mozzarella.
Panaskan oven terlebih dahulu, bila dah panas baru masukkan ke dalam oven untuk di bakar.
Bakar sehingga garing di atas. Jangan lama sangat, nanti inti di dalam akan terlebih masak dan keras.
Tadaaa…dah siap, makan waktu panas-panas memang sedap.
KreditL Norazlin Abd Rahman
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebut sahaja Ayam Masak Bawang Pulau Pinang, pasti masyarakat di Utara tanah air menelan air liur. Mana tidaknya, menu ini cukup popular di kedai Nasi Kandar di serata Pulau Pinang. Memang sedap!
Apa resepinya? Ini resipi sedap yang dikongsikan oleh Che Atie. Bahan mudah dan ringkas. Sedap!
Dah lama merantau masakan negeri orang. Hari ini buat masakan negeri sendiri. Ayam Masak Bawang Pulau Pinang. Resepi top kalau kat kedai nasi kandar di serata Penang.
Che atie kongsi step by step. Senang je buatnya.
Bahan-bahan:
Ayam
Bawang -dihiris nipis
Daun kari, daun pandan dan empat sekawan
Pes halia dan bawang putih.
1 labu pes bawang besar -dikisar dengan air
1 sudu sos cili,
1 sudu sos tamato
1 sudu sos tiram
Bahan rempah
2 sudu serbuk cili
1 sdk serbuk kunyit
1 sdk serbuk jintan manis dan jintan puteh
1 sudu serbuk kari daging
Setengah sudu garam masala
First goreng bawang yg dimayang sehingga kekuningan dan toskan.
Guna minyak goreng ayam tadi satu senduk. Tumis daun pandan, daun kari dan empat 4 sekawan.
Masuk pes halia bawang putih dan kacau.
Masuk pes bawang besar dan kemudian baru masuk air bawang untuk kuah.
Masukkan kesemua bahan rempah. Perasakan dengan garam dan kacau seketika. Biarkan rempah naik minyak.
Masukkan sos cili, sos tamato, sos tiram kemudian kacau rata.
Masuk garam gula secukup rasa. Che atie pakai gula perang. Garam jangan masuk banyak sangat sebab ayam goreng kunyit tadi dah masin. Gaul biar sebati. Kuah biar pekat.
Masuk ayam yang digoreng tadi. Kacau biar sebati.
Lastly masuk bawang yang digoreng tadi. Kacau sekejap. Siap!
Nak bawa anak dekati alam dan jalan hujung minggu, jom ke Farm In The City.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menu-menu simple berasaskan roti perlu diperlbagaikan supaya anak tak bosan dengan menu sama. Kali ini mama cuba cari kelainan, buatkan roti yogurt ni pula. Lain dari yang lain.
Sebab apa? Ada campuran yogurt, buah stawberi dan juga madu. Memang sedap. Nak cuba jom ikuti resipi perkongsian Pn Linda Safar ini.
Menu ilham dari resepi yang viral kat Tiktok. Sedap, lembut dan topping juicy macam pudding gitu. Rasa masam-masam manis strawberry yogurt.
Bahan cuma perlu ada :
Roti
Telur
Yogurt
Strawberry
Vanilla (optional)
Madu@Maple Syrup (tak nak manis boleh skip)
Mula-mula satukan vogurt bersama telur dan madu serta vanilla.
Gaul sampai sebati macam ni.
Kemudian ambil roti putih dan nipiskan bahagian tengah roti. Boleh lenyekkan sikit.
Tip jimat sambut Raya untuk mak ayah yang ingin berjimat tanpa menghilangkan kemeriahan Hari Raya. Panduan praktikal kawal bajet Raya, baju anak, kuih, menu dan duit raya.