Biasanya kalau buat stok cili kering kisar dan simpan dalam peti ais, dalam seminggu pun dah masam dan naik kulat putih dipermukaannya. Kalau tak buat stok, bila nak masak sesuatu menu yang menggunakan cili kisar, terpaksa menunggu pula.

Ok bagi ibu-ibu yang ada masalah ini, mungkin ini penyelesaiannya untuk pastikan cili kering kisar tak masam dan berkulat.

Tip yang dikongsikan oleh Roazura Bahari boleh dicuba. Jika sebelum ini ada yang kongsikan letak minyak masak masa blender, kali ini tambah pula dengan garam kasar dan air asam jawa.

Dengan tip ini, cili kisar yang dibuat boleh tahan 3 bulan dan memudahkan kerja memasak anda.

Sebelum ni jenuh buat cili kering kisar untuk simpan buat stok, tak sampai seminggu dah berkulat.

Ok jom saya nak share bagaimana cara nak buat stok cili kisar yang tahan 3 bulan tanpa bahan pengawet.

Cara Buat Stok Cili Kisar Tahan 3 Bulan Tanpa Pengawet. Mudah & Tak Berkulat!

IKLAN

Cara-caranya:

1 . Potong 2 cili kering dan rebus.

2. Selepas rebus sejukkan, buang biji dan masukkan cili kering dalam mesin pengisar

Cara Buat Stok Cili Kisar Tahan 3 Bulan Tanpa Pengawet. Mudah & Tak Berkulat!

3. Tambah garam kasar, minyak masak, air dan air perahan asam jawa (sukatan agak sendiri ikut banyak mana cili)

IKLAN

Cara Buat Stok Cili Kisar Tahan 3 Bulan Tanpa Pengawet. Mudah & Tak Berkulat!

Cara Buat Stok Cili Kisar Tahan 3 Bulan Tanpa Pengawet. Mudah & Tak Berkulat!

4. Simpan dalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk. Guna bila perlu. Cili kisar ni tahan 3 bulan. Masa nak masak nanti just balancekan jer dengan bahan lain.

Cara Buat Stok Cili Kisar Tahan 3 Bulan Tanpa Pengawet. Mudah & Tak Berkulat!

IKLAN

Nanti saya share bagaimana nak buat bahan perisa sama macam pak ajinomoto ,yang penting bahan senang dapat dan ianya menyihatkan dan menyedapkan masakan korang.

Kredit: Roazura Bahari

ARTIKEL RESIPI MENARIK:

[Tauhu Bunga Krup Krap Penuh Inti. Cicah Dengan Sos Cili Thai, Memang Terbaik!]

[Dah Rasa Sepotong Nak Lagi, Sedapnya Japanese Cheesecake Fluffy Ni, Cukup Lembut Dan Gebu]

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI