
Saat seorang ibu menatap wajah kecil yang baru lahir, tiada kata lain selain syukur dan bahagia. Bau bayi yang masih suci, sentuhan lembut di pipi semua itu terasa seperti anugerah paling indah.
Tapi, di sebalik rasa gembira tu, ada juga kerisauan yang sering menghantui bila kulit dan mata bayi mula kelihatan kekuningan. “Normal ke ni? Bahaya ke tak?” soalan yang selalu bermain di fikiran ibu baru.
Ramai ibu bapa anggap kuning bayi (jaundis) adalah sesuatu yang biasa. Tapi jika bacaan terlalu tinggi atau berlarutan, ia boleh menjejaskan fungsi otak dan tumbesaran anak. Kuning bayi bukan sekadar perubahan warna kulit, tetapi boleh menjadi tanda awal masalah kesihatan yang serius.
Pemeriksaan awal sangat penting untuk pastikan tahap jaundis selamat dan terkawal.
Kuning bayi ialah keadaan di mana kulit dan mata bayi kelihatan kekuningan akibat peningkatan bilirubin dalam darah. Ia sangat biasa berlaku — hampir 50% bayi akan alami jaundis dalam minggu pertama kelahiran.
| Kategori | Ciri-Ciri |
|---|---|
| Kuning Biasa (Fisiologi) |
|
| Kuning Bahaya (Patologi) |
|
Kalau bayi masih kuning bayi selepas 14 hari, itu dinamakan Prolonged Jaundice. Ada banyak punca — bukan semata-mata kerana susu ibu seperti yang sering disalah anggap.
Ramai ibu menyusu kecewa bila disuruh berhenti menyusu atau menambah susu formula, sedangkan sebenarnya susu ibu membantu menurunkan jaundis jika bayi menyusu dengan kerap.
Yang penting, doktor perlu periksa punca sebenar — sama ada disebabkan kekurangan enzim G6PD, jangkitan, atau masalah hati.
Menurut Dr. Zubaidi Hj Ahmad, bacaan bilirubin, Hb dan platelet perlu dipantau jika jaundis berlarutan. Kadang-kadang bacaan tersebut boleh beri petunjuk sama ada bayi sedang alami pemecahan sel darah merah (hemolisis) atau jangkitan.
Kuning bayi mungkin nampak biasa, tapi ibu bapa kena peka dengan perubahan anak. Kalau bayi terlalu lemah, mengantuk, atau kuning cepat merebak — jangan tunggu, terus ke klinik untuk pemeriksaan.
Kerana bagi seorang ibu, tiada yang lebih berharga daripada memastikan bayi kecil itu sihat, aktif dan membesar dengan sempurna.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad