Saat seorang ibu menatap wajah kecil yang baru lahir, tiada kata lain selain syukur dan bahagia. Bau bayi yang masih suci, sentuhan lembut di pipi semua itu terasa seperti anugerah paling indah.
Tapi, di sebalik rasa gembira tu, ada juga kerisauan yang sering menghantui bila kulit dan mata bayi mula kelihatan kekuningan. “Normal ke ni? Bahaya ke tak?” soalan yang selalu bermain di fikiran ibu baru.
Jaundis atau Kuning Bayi : Normal atau Bahaya?
Ramai ibu bapa anggap kuning bayi (jaundis) adalah sesuatu yang biasa. Tapi jika bacaan terlalu tinggi atau berlarutan, ia boleh menjejaskan fungsi otak dan tumbesaran anak. Kuning bayi bukan sekadar perubahan warna kulit, tetapi boleh menjadi tanda awal masalah kesihatan yang serius.
Tanda-Tanda Kuning Bayi Yang Perlu Diberi Perhatian
Bayi nampak terlalu lesu & kurang menyusu
Kulit dan mata bayi makin kekuningan
Kuning berlarutan lebih dari 2 minggu
Pemeriksaan awal sangat penting untuk pastikan tahap jaundis selamat dan terkawal.
Ads
Apa Itu Kuning Bayi (Jaundis)?
Kuning bayi ialah keadaan di mana kulit dan mata bayi kelihatan kekuningan akibat peningkatan bilirubin dalam darah. Ia sangat biasa berlaku — hampir 50% bayi akan alami jaundis dalam minggu pertama kelahiran.
Tanda Jaundis Biasa vs Jaundis Bahaya
Kategori
Ciri-Ciri
Kuning Biasa (Fisiologi)
Muncul hari ke-2 hingga ke-4 selepas lahir
Hilang sendiri dalam 1–2 minggu
Bayi aktif & menyusu dengan baik
Kuning Bahaya (Patologi)
Muncul dalam 24 jam pertama selepas lahir
Bayi lemah, malas menyusu, terlalu mengantuk
Disertai demam atau sawan
Najis pucat, air kencing pekat
Kuning Bayi Lebih 2 Minggu: “Prolonged Jaundice”
Kalau bayi masih kuning bayi selepas 14 hari, itu dinamakan Prolonged Jaundice. Ada banyak punca — bukan semata-mata kerana susu ibu seperti yang sering disalah anggap.
Ads
Ramai ibu menyusu kecewa bila disuruh berhenti menyusu atau menambah susu formula, sedangkan sebenarnya susu ibu membantu menurunkan jaundis jika bayi menyusu dengan kerap.
Yang penting, doktor perlu periksa punca sebenar — sama ada disebabkan kekurangan enzim G6PD, jangkitan, atau masalah hati.
Nasihat Doktor Tentang Kuning Bayi
Ads
Menurut Dr. Zubaidi Hj Ahmad, bacaan bilirubin, Hb dan platelet perlu dipantau jika jaundis berlarutan. Kadang-kadang bacaan tersebut boleh beri petunjuk sama ada bayi sedang alami pemecahan sel darah merah (hemolisis) atau jangkitan.
Teruskan pemantauan bilirubin, Hb & platelet setiap 2–3 minggu
Pastikan bayi menyusu dengan baik & berat naik ikut carta
Jika jaundis melebihi 3 bulan, najis pucat atau air kencing gelap → segera rujuk pakar
Jangan Panik, Tapi Jangan Ambil Mudah
Kuning bayi mungkin nampak biasa, tapi ibu bapa kena peka dengan perubahan anak. Kalau bayi terlalu lemah, mengantuk, atau kuning cepat merebak — jangan tunggu, terus ke klinik untuk pemeriksaan.
Kerana bagi seorang ibu, tiada yang lebih berharga daripada memastikan bayi kecil itu sihat, aktif dan membesar dengan sempurna.
Bagi setiap ibu yang dah masuk ke trimester ketiga, pasti dah ada persediaan nak sambut orang baru dalam keluarga. Sama ada anak pertama atau anak yang ke berapa sekalipun, tetap akan rasa debarannya untuk bersalin. Lagi-lagi dalam musim Covid-19 ini, ibu yang bersalin di hospital kerajaan perlu berdikari dan tidak boleh ada peneman.
Jadi nak tak nak, segala keperluan diri dan bayi semasa dalam wad harus disediakan dengan lengkap bagi memudahkan urusan ibu sepanjang di hospital. Jika sekejap berada dalam wad, oklah cuma yang dirisaukan apabila terpaksa ditahan beberapa hari atas faktor tertentu.
Oleh itu, untuk memudahkan semua ibu yang akan melahirkan anak, panduan yang dikongsikan oleh Meme Umaida Taib bermula keperluan di hospital sehingga dalam pantang boleh jadi rujukan.
Baby Essentials Item:
1. Clothes
– Newborn size 3pcs – front button/zip cotton mesh
– 0-3mths Bodysuit or 2 piece lengan/seluar pendek 5pcs – Daytime
– 0-3mths Sleepsuit or 2 piece lengan/seluar panjang 5pcs – Nighttime
– Special Outfit for checkup 2pcs
2. Binder – 3pcs
3. Mitten & Booties – 5pcs each
4. Baby Hats/Beanie – 2pcs
5. Baby Bibs – 2pcs
6. Muslin Swaddle – 3pcs
7. Pampers Newborn – Drypers Touch
8. Baby Wipes – Pureen Orange Fragrance Free
9. Changing Mat
10. Baby Laundry Detergent – Pureen ABD
Baby saya dulu ada eczema type of skin so saya memang asingkan basuh baju baby pakai baby detergent
11. Baby Tub & Body Support
12. Baby Head to Toe – Cetaphil
Boleh survey any baby skincare product yang offer organic range. At least sampai 6mths pakai kalau kulit baby okay dah boleh tukar yang murah sikit
13. Baby Hair & Body Oil – Tropika Lavender Oil
14. Nappy Cream – Bephanten/Sudocream/Drapolene
15. Minyak Telon – Bebiku Telon Oil
Minyak Yuyee/Bayini Mestika boleh pakai after 3 months sebab panas sikit untuk newborn
16. Chest Rub – Euky Bearub/Tropika Herbal Cream
17. Baby Grooming Set – Nail clipper, hair comb, thermometer, silicone finger toothbrush
18. Nasal Aspirator
19. Repellent Patch
20. Cotton Ball & Cotton Buds
21. Hooded Towel – 3pcs
22. Face Cloths – 5pcs
23. Baby Cot & Baby Nest
24. Mosquito Net
25. Stroller/Car Seat/Baby Carrier
Boleh beli salah 1 dulu untuk pergi checkup sebab musim PKP tak keluar berjalan langsung
26. Diapers Bag
Saya berpantang dengan mak. Mak saya memang very particular and traditional bab-bab pantang ni. Saya kongsikan confinement essential yang mak saya pilihkan untuk saya ni.
1. Set Bersalin Nona Roguy
– Minyak Herbaneka as minyak panas dan minyak berurut
– Akar Herbaneka untuk minum pagi selama berpantang. Tapi kalau baby ade kuning make sure tunggu baby dah sihat baru minum
– Phytonatal untuk melawaskan pembuangan air besar. Kalau tak berkesan saya consume Lactul Solution boleh cari dekat Pharmacy.
– Uncang Cuci Herbaneka acts as feminine wash and untuk baikkan jahitan bersalin di Miss V kita.
– Complimentary Minyak Ommey as minyak telon baby
2. Tanamera Brown Formulation Body Soap ni dari baby first saya amalkan untuk scrub sel2 kulit mati kita lepas 9 bulan pregnant.
3. Pilis saya beli 2 jenis balm and serbuk. Sebab mak saya cakap macam orang tak berpantang pakai balm tu.
4. Ubat Periuk & Air Kunyit ni pun mak saya suruh consume jugak pagi2 walaupun rasa dia saya tak boleh terima. Tapi kalau baby kuning sebolehnya tunggu baby sihat baru consume.
5. Periuk tanah untuk rebus air rempah Ubat Periuk
6. Daun Air Mandian Herba ni memang mak saya rebuskan pagi2 mandi suam2.
7. Tungku Batu traditional turun temurun dari mak saya
8. Bengkung Ikat ni pun turun temurun dari mak saya. Yang ni seksa sikit sebab mak saya suruh pakai sampai habis pantang and kalau nk terkencing tu seksa nak bukak lilitan tu.
9. Kain Batik saya pakai masa berurut je. Saya lebih selesa pakai skirt atau pallazo
10. Stoking kena banyak sebab mak saya suruh pakai sampai habis pantang jugak.
Ni pulak Breastfeeding Essentials yang saya recycle je dari first baby dulu. Tapi maybe tak pakai sangat sebab saya WFH sampai end of 2021.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebanyakkan ibu bapa akan merasa sangat risau apabila doktor memberitahu akan mengambil air tulang belakang anak (lumbar puncture) kerana khuatir anak akan lumpuh setelah prosedur dijalankan.
Proses pengambilan air tulang belakang adalah bertujuan untuk mengenal pasti jenis kuman/penyakit yang menyerang anak/pesakit.
Lumbar puncture adalah merupakan satu prosedur perubatan. Ia tidak melibatkan sebarang pembedahan.
Air tulang belakang dikeluarkan dengan cara memasukkan jarum khas yang sangat kecil pada bahagian bawah tulang belakang untuk mengesahkan penyakit yang berkaitan dengan otak dan saraf tunjang yang merupakan sebahagian dari sistem saraf pusat.
Air tulang belakang yang dikeluarkan tidak akan berkurangan kerana ia sentiasa dihasilkan di dalam otak.
Gambar 1: Kawasan di mana lumbar puncture dilakukan
Sumber: NHS website
Mitos berkaitan Lumbar Puncture. Adakah ia akan menyebabkan seseorang itu lumpuh?
Lumbar puncture seringkali dikaitkan lumpuh atau tidak boleh berjalan sesudah ia dilakukan. Kepercayaan ini sangat mendalam terutamanya pada generasi-generasi lama.
Apa yang berlaku sebenarnya, penyakit-penyakit yang melibatkan otak dan saraf tunjung itu sendiri yang berpotensi untuk menyebabkan lumpuh, terutamanya jika lambat dirawat atau rawatan yang kurang tepat diberikan. Penyakit-penyakit yang berkaitan otak dan saraf tunjang inilah yang memerlukan lumbar puncture dijalankan untuk tujuan diagnosia.
Jika terdapat sebarang keraguan, sila berbincang dengan doktor anda untuk penerangan yang lebih lanjut. Mereka sedia membantu terutamanya dalam memberikan rawatan yang terbaik kepada anda dan juga mereka yang anda sayang. Ia mungkin boleh menyelamatkan nyawa.
Adakah prosedur lain yang sekan-akan Lumbar Puncture?
Ada.
Prosedur ‘Lumbar puncture’ adalah sama dengan pemberian bius separuh badan (Spinal Anaesthesia) dan seakan-akan ‘Epidural Anaesthesia” yang diberikan semasa melahirkan anak.
Jika ramai yang memilih untuk ‘Epidural Anaesthesia’ dan Spinal Anasthesia, tidak ada sebab anda perlu takut dengan ‘Lumbar puncture’
Bilakah doktor akan menasihatkan untuk menjalani pemeriksaan “Lumbar Puncture”?
Apabila doktor mengesyaki ada peyakit berkaitan dengan otak dan saraf tunjang. Contohnya:
-Jangkitan pada otak/selaput otak (meningitis, encephalitis) yang diakibatkan oleh bakteria, virus, parasit atau kulat)
-Lymphoma
-Leukemia
-Kanser otak
-Inflamasi pada salur darah otak (vasculitis)
-Penyakit ‘auto-immune’ seperti Multiple sclerosis, Neuromyelitis Optica
Lumbar puncture juga boleh digunakan untuk tujuan perawatan untuk pemberian ubat kemoterapi dan antibiotic dalam kes-kes tertentu.
Apakah yang dilakukan dengan air tulang belakang yang diambil?
Ia akan dihantar ke makmal untuk dianalisa untuk mengesahkan penyakit-penyakit berkaitan otak dan saraf.
Bagaimanakah prosedur ini dilakukan?
Prosedur biasanya dilakukan di dalam ward atau sebagai rawatan harian ‘daycare’
Biasanya pesakit akan berbaring di atas katil dalam keadaan mengiring. Tetapi ia juga boleh dilakukan dalam keaadan duduk dan tunduk sedikit kehadapan untuk membuka ruang diantara tulang belakang.
Sumber: Atlas ADAM
Pesakit biasanya dalam keaadan sedar. Doktor akan menerangkan bagaimana prosedur dilakukan dan kebenaran bertulis akan diambil.
Bahagian bawah belakang akan dibersihkan menggunakan cecair antiseptik khas dan ubat bius setempat akan diberikan secara suntikan di kawasan bahagian bawah tulang belakang. Selepas kawasan tersebut menjadi kebas, doktor akan memasukkan jarum khas di kawasan tersebut. Kebanyakan pesakit tidak akan merasai sebarang kesakitan tetapi masih boleh merasai pergerakkan jarum semasa ia dimasukkan.
Apabila sampel air tulang belakang sudah didapati, tekanan air di dalam otak akan diukur dan sampel akan diambil dan dihantar ke makmal untuk mengesahkan penyakit-penyakit yang disenaraikan seperti soalan 4.
Sumber: Sampel di sebelah kiri merupakan contoh air tulang belakang yang normal dan di sebelah kanan merupakan cecair tulang belakang yang tidak normal
Setelah sampel didapati, jarum akan dikeluarkan semula dan plaster akan dilekatkan dikawasan tersebut. Pesakit dikehendaki berbaring dan tidak digalakkan berjalan dan duduk selama 4-6 jam selepas prosedur selesai dilakukan.
Pemeriksanan CT scan kepala juga biasanya akan dilakukan sebelum ‘lumbar puncture’ dilakukan untuk memastikan keselamtan prosedur ‘lumbar puncture’ tersebut.
Sumber: Wikipedia
Adakah ia menyakitkan?
Tidak. Ubat bius setempat akan diberikan sebelum presedur ini dilakukan
Berapa lama masa untuk prosedure ini dilakukan?
Biasanya sekitar 30-45 minit.
Apakah persedian yang perlu dilakukan oleh pesakit sebelum dan selepas prosedur?
Pesakit diminta bertenang dan dinasihatkan untuk ke tandas untuk membuang air dahulu kerana selepas prosedur mereka tidak digalakkan untuk bergerak.
Lebih mudah sekiranya terdapat ahli keluarga/ penjaga yang menemani selepas prosedur dilakukan.
Sila beritahu doktor anda sekiranya anda mempunyai sebarang alahan terhadap ubat bius sebelum prosedur dilakukan
Apakah risiko-risiko “Lumbar puncture”?
Secara umumnya ‘lumbar puncture’ adalah selamat dan risiko untuk komplikasi serius berlaku adalah sangat rendah. Sebelum presedur dilakukan doktor akan mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengurangkan risiko-risiko dari berlaku.
Risiko-risiko yang boleh berlaku termasuklah:
-Sakit kepala (biasanya untuk sementara waktu sahaja)
-Kebas pada bahagian belakang atau kaki (biasanya untuk sementara waktu sahaja)
-Pendarahan atau jangkitan pada tempat prosedure dilakukan (sangat jarang)
-Kegagalan untuk mendapatkan sampel
Bilakah kepututusan untuk “lumbar puncture” boleh diperolehi?
Keputusan Lumbar punture biasanya boleh diperolehi kurang dari 48 jam untuk ujian yang biasa. Untuk ujian-ujian yang khas, biasanya masa yang lebih lama diperlukan bergantung kepada jenis-jenis ujian tersebut
Rujukan:
Johns Hopkins Medicine Health Library.
ADAM Atlas of Anatomy, Cambridge University Press
National Health Institute (NIH) official website
Anak yang sebelum ini aktif dan sentiasa manja memanggil Umie tiap kali nak apa-apa kini berubah sekelip mata apabila disahkan mengalami Acute Necrotizing Encephalopathy of Childhood (ANEC) kira-kira dua bulan lalu.
Semuanya bermula apabila adik Ammar Irfan bin Zakria, 6 tahun, demam on off pada penghujung tahun lalu.
Berkongsi kisah sedih ini, ibunya Izrinda Roslin berkata, pada 1 Januari lalu memang Irfan demam. Waktu itu suhunya agak tinggi. Walaupun dah bawa ke klinik dan diberikan ubat, suhunya masih turun naik.
“Macam-macam cara saya buat untuk turunkan suhunya seperti jerlum dengan air, mandi dengan kerap. Selepas itu suhunya ok sikit pada pukul 3 pagi.
“Disebabkan kepenatan, saya tertidur selepas mendapati Irfan dah tidur lena. Namun sekitar jam 7 pagi apabila saya tersedar keadaan Irfan seolah-olah tiada respon dengan badannya kejang dan mata terbuka.
“Terus bawa ke hospital dan apabila doktor buat scan berlaku radang di otaknya. Dari Sungai Petani terus dipindahkan ke Pulau Pinang,” katanya.
Izrinda menjelaskan selepas dipindahkan hospital, Irfan terus dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) selama dua minggu dan doktor turut melakukan ujian MRI.
“Keputusan MRI menunjukkan berlaku pendarahan hingga menjejaskan pendengaran, penglihatan dan pergerakan.
“Ketika itu semua otot Irfan dah kejang dan doktor terpaksa pakaikan splin untuk sokong kaki dan tangan supaya tak keras,” kongsinya.
Dua bulan di hospital
Selama dua bulan di hospital, kini Irfan dah dibenarkan pulang ke rumah. Cuma keadaannya tak sama seperti sebelum itu. Dia hanya terlantar dan kalau nak bangun atau berjalan perlu dibantu.
Percakapannya juga pelat dan tak petah. Impiannya untuk ke sekolah juga terpaksa ditangguhkan.
Kini Irfan perlu buat fisioterapi di rumah selain ikut temujanji hospital agar keadaannya kembali pulih.
Nak Irfan Sihat
Kata Izrinda, setakat ini doktor tak jamin bila Irfan boleh kembali sihat dan menasihatkan untuk sentiasa merangsang pergerakan Irfan sepanjang masa.
Memandangkan Irfan adalah anak tunggal, semua harapan terletak padanya. Namun bila Allah bagi ujian ini memang sedih sangat. Sebagai ibu saya harapkan Allah bagi keajaiban agar Irfan dapat membesar seperti kanak-kanak lain. Doa saya dan suami agar Allah mempermudahkan urusan Irfan,” akhirinya.
Pembaca yang ingin membantu Puan Izrinda Roslin boleh hubungi 0174681055.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.