
Bila ada anak kecil, kita wajib tahu cara membersihkan dan menyucikan sisa najis anak supaya ia bukan sekadar bersih di mata kasar sahaja. Tetapi apa yang penting cara membersihkan dan menyucikan kena betul mengikut ajaran Islam supaya solat kita juga sah.
Semoga perkongsian daripada ibu yang ada anak kecil ini, Puan Yatie Eimra bermanfaat kepada semua ibu bapa lain.


Sebelum ini saya pernah kongsikan cara buat spray serbaguna menggunakan sabun dan larutan cuka. Spray ini juga sangat berkesan untuk hilangkan bau hancing (boleh rujuk post saya sebelum ni untuk sukatan). Alhamdulillah, lepas kering memang dah tak ada bau lagi.
Najis anak dikira najis mutawassitah iaitu najis pertengahan (kecuali air kencing anak lelaki bawah 2 tahun yang belum makan dan hanya minum susu ibu sahaja). Najis mutawassitah pula terbahagi kepada 2 iaitu yang boleh nampak (ainiah) dan tak boleh nampak (hukmiah). Cara membersih dan menyucikan najis berbeza bergantung pada kategorinya.
Baru-baru ini saya dengar ceramah seorang ustazah mengenai penyucian najis anak. Alhamdulillah, cara ini juga yang saya gunakan selama ni. Saya kongsikan cara menyucikan najis ini terutamanya bagi ibu-ibu baru yang mungkin tak banyak pengalaman. Semoga dapat dimanfaatkan.
Cara sucikan najis yang boleh nampak (ainiah)
Najis yang sedikit (percikan/tompokan najis dan air kencing yang sedikit)
1. Buang najis.
2. Bersihkan hingga hilang warna, rasa dan baunya. (boleh gunakan sabun+larutan cuka)
3. Tuangkan air ke atas tempat terkena najis sehingga rata.
Disunatkan:
4. Perah/keringkan air (lekapkan kain di atasnya atau gunakan vacuum jenis wet & dry).
5. Ulang basuh dan keringkan (dengan kain berbeza/bahagian lain yang kering) sebanyak 3 kali.
Najis yang banyak dan tempat terkena najis boleh diangkat
1. Buang najis.
2. Bersihkan hingga hilang warna, rasa dan baunya. (boleh gunakan sabun+larutan cuka)
3. Basuh dengan mengalirkan/menjirus air hingga sebahagian air mengalir, menitis/menitik.
Disunatkan:
4. Membasuh dengan air sebanyak 3 kali.
Najis yang banyak dan tempat terkena najis tidak boleh/sukar diangkat (contohnya seperti karpet yg mempunyai barang berat diatasnya, dan lain-lain)
1. Buang najis.
2. Bersihkan hingga hilang warna, rasa dan baunya. (boleh gunakan sabun+larutan cuka)
3. Tuangkan air ke atas tempat terkena najis sehingga rata.
Disunatkan:
4. Perah/keringkan air (lekapkan kain di atasnya atau gunakan vacuum jenis wet & dry).
5. Ulang basuh & keringkan (dengan kain berbeza/bahagian lain yang kering) sebanyak 3 kali.
Cara sucikan najis yang tak boleh nampak (hukmiah)
Najis yang diyakini kewujudannya tetapi tak boleh nampak sifatnya tetap dikira najis secara hukum. Contohnya air kencing yang telah kering, najis yang terkena lantai namun tidak melekat (boleh jadi sebab najis keras/permukaan licin) ataupun tempat yang terkena najis telah hilang sifatnya (warna, rasa & bau) disebabkan terlalu lama terbiar. Jika tersentuh tempat terkena najis hukmiah ini ketika tangan basah boleh membatalkan solat. Untuk menyucikan najis hukmiah, memadai hanya dengan
1. Menjiruskan air di tempat diyakini ada najis & kawasan sekitarnya.
Disunatkan:
2. Membasuh dengan air sebanyak 3 kali.
Ini pula menurut Ustaz Azhar Idrus-
*Jika selepas kering masih ada bau – dimaafkan dalam Islam kerana hanya tinggal 1 sifat (bau sahaja)
*Tempat terkena najis yang telah dicuci masih dikira najis ketika basah & boleh membatalkan solat.
*Tempat terkena najis yang telah dicuci & kering, jika dipegang/disentuh walaupun ketika tangan/kaki basah adalah dimaafkan
Sumber: Yatie Eimra
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jerit Diam Tak Bantu Redakan Anak Mengamuk. Usaplah Muka & Urut Lembut Badannya

Fasa mengamuk, membaling dan memukul biasanya kerap berlaku pada anak di usia 3 tahun ke bawah. Keadaan ini berlaku kerana mereka mahu menunjukkan ketidakpuasan hati dan menarik perhatian ibu bapa.
Tetapi ibu bapa yang mengalami situasi ini kerap kali tidak dapat mengawal kemarahan dalam diri sehingga menyebabkan anak dimarah berulang kali atau pilihan terakhir mengangkat tangan untuk menyuruh anak berhenti dari tindakannya itu.
Berdasarkan perkongsian dari Pakar Keibubapaan, Kekeluargaan dan Kasih Sayang, Ibu Rose beliau menyatakan ibu bapa kena memahami kenapa si kecil anak bertindak sedemikian sebelum mengambil tindakan untuk menghukum. Cara ini bukan sahaja dapat menenangkan anak sekaligus mengawal perasaan marah ibu bapa.
Ketahuilah bila anak kecil di bawah usia 3 tahun mengamuk dan membaling dan memukul-mukul anda atau menghentak-hentakkan kepalanya…itu tandanya dia sendiri sedang tenggelam di dalam Monster yang terbit dari dirinya.
Jika anda marah, monster itu akan terus hidup dan menyemarakkan amarahnya. Jika api merebak, anda tidak akan meniup angin ke arah api itu bukan?
Marah adalah ibarat api dan memang disuntik oleh Iblis yang berasal dari api. Itu sebabnya memarahi, memukul dan menyuruh diam dengan sangat kasar bukan jawapan yang tepat
Anda perlu fikirkan, apakah yang boleh memadamkan ‘api’? Ya, air! Apakah air di dalam komunikasi? Bacaan DOA yang menghasilkan sabar dan ketenangan. Maka bacalah dan ambil air serta perlahan-lahan sapukan pada muka anak yang sedang mengamuk sambil membacakan doa dan menyebut anda sayangkan dia. Urut badannya dengan kelembutan tangan mu. Ini akan mengurut emosinya dan menenangkan Monster itu untuk kecil menjadi anak kucing yang jinak.
NAMUN, ada satu syarat penting untuk berjaya. Dan inilah yang sering ibu bapa terlepas pandang. Di hati anda mesti bersangka baik dengan anak anda. Dia mengamuk begini bukan sebab dia sengaja hendak berperangai buruk dan mahu menyusahkan anda. Ada sesuatu yang tidak kena dan dia cuba memberitahu.
Jika ada orang menyuruh anda menengking atau memukul anak anda yang masih kecil itu dan mengatakan jangan dibiarkan nanti dia jadi lenja, ternyata orang itu belum faham psiikologi kanak-kanak dan belum mengkaji cara Rasulullah mendidik kanak-kanak.
Oleh itu, berpendirian tegaslah dalam membantu anak anda mengatasi monster itu dengan tenaga sabar, tenang dan penuh kasih sayang.
Kredit gambar: google & gracemelia.com
Sumber: ibu rose
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Lelaki Lain Sikit Cara Nak Handle. Untuk Jadikan Mereka Lebih Sensitif Dan Peka, Ini 5 Perkara Yang Perlu Anda Buat

Bukan satu rahsia anak lelaki sememangnya lantang, aktif, lasak dan sukar dijaga. Sebelum anda naik darah, berikut beberapa tip yang ingin Pa&Ma kongsikan agar anda kekal waras ketika membesarkan mereka.
Sebelum mempunyai anak, kita pastinya mengidamkan anak-anak yang mudah dijaga. Bergelar ibu bapa, kita dengan pantas akan menyedari anak lelaki biasanya bertenaga, agresif dan lebih banyak akalnya berbanding anak perempuan.
PANTAU TAHAP AGRESIF ANAK
Ia perkara normal apabila anak lelaki suka bermain dengan senjata (pistol, pedang dan sebagainya), dan kemudian beraksi seolah-olah mereka membunuh orang jahat. Jika anak lelaki anda pernah bermain begini, ia menujukkan impian mereka untuk menjadi penyelamat dan menegakkan keadilan. Melakonkan watak sebagi polis dan penjahat atau bermain ala-ala situasi berdepan zombi dapat menggalakkan anak anda untuk bertindak mengikut logik (yang mana betul dan salah). Setiap kali mereka bermain begini, anda memainkan peranan penting untuk memantau dan menegur jika ia keterlaluan.
Banyak menonton rancangan di televisyen juga boleh menjadi faktor mereka bermain dengan kasar. Oleh itu, anda harus sentiasa peka dengan cara mereka bermain dan pastikan mereka tahu sejauh mana mereka boleh bermain secara kasar dan agresif.
Tidak perlu marah, cukup sekadar menerangkan perkara yang harus mereka tahu supaya mereka faham dan bukannya mengelak daripada melakukannya kerana takut dimarahi anda.
TUNJUKKAN CONTOH YANG BAIK
Anak lelaki biasanya lebih banyak menyimpan memori dan sentiasa ingat apa yang berlaku di persekitaran mereka. Untuk membentuk sahsiah diri yang baik dalam diri mereka, anda harus menjadi contoh terbaik. Bapa terutamanya digalakkan untuk melayan isteri, ibu dan adik-beradi perempuan dengan penuh rasa hormat dan kasih sayang agar anak-anak dapat menjadikan anda contoh. Salah satu cara yang baik untuk mengajar anak lelaki cara untuk melayan orang lain dengan baik adalah dengan sentiasa bercerita kepada mereka akan kepentingan serta ganjaran menjadi manusia yang sentiasa baik dengan orang lain.
TEKANKAN CIRI-CIRI KEBAIKAN DAN SENSITIVITI
Untuk mengembangkan sisi sensitif anak lelaki anda, jelaskan kepada mereka kepentingan berkongsi alat mainan dengan rakan atau berbuat baik kepada haiwan. Anda juga boleh mebacakan cerita tentang lelaki dalam sejarah yang memperjuangkan keamanan dan kebaikan. Cari peluang untuk mewujudkan peranan sebagai lelaki yang positif dengan menghabiskan masa berkualiti dengan mereka atau mengalakkan mereka untuk menyertai kerja-kerja amal.
Meraikan anak lelaki dengan kasih sayang dan penghargaan juga boleh menjadikan mereka lebih mudah mendengar kata.
GALAKKAN EKSPRESI EMOSI
Sentiasa galakkan anak-anak anda untuk meluahkan perasaan mereka. Biasanya anak lelaki lebih suka memendam perasaan mereka, tetapi sebagai ibu bapa anda harus peka dan bijak untuk menggalakkan mereka bercerita. Anda boleh bercerita dan minta pendapat mereka tentang seusatu hal. Ini memberi mereka satu perasaan dihargai dan menjadikan mereka lebih bersikap terbuka untuk berkongsi sebarang masalah. Jangan menghakimi tetapi galakkan mereka untuk berceritadengan memberi pendapat yang neutral dan tidak menyalahkan mereka.
BERI ANAK RUANG
Anak lelaki suka bermain secara bebas. Mereka tidak selesa dikawal dan dikongkong. Beri ruang kepada mereka untuk bermain dengan menyediakan satu kawasan khas untuk mereka bermain. Di situ, biarkan mereka untuk menjadi diri sendiri tanpa dihalang untuk berbuat apa saja. Sesekali sertai mereka dan sediakan aktiviti yang boleh dibuat bersama.
Jika bermain dengan ayah, banyakkan permainan survival. Ibu pula boleh banyakkan bermain dengan aktiviti skil harian.
Jika diberi peluang dan ditunjukkan cara sebenar untuk membesar menjadi anak yang menyenangkan, ibu bapa harus mengambil inisiatif untuk melatih anak-anak sedari kecil. Elakkan terlalu banyak memarahi mereka kerana ia akan memberi impak kepada emosi serta tumbesaran mereka.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Rasa Bersalah Dengan Anak” Genap 8 Tahun Berhenti Merokok, Bapa Ini Kongsi Tip.

Bukan mudah untuk seorang lelaki berhenti merokok lebih-lebih lagi yang sudah berpuluh tahun merokok.
Itulah yang dilalui oleh bapa tunggal kepada 3 cahaya mata lelaki ini. Yang membuatnya tekad untuk berhenti merokok 8 tahun yang lalu apabila dia menimang cahaya mata sulung dan rasa bersalah terhadap zuriatnya itu.
Pagi ni genap 8 tahun aku berhenti merokok.
Jadi aku celebrate dan mengenang achievement aku dengan breakfast nasi minyak, ayam masak merah dan secawan teh o kosong.
Aku merokok sejak tingkatan 1, social smoker gitu. Masuk tingkatan 3 dah jadi smoker, masuk tingkatan 5 memang serius merokok dan jadi penjual rokok.
Masuk universiti terus merokok dengan jayanya dan mula bekerja lagilah berjaya sebagai perokok tegar.
Total, 27 tahun aku merokok. Lama wehhh, asap tu dah sebati dalam paru-paru aku.
Bila anak sulung lahir, aku rasa bersalah pulak pada anak. Setahun aku tak merokok dalam rumah, tak merokok dalam kereta atau mana sahaja tempat yang dekat dengan anak.
Pagi 1 Mac, bangun tidur aku terus nekad berhenti rokok. So aku ambil kotak rokok, keluarkan dan ramas hancurkan dan flush dalam toilet.
Thats it. The rest is history kata orang Muo.
Struggle?
Yer, sangat. Sebab aku berhenti terus, takde kurang-kurangkan dulu, sikit-sikit, pakai patch atau sebagainya.
Bulan pertama siksa yakmat, bulan kedua rasa lebih manageable ketagihan tu, bulan ketiga lebih lega, bulan keempat dah feel free.
Macamana aku manage?
1. Tak keluar ngopi atau ngeteh, tak jumpa orang socially. Aku takkan jumpa perokok lain. Duduk jer rumah layan anak bini.
2. Aku elakkan kerja lewat malam. Ini waktu yang aku kuat sangat merokok. So cuba siapkan kerja sebelah siang dan malam tidur awal.
3. Pendekkan masa dalam toilet. Tak bawa masuk phone, sebab ini akan prolong time dan aku back to habit merokok waktu membuang.
4. Sediakan gula-gula, chewing gum atau apa sahaja yang boleh dikunyah selepas makan. Ini waktu kritikal, lepas makan nafsu nak merokok tu membuak-buak.
Baca:
Bunuh Bayi Zara Dengan Kejam, Suami Pengasuh Akhirnya Dijatuhkan Hukuman Mati
Wanita Ini Kongsi Cara Buat Daun Herba Untuk Mandian Ketika Berpantang, Lebih Jimat!
Resepi Sambal Cekur, Air Tangan Ibu Di Kampung Pembuka Selera Makanan Berpantang
5. Aku pesan kawan-kawan yang aku dalam proses berhenti rokok, kalau jumpa aku jangan sesekali offer. Kalau offer jugak, putus kawan.
Alhamdulillah, masuk bulan ke 4 aku dah boleh hadap rutin baru tanpa rokok. Namun masih berjaga-jaga bila keluar makan minum, jumpa kawan dan sebagainya sebab iman masih lemah. Rapuh sangat lagi. Kalau ada yang merokok, aku excuse dan minta diri blah dulu.
Lepas setahun aku dah tak heran dah pasal rokok. Kawan offer pun aku tak teringin lagi dah.
Now baru aku realize yang rokok tu sangat busuk bagi aku. Haishh, waktu sedap dulu, itulah bau yang paling stim.
Anyway, yang ada niat nak berhenti, nanti start puasa boleh cuba stop terus dan cuba ikut cara aku tu. Mana tahu ngam dan berkesan untuk kau juga.
Niatlah berhenti tu untuk kebaikan diri, keluarga, masyarakat dan juga agama. InshaAllah nanti Allah permudahkan.
#superdaddy
Kredit: Khairulabdullah
Cara mudah nak latih anak suka solat, jom sertai Kem Solat 2023. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-mega-bintang-kecil-2023/ untuk daftar
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI