Bila anak semakin membesar, semakin mencabar cara didikan kita pada anak-anak. Malah anak yang sudah pandai bersuara dan menunjukkan rasa hati dan emosinya semakin membuatkan kita bertambah pening.
Nak anak dengar kata tetapi kadang kita tersalah cara. Apa nak buat? Elakkanlah guna ayat yang berbau negatif. Positifkan keadaan menjadi lebih harmoni. Ini perkongsian dari OT, Ayesha Sairi untuk panduan mak ayah.
Anak mendengar kata, menurut perintah.
Ramai ibubapa mahu anak- anak mendengar kata dan mudah diurus. Kalau kita minta anak buat A, A yang dibuat. Kalau minta buat B, B yang dibuat.
Lega sungguh kalau anak kita macam ni kan? Orang putih kata ‘compliant child’.
Anak umur 18 bulan dah mula pandai cakap tak, tak nak, ‘no’ dan seangkatan dengannya. Semestinya kita tidak boleh mengharap yang anak akan patuh pada setiap arahan.
Kita boleh tingkatkan tahap kepatuhan dengan menggunakan strategi yang bersifat positif berbanding negatif.
Contoh cara positif
1) Minta dengan baik: “Boleh tak simpan Lego tu sekarang?”
Ads
2) Berikan arahan dan peringatan dengan jelas: “Ada lagi Lego atas lantai. Tolong simpan sekali.”
3) Beritahu sebab untuk permintaan kita: “Kita kena simpan Lego bila dah habis main. Nanti kalau terpijak, sakit kaki.”
4) Berikan pilihan: “Nak ambil Lego yang jauh dulu atau yang dekat?”
5) Berikan ganjaran/pujian di atas sikap anak: “Terima kasih sebab tolong kutip dan simpan Lego.”
Contoh cara negatif
1) Permintaan yang tidak jelas: “Mama dah bagitau tadi kan, masa untuk main Lego dah habis.”
2) Beri arahan berbanding meminta (commands vs requests): “Berhenti main Lego. Pergi simpan sekarang.”
Ads
3) Beri sebab tanpa asas yang jelas: “Sebab mama cakap macam tu, ikut saja.”
Kalau dalam movie orang putih, dia kata “Because I said so!”
4) Fokus pada ketidakpatuhan anak semata-mata berbanding kepatuhannya kepada permintaan kita
5) Gunakan kekerasan seperti memukul.
Menggunakan cara positif bukanlah bermaksud anak kita akan 100% ikut cakap kita, tetapi kita dapat kurangkan anak dari merengek, melawan dan tingkatkan kemahiran anak untuk berunding dengan kita.
Sama-sama kita didik anak. Ilmu ni saya dapat dari buku seperti dalam gambar. Menarik bukunya.
Nak pilih simpanan terbaik untuk masa depan anak, jangan lupa mendaftar di SSPN.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Merebus kacang kuda sememangnya mengambil masa yang lama biar pun direndam lama terlebih dahulu. Rupanya ada cara membuatkan kacang lagi cepat empuk.
Tak gunakan bahan yang banyak, hanya masukkan sedikit soda bikarbonat dan beberapa bahan lain ketika merebus. Jom ikuti tip perkongsian Noremyza Ibrahim.
Terima kasih semua yang bagi tunjuk ajar macam mana nak rebus kacang kuda bagi cepat empok. Tak sampai satu jam merebus dah dapat hasil seperti yang saya inginkan. (kacang saya dah rendam semalaman).
Biras dah datang ambil dan katanya nak buat jual di warung dia. Semoga menepati lah cita rasa yang membeli.
Rebus dalam periuk nasi je.
Dalam air rebusan masukkan daun kari, minyak masak & ½sudu besar soda bicarbonate.
Kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah selamanya. Setiap pengorbanan ibu tak dapat dibalas dengan wang ringgit . Ibaratnya selagi ada kekuatan, sebolehnya ibu sedaya upaya akan beri kasih sayang pada anak dan keluarga.
Seperti yang tular di media sosial mengenai sepucuk surat yang ditulis seorang ibu yang mana isi kandungannya benar-benar menyentuh hati sesiapa sahaja.
Menerusi surat tersebut, ibu berkenaan meminta jasa baik doktor agar jenazahnya dikafankan di hospital kerana dirinya sebatang kara dan tidak mempunyai keluarga.
Lagi menyentuh hati, si ibu memberitahu dia mempunyai anak kurang upaya (OKU) bisu dan meminta doktor tidak menutup wajahnya semasa dikafankan dan ditunjukkan kepada anaknya yang bernama Imran.
Bukan itu saja, ibu ini turut meninggalkan beberapa nombor telefon untuk pihak hospital hubungi jika ada urusan lain selepas pemergiannya. Cukup teliti sekali biarpun waktu itu sedang sakit. Seolah-olah tak mahu menyusahkan orang lain.
Gambar Hiasan
Perkongsian itu buatkan ramai yang sedih. Rata-rata mendoakan kesejahteraan ibu berkenaan dan anaknya.
“Allah sedihnya…Innalillahi waiina ilahi rojiun. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.”
“Innalillahiwainnailahirojiun….Al-Fatihah (Di Bacakan) buat arwah dan salam takziah kepada yang berkaitan dengan arwah, semoga segalanya dipermudahkan untuk anak yang OKU dan semoga ada ahli-ahli keluarga lainnya dan semoga ada insan-insan yang terdekat boleh menolong anak yang sedemikian..YA ALLAH…sedihnya.
“ Allahuakbar, besarnya dugaan. Mudah mudahan Allah pelihara anak syurga yg ditinggalkan- “Ya ALLAH sebaknya baca. Moga Imran dalam keadaan yang baik sahaja dan ibunya ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman”
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Akibat mencubit kedua-dua belah telinga seorang bayi lelaki, anak jirannya yang berusia 10 bulan sehingga mengalami kesan lebam, seorang suri rumah didenda RM6,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur semalam.
Hakim Mahyon Talib menjatuhkan hukuman itu ke atas Noor Aziana A. Samad, 33, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah terhadapnya.
Ketika ditanya Mahyon alasan tertuduh mencubit telinga bayi berkenaan, Noor Aziana menjawab “Saya berasa geram kerana mangsa sentiasa menangis dan keadaan rumah tiada air pada masa itu,”.
Ibu tiga anak itu didakwa melakukan kesalahan terhadap bayi lelaki tersebut sehingga menyebabkan kecederaan pada kedua-dua belah telinga mangsa di sebuah rumah di Taman Melati, Wangsa Maju di Kuala Lumpur pada 2 petang, 5 Mac lalu.
Dia dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana Mohd Jafri memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh dengan mengambil kira mangsa dalam kes ini adalah bayi.
“Tindakan tertuduh mencubit telinga bayi berusia 10 bulan sehingga menyebabkan kesan lebam adalah tidak wajar kerana mangsa tidak berdosa.
“Tertuduh mempunyai anak kecil seharusnya dia menjaga mangsa seperti anaknya sendiri dan bukannya melakukan perbuatan tersebut,” katanya.
Noor Aziana yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda dengan alasan mempunyai anak kecil berusia setahun serta dia tidak bekerja.
Berdasarkan fakta kes, semasa pengadu iaitu ibu mangsa ingin mengambil anaknya dari rumah tertuduh terdapat kesan lebam pada kedua-dua belah telinga dan luka pada dahi serta tangan kiri mangsa.
Pengadu telah bertanya kepada tertuduh dan diberitahu anaknya yang menggigit mangsa.
Namun, selepas pengadu memberitahu yang dia mahu membuat laporan polis, tertuduh terus mengaku mencubit mangsa kerana bayi itu menangis selain tertekan dengan keadaan di rumahnya yang tiada air selain gagal mengawal kemarahan.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.