Akhir-akhir ini, banyak diperkatakan tentang me-time bagi seorang ibu. Namun, ramai pula yang memandang ibu-ibu yang perlukan me-time sebagai ibu yang tak sayangkan suami & anak dan pentingkan diri sendiri. Ibu ini mengutarakan pandangannya.
Me-time ialah masa khas untuk ibu melepaskan sebentar tugas & beban. Ia boleh jadi keluar sendirian atau dengan rakan, keluar dengan pasangan atau sekadar menonton wayang dan membeli belah sendirian. Ia adalah ruang waktu untuk ibu memikirkan tentang dirinya sendiri! Amat penting me-time ini bagi ibu-ibu untuk mengelakkan tekanan perasaan dan emosi.
Puan Intan Jaliah memberikan reaksi kepada sesetengah kaum ibu yang tidak memperlekehkan ibu-ibu yang memerlukan me-time setelah berhempas pulas melaksanakan tugas sebagai seorang ibu.
Katanya, lain ibu lain caranya untuk recharge diri. Jangan hanya kerana diri sendiri tidak boleh langsung berpisah dengan anak, kita terus menghakimi ibu lain yang perlukan masa sendiri tanpa anak-anak.
Berikut ialah perkongsian beliau;
Me-time – Is that too much to ask for?
Ads
Just because you don’t need ‘me-time’ doesn’t mean other mothers don’t need it too.
Lain anak, lain ragam. Lain ibu, lain keperluan. Lain orang, lain cara untuk mereka ‘recharge’ diri mereka.
TAK BERMAKNA IBU PENTINGKAN DIRI & TIDAK SABAR
Ibu yang minta ‘me time’ itu bukanlah bermaksud mereka pentingkan diri.
Ibu yang perlukan ‘me time’ itu bukanlah bermaksud mereka tidak sabar.
Ads
Ibu yang perlukan ‘me time’ itu bukanlah bermaksud mereka tak sayangkan suami dan anak-anak mereka.
JANGAN TERUS MENGHAKIMI
Hanya kerana kita tak boleh langsung berpisah dengan anak, janganlah hakimi ibu lain yang perlukan masa sendiri tanpa anak-anak.
Ads
Dengan keadaan betapa ramai nya ibu yang depresi dari hari ke hari, sungguh saya rasa posting tentang ‘tak perlunya me time’ tu teramatlah tak perlu.
ME-TIME AMAT PERLU UNTUK MENGELAK DEPRESI DI KALANGAN IBU
Jika seorang ibu itu nampak begitu penat, kurang terurus, mudah lupa dan cepat marah-marah dengan anak, ketahuilah dia sedang diambang depresi. Dia perlukan rehat yang cukup untuk dia bertenaga kembali untuk dirinya, untuk suami dan anak-anak. Kerana dia amat sayangkan keluargalah, dia minta Me Time itu untuk dia re-charge.
Trust me, some of us need occasional ‘me time’ just to stay sane.
Let’s try to be understanding rather than being judgmental, okay!
p/s: Sesekali minta me time, tidaklah ku rasakan keterlaluan.
Tanggungjawab memberi nafkah diamanahkan kepada ketua keluarga iaitu suami yang wajib memberi nafkah, menjaga kebajikan isteri dan anak. Bahkan, jika berlaku perceraian, suami masih wajib memberi nafkah sepanjang isteri berada dalam edah dan nafkah menguruskan anak.
Walau bagaimanapun, nafkah tidaklah bersifat mutlak kerana setiap orang tidak sama kemampuannya. Ada yang kaya dan berkemampuan menyediakan semua keperluan dan ada pula sebaliknya.
Apa yang penting, suami memberikan komitmen dan melaksanakan tanggungjawab itu sebaik mungkin dengan memberi keselesaan kepada isteri, bukan kemewahan atau pembaziran yang melampau.
Perlu juga faham, sekiranya isteri bekerja suami wajib juga menghulurkan biarpun sikit. Bab ini suami isteri kena bincangkan bersama bagi memastikan ia tidak diungkit kemudian hari. Lain orang lain cara, sama ada beri duit atau berbelanja lain itu terserah pada pasangan.
Menerusi perkongsian saudara Azizul Azli Ahmad suami kena faham tanggungjawab pemberi belanja. Barulah persefahaman dan keharmonian rumah tangga terjaga.
SUAMI SEBAGAI PEMBERI BELANJA?
1. Isu ‘orang ketiga’ yang menjadi punca perbalahan suami isteri adalah ‘wang’. Wang menjadi punca perbalahan suami isteri hari ini.
2. Statistik majlis agama negeri 65% perbalahan rumah tangga berpunca dari wang.
3. Tanggungjawab sara keluarga tetap dibahu dan batu jemalang Panglima Keluarga, walau isteri kita CEO berjaya.
4. Semakin besar ‘contribution’ isteri dalam rumah tangga. Makin lama, makin rendah rasa hormat isteri pada kita.
“Awak gaji besar, rumah dan kereta nie awal bayar la, barang dapur saya beli”. Jangan paksa isteri begitu.
5. Bincang baik baik dengan isteri pembahagian sumbangan ini. Ada yang guna 70:30 . Suami 70% , isteri 30%.
6. Saya cadangkan, perbelanjaan rumah dan hangus di bahu suami.
7. Perbelanjaan ‘Simpanan’ dan ‘Pelaburan’ dibahu isteri. Duit ini tidak terus hangus dan hilang. Ia untuk masa depan hidup bersama.
8. Beri izin isteri bekerja bukan bermakna gaji dia, duit kita. Itu Yahudi namanya.
Jadilah pemimpin dan tempat berlindung isteri dan takutlah hari pembalasan nanti kawan kawan.
Salah satu kunci kejayaan dalam psikologi keibubapaan adalah hubungan baik antara ibu dan ayah.
Ibu ayah berkomunikasi dengan baik antara sesama sendiri dapat memberi kesan baik. Bukan sahaja pada psikologi ibu ayah tetapi juga anak-anak.
Contoh ibu bapa yang hot tempered akan menyebarkan seluruh rumah gundah gulana. Merasakan ibu bapa bukan lagi tempat mereka melabuhkan kepercayaan. Tetapi hanyalah sosok yang buat hidup penuh pemberontakan dan emosi yang kecundang.
Ibu bapa yang tiada kemesraan, gelombangnya dapat dirasai oleh anak-anak. Emosi anak juga tidak stabil. Akibatkan perkembangan sosial, emosi dan kognitif tercalar.
Ibu bapa yang tidak dapat komunikasi dengan baik. Buatkan rumah tangga jadi suram. Ibu yang bangun tidur keseorangan akan rasa jiwa kosong dan hidup sepi. Kerana dunia dalamanlah yang menentukan dunia luaran kita.
Apabila salah faham terjadi. Ibu bapa perlu duduk kembali. Paksakan diri untuk bermesra semula. Lakukan aktiviti seperti mula bercinta. Rasai hangat kasih. Mulakan muka surat baru.
Hidup dalam present moment. Penuh kasih sayang dan rasa hargai antara satu sama lain.
Jangan hidup dalam dunia lepas. Sebab itu ada rajuk, marah, kecil hati dan benci serta dendam. Hidup dalam dunia masa depan tidak pasti menyebarkan kerisauan. Mahu lebih apa sepatutnya.
Tidak akan aman hati suami isteri yang bergaduh. Masing-masing bawa diri dan bermasam muka. Bahasa badan memberi rasa. Peluk, cium, bergurau. Adalah Bahasa indah komunikasi buat suami isteri. Teruskan bercinta. Api asmara menyala akan memberi kedamaian buat anak-anak dan rumah tangga.
Ada ibu bapa semakin jarang memeluk anak apabila mereka memulakan zaman persekolahan. Tapi tahukah anda terdapat banyak manfaat pelukan buat anak dan juga ibu bapa itu sendiri?
Ketahui manfaat pelukan
Ingat lagi ketika anak masih kecil, betapa bahagianya rasa setiap kali memeluk si manja? Indah bukan momen itu.
Tetapi kenapa kini anda jarang memeluk mereka?
Sedangkan terdapat banyak faedah saintifik yang boleh terjadi hasil daripada pelukan hangat penuh kasih sayang itu, khususnya dalam perkembangan emosi, kognitif dan fizikal anak.
Ayuh kita bongkar apakah kebaikan pelukan kepada anak.
1. Memeluk anak menjadikan mereka lebih pintar
Anak memerlukan banyak rangsangan deria semasa otak berkembang dan membesar. Kajian melibatkan bayi di rumah anak yatim menunjukkan mereka mengalami kecacatan kognitif yang teruk.
Tetapi apabila mereka dipegang hanya selama 20 minit sehari untuk tempoh 10 minggu, mereka memperoleh markah lebih tinggi dalam penilaian perkembangan otak. Bayi baru lahir meneroka dunia melalui sentuhan – sentuhan fizikal seperti pelukan dan sentuhan kulit, yang penting untuk perkembangan.
Daripada 5 deria, sentuhan adalah yang pertama berkembang. Jadi manfaat pelukan (antara sentuhan yang sering diberikan), dapat memberikan rangsangan yang diperlukan otak untuk pertumbuhan dan perkembangan normal.
2. Memeluk anak dapat menyihatkan mereka
Anak bukan sekadar memerlukan nutrien mencukupi untuk tumbesaran, tetapi sentuhan fizikal juga adalah penting untuk pertumbuhan.
Tanpa sentuhan, ia boleh menyumbang kepada keadaan yang dikenali sebagai kegagalan untuk berkembang.
Namun sebaik sahaja sentuhan kasih sayang diberikan, proses tumbesaran anak yang tidak sihat boleh berubah kepada sihat dengan cepat – itulah antara manfaat pelukan.
Berdasarkan sains, pelukan mencetuskan pembebasan oksitosin – hormon yang dikaitkan dengan rasa percaya, selamat dan kasih sayang. Apabila hormon itu dihasilkan, ia merangsang hormon pertumbuhan tertentu dalam tubuh.
3. Pelukan menghentikan tantrum
Memeluk anak bukan sahaja baik untuk perkembangan otak dan pertumbuhan fizikal mereka, tetapi ia juga menyokong perkembangan emosi.
Tiada apa dapat menenangkan seorang kanak-kanak lebih cepat daripada pelukan hangat individu yang menyayangi mereka.
Selain itu, pelukan juga cara paling berkesan untuk menghentikan tantrum. Apabila anak kecil mengalami tantrum emosi, mereka melepaskannya sebagai tindak balas kepada sesuatu dalam persekitaran – mereka bukannya degil atau cuba merosakkan hari anda.
Mereka cuma hilang kawalan emosi dan tidak belajar bagaimana mengawalnya. Manfaat pelukan dalam detik-detik ini akan menenangkan, mengajar mereka bahawa anda tetap ada bersama untuk menyokong semasa keadaan sukar dan membantu menghindari daripada berlakunya emotional breakdown.
4. Memeluk anak menjadikan mereka lebih tabah
Semasa dalam kesusahan dan tekanan, adrenalin dan kortisol dirembeskan ke dalam tubuh dan otak. Oleh sebab anak tidak belajar cara mengawal emosi, tekanan berlarutan dalam tubuh boleh mencapai tahap toksik.
Jika ia berlaku, hormon tekanan ini boleh memberikan kesan kepada kesihatan anak dari segi mental dan fizikal.
Ia juga boleh membawa kesan negatif semasa dewasa seperti peningkatan risiko penyakit fizikal serta kemurungan dan keadaan buruk yang lain.
Pelukan mencetuskan pembebasan oksitosin, menurunkan tahap hormon tekanan, menahan kesan negatif ini dan membantu anak mengembangkan daya tahan.
5. Memeluk anak eratkan hubungan dengan ibu bapa
Semestinya pelukan akan mewujudkan ikatan lebih kuat antara anak dengan anda. Pelukan akan meningkatkan kepercayaan, mengurangkan ketakutan dan mengeratkan hubungan – ia manfaat bersama. Memberi dan menerima kasih sayang fizikal ini baik untuk diri anda dan juga anak.
Ikatan ini perlu dipupuk sepanjang masa, walaupun ketika anak sudah membesar, keperluan untuk sentuhan kasih sayang ini tidak akan pernah terhapus.
6. Menguatkan harga diri
Manfaat pelukan kepada anak membantu meyakinkan bahawa diri mereka disayangi. Ia mengembangkan rasa keyakinan diri dan minda positif dalam diri anak.
Gabungan ini akan kekal bersama anak dari zaman kanak-kanak hingga dewasa kelak. Anda juga amat disarankan untuk sentiasa peluk anak bagi meningkatkan keyakinan mereka.
7. Mengajar mengembangkan empati
Apabila anda peluk anak, wujud rasa kehadiran kalian berdua ketika itu – ia menghubungkan perasaan anda dan anak pada tahap emosi dan fisiologi.
Pelukan ini akan mengajar anak nilai empati – ia berlaku apabila mereka mengembangkan pemahaman tentang perasaan anda.
Pelukan itu juga mengajar anak bahawa rasa sayang adalah 2 hala dan dia boleh mempamerkan kasih sayangnya kepada individu lain. Pendek kata, pelukan adalah pengajaran berkesan untuk menunjukkan anak erti mengasihi.
Memeluk anak dengan keinginan hati mereka
Walaupun individu yang ingin kita peluk adalah anak sendiri, tetapi sebaiknya pelukan tersebut haruslah kerana mereka ingin dipeluk – bukan atas rasa keterpaksaan.
Jika ia berlaku atas rasa terpaksa, manfaat pelukan yang dikongsikan di atas mungkin tidak dapat dirasai sepenuhnya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buku Pink ibu hamil mengandungi maklumat kesihatan dan data peribadi yang sulit. Ketahui mengapa ia tidak boleh ditunjukkan sesuka hati serta siapa yang benar-benar layak melihatnya.