Memandangkan sekarang musim PKP, jaranglah kita keluar. Jika perlu pun, hanya ketua keluarga sahaja yang akan keluar. Itu pun biasanya dengan menaiki motosikal untuk lebih mudah. Jadi kereta yang ada, tersadai lama tidak digerakkan.
Macam mana cara untuk menyelenggara kenderaan sepanjang tempoh PKP? Ikuti penjelasan dari PROTON ini seperti yang dikongsikan oleh Berita Harian.
“Kerajaan melanjutkan tempoh PKP sehingga 14 April disebabkan COVID-19. Menerusi PKP, ia bermakna kenderaan anda tidak akan bergerak selama 28 hari,” demikian menurut PROTON.
Berikut adalah beberapa cadangan dari PROTON tentang bagaimana untuk menjaga kenderaan anda semasa PKP:
1. Hidupkan kenderaan
* Perlu diingatkan bahawa, walaupun teknologi kenderaan berkembang pesat, namun satu fakta kekal. Fakta itu adalah, kenderaan perlu dihidupkan secara berkala (tempoh disyorkan adalah setiap tujuh hari) untuk mengekalkan fungsinya.
Ads
* Satu dari komponen asas adalah bateri. Bateri akan menghidupkan kenderaan dan menyediakan kuasa elektrik ke bahagian lain. Jadi, jika enjin tidak dihidupkan secara kerap, alternator tidak dapat mengecas bateri.
* Bagi mengelakkan masalah ini, hidupkan enjin selama 10 minit bagi membolehkan alternator melaksanakan tugasnya. Tetapi jangan menghidupkan pendingin hawa kerana cara ini akan menarik kuasa dari bateri dan mengurangkan proses pengecasan.
* Sebaik selesai, jangan lupa mengunci kenderaan dengan menekan penggera.
2. Periksa tekanan angin tayar
* Tekanan angin tayar perlu diperiksa setiap dua minggu bagi memastikan angin cukup berdasarkan jumlah yang disyorkan. Cara ara terbaik untuk memeriksa mereka adalah dengan menggunakan tolok tekanan tayar atau melihat paparan Sistem Pemantauan Tekanan Tayar seperti yang terdapat dalam PROTON X70. Jika ia tayar berada di bawah tekanan sepatutnya, pandu ke stesen minyak berdekatan untuk mengepam tayar anda.
Ads
* Apabila anda memarkir kenderaan di tempat sama tanpa ada pergerakan selasa beberapa hari, ia boleh mengakibatkan bintik mendatar pada tayar seterusnya menyebabkan tayar kehilangan bentuk. Apabila keadaan ini terjadi, ia akan menyebabkan getaran disalurkan kepada stering apabila memandu walaupun ketika melalui permukaan jalan rata.
* Bagi mengelakkan perkara ini terjadi, gerakan kenderaan ke depan atau ke belakang, sewaktu sedang memanaskan kenderaan.
3. Jaga kebersihan
* Ketika PKP, menjadi satu kemestian menggunakan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) pada tangan dan permukaan yang di sentuh terutamanya dalam kenderaan anda.
Ads
* Selepas sampai ke destinasi, pastikan anda menggunakan langkah nyah-kuman untuk pada permukaan seperti stering, pemegang pintu, suis tingkap dan tombol gear.
* Jika anda memiliki sistem audio dengan skrin sesentuh, sapukan cecair pembasmi kuman pada kain dan sapu secara perlahan-lahan pada permukaannya. Hati-hati, cecair tidak perlu terlalu banyak kerana kelembapan keterlaluan akan merosak permukaan peralatan kenderaan.
* Jika anda memarkir kenderaan di bawah sinar matahari, amalan yang baik adalah dengan mengangkat pengilap cermin.
* Jika pengilap cermin dibiarkan berada pada cermin depan, pemindahan haba dari kaca secara berpanjangan akan menyebabkan getah pada bilah pengelap mengeras dan kurang berkesan apabila digunakan.
Dengan langkah yang mudah diikuti ini, kenderaan anda akan berada dalam keadaan baik. Selepas tempoh PKP tamat, kenderaan anda akan bersedia untuk digunakan untuk ke tempat kerja, menghantar anak ke sekolah atau melakukan aktiviti yang diperlukan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tak kenal dengan Bell Ngasri. Nama yang sinonim dengan watak-watak lucu dan mencuit hati dalam pelbagai drama dan filem tempatan. Kalau sebut je nama Bell, pasti ramai yang teringat lawak bersahaja dia yang sentiasa buat kita tergelak sampai lupa masalah seharian. Tapi kali ni, Bell tampil dengan sisi berbeza yang buat ramai penonton teruja.
Terbaru menerusi perkongsian di Instagram pakmatwesterncafe, Bell tampil dengan membawak perwatakan seorang lelaki serius, pemarah dan sedih. Tiada watak lucu yang sinonim dengan dirinya.
BELL BUAT RAMAI SEDIH & ‘GERAM’
Dalam sebuah babak penuh emosi, Bell melontarkan dialog, “Kenapa Tuhan buat aku begini?” dengan air mata bergenang dan raut wajah penuh kesedihan. Babak tu meruntun hati ramai yang menonton. Pertama kali kita lihat Bell membawakan watak berat sebegini, dan ternyata lakonannya cukup berkesan. Tak sangka, pelawak yang biasa kita lihat dengan gelak tawa mampu membawa watak sebegini!
Meninjau di ruang komen, ramai yang memberi pujian terhadap lakonan Bell dalam watak serius ini. Kata mereka, Bell berjaya membuktikan bahawa dia bukan sekadar pelawak, tapi seorang pelakon versatil yang mampu membawa pelbagai jenis watak. Ada yang kata, “Tak pernah sangka Bell boleh buat aku menangis. Babak tu betul-betul sampai ke hati.”
Namun begitu, ada juga segelintir penonton yang mengakui bahawa walaupun Bell membawa watak berat, mereka tetap rasa nak gelak.
Ini yang membuatkana ada yang ‘geram’ mungkin sebab kita semua dah terbiasa dengan imej Bell yang kelakar. Nak tak nak, aura komedinya tetap melekat dalam minda penonton.
Walaupun ada yang berpendapat begitu, tak dapat dinafikan lakonan serius Bell kali ini membuktikan bahawa dia seorang pelakon yang berbakat besar. Mungkin selama ini, sisi serius Bell jarang diketengahkan. Tetapi dengan watak ini, Bell berjaya memecah stereotaip dan membuka mata ramai tentang kemampuannya.
Apapun, Bell Ngasri kini bukan lagi sekadar ikon lawak. Dia seorang pelakon serba boleh yang telah mencuri hati penonton dengan bakat dan keikhlasannya dalam setiap lakonan yang dibawakan. Teruskan memberi sokongan kepada pelakon berbakat ini, dan nantikan lebih banyak kejutan dari Bell di masa hadapan.
Pemergian 15 bakal pendidik UPSI dalam kemalangan bas menyayat hati di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik Perak, membuatkan seluruh rakyat Malaysia berduka.
Salah seorang mangsa yang juga penuntut Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), allahyarham, Nurly Shahirah Azman, 23, antara 15 mangsa yang meninggalkan kesan mendalam di hati semua.
Menurut abang Allahyarham, Mohd Najmuddin Azman, 28, adik bongsunya itu cukup dikenali sebagai seorang yang sangat mencintai al-Quran malah mengamalkan bacaan kitab suci berkenaan setiap malam sejak kecil.
Menerusi Facebook, Mohd Najmuddin turut berkongsi kisah duka kehilangan adiknya sekaligus berkongsi keperibadian adik kesayangan itu yang cukup disenangi ramai.
Allahyarham, Nurly Shahirah Azman.
“Dik semua cikgu-cikgu kau dari sekolah rendah hingga menengah call beritahu kau sangat baik dengan orang.
“Dengan keluarga kau paling baik dik. Adik-beradik nak apa kau terus buat tanpa banyak bicara.
“Ramai sayang kau dik. Benarlah orang yang menjaga al-Quran ALLAH saying.
“Berpusu-pusu media call aku dik tanya apa amalan kau. Ada media beritahu dekat tempat kejadian wangi sangat.
“Dik, kau jaga al-Quran sangat baik. Kau tidak pernah miss mengulang al-Quran setiap hari. Kita jumpa di syurga ya. Kami sayang kau. Tenanglah kau di sana,” kongsinya.
Beliau juga turut berkongsi tahriri (al-Quran tulisan tangan) milik Allahyarham.
“Antara koleksi arwah tahriri. Arwah suka mengulang bacaan al-Quran dan arwah tulis satu al-Quran guna tangan untuk kuatkan hafalan.
Terdahulu, seramai 15 pelajar universiti terbabit disahkan maut dalam satu kemalangan tragis yang melibatkan sebuah bas dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza.
Bas dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu itu yang membawa 44 adalah penumpang dalam bas merangkumi 42 pelajar UPSI, seorang pemandu dan seorang pembantu.
Sumber: Najmuddin Azman
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebut soal anak, ini antara salah satu soalan yang sensitif. Begitu juga yang berlaku pada pelakon Izzue Islam yang hampir sembilan tahun mendirikan rumah tangga dan sudah lali dengan soalan tentang anak.
Melewati usia 32 tahun, Izzue mendedahkan dirinya sama sekali tidak pernah terasa hati apabila orang bertanya soal anak asalkan tidak berbunyi sindiran.
Semasa ditanyakan soal pengambilan anak angkat, izzue sebelum ini pernah memikirkannya bersama isteri, namun enggan menanggung risiko kerana bimbang tidak mampu lunaskan tanggungjawab akibat jadual waktu yang padat.
Oleh kerana berfikiran seperti itu, pasangan berkenaan terpaksa menangguhkan dahulu hasrat mereka untuk mengambil anak angkat.
Dalam pada masa yang sama, Izzue turut memberitahu keluarganya sama sekali tidak pernah membangkitkan soal anak serta tidak mendesak untuk segera mempunyai cahaya mata.
Kalau orang cakap, anak adalah punca bahagia, kami pula mempunyai pendapat sendiri. Kebahagian itu boleh dicipta, meskipun tanpa kehadiran cahaya mata.
“Alhamdulillah, saya bahagia dengan kehidupan sekarang. Cuma, sudah tentu ia akan menjadi lebih bermakna apabila dikurniakan anak.
Pelakon drama Rindu Kasih itu juga meluahkan rasa syukur kerana masih bahagia, biarpun hanya hidup berdua bersama isteri.
Sekadar info, Izzue Islam dan isteri, Awin Nurin telah mendirikan rumah tangga sejak tahun 2013.
Kisah benar Nourul Depp kanser membuka mata wanita tentang pentingnya pemeriksaan awal, keputusan berani membuang rahim dan ovari, serta perjalanan pulih yang penuh kekuatan dan inspirasi.