Nama SUGA dari kumpulan terkenal BTS memang tak perlu diperkenalkan lagi.

SUGA sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila tampil menyumbang sebanyak 5 bilion won, bersamaan kira-kira RM17 juta, kepada Hospital Severance, Universiti Yonsei, Korea Selatan. Sumbangan besar ini adalah bagi menubuhkan sebuah Pusat Rawatan Khas Kanak-Kanak dan Remaja dengan Autism Spectrum Disorder (ASD) di Seoul.

SUGA BTS Sumbang 5 Bilion Won Tubuh Pusat Rawatan Autisme Di Seoul

Pusat Rawatan Min Yoongi, Hadiah Istimewa Untuk Anak-Anak ASD

Menariknya, pusat rawatan ini akan dinamakan sebagai Pusat Rawatan Min Yoongi, mengambil sempena nama sebenar SUGA sendiri, sebagai tanda penghargaan atas sumbangan beliau. Majlis pecah tanah bagi pusat ini telah pun berlangsung pada 23 Jun lalu di Daerah Seodaemun, Seoul. Pusat ini dijangka mula beroperasi pada bulan September tahun ini, memberi harapan baru buat anak-anak dan keluarga ASD di Korea.

Lengkap Dengan Terapi Psikiatri & Program Khas

Apa yang lebih membanggakan, pusat ini bukan sekadar tempat rawatan biasa. Ia bakal menawarkan pelbagai rawatan dan terapi termasuk terapi psikiatri, terapi bahasa, terapi psikologi dan terapi tingkah laku, semuanya direka khas untuk membantu anak-anak ASD mengembangkan kemahiran sosial dan mencapai tahap berdikari.

SUGA BTS Sumbang 5 Bilion Won Tubuh Pusat Rawatan Autisme Di Seoul

Ads

Sebagai bapa atau ibu, kita pasti faham betapa pentingnya sokongan sebegini dalam membentuk keyakinan dan kesejahteraan anak-anak istimewa.

Muzik Boleh Jadi Terapi Untuk Anak-Anak Austisme

Menurut SUGA sendiri, beliau amat bersyukur dapat menjadi sebahagian daripada inisiatif bermakna ini.

“Sepanjang tujuh bulan kebelakangan ini, saya terlibat secara langsung dalam kerja-kerja sukarelawan dan persiapan projek ini. Saya mula faham bahawa muzik boleh menjadi saluran positif untuk meluahkan emosi dan berkomunikasi dengan dunia,” ujar SUGA dalam kenyataan kepada media.

SUGA BTS Sumbang 5 Bilion Won Tubuh Pusat Rawatan Autisme Di Seoul

Ads

Program ‘MIND’ Gabungkan Muzik & Terapi Sosial

Apa yang lebih menarik, pusat ini akan memperkenalkan satu program istimewa dinamakan MIND – singkatan kepada Music, Interaction, Network and Diversity. Program ini dibangunkan bersama Profesor Cheon Keun-ah dari Jabatan Psikiatri Universiti Yonsei.

Melalui program MIND, anak-anak ASD akan dilatih menggunakan alat muzik, menyanyi dan mengekspresikan emosi melalui muzik, di samping mengikuti terapi sosial konvensional. Pendekatan ini terbukti memberi impak positif dalam membantu mereka meningkatkan interaksi sosial serta meluahkan perasaan dengan lebih baik.

SUGA Turun Padang Bermain Muzik 

Bukan sekadar menyumbang dana, SUGA sendiri aktif turun padang. Sejak November tahun lalu, beliau sering meluangkan masa hujung minggu di hospital tersebut, bermain gitar bersama kanak-kanak autisme. Aktiviti ini bertujuan membantu anak-anak menyelaraskan ritma muzik sambil melatih emosi mereka.

Ads

SUGA BTS Sumbang 5 Bilion Won Tubuh Pusat Rawatan Autisme Di Seoul

Sumbangan Terbesar Selebriti Kepada Hospital Kanak-Kanak Severance

Difahamkan, sumbangan sebanyak 5 bilion won ini adalah jumlah terbesar pernah diterima oleh Hospital Kanak-Kanak Severance daripada seorang selebriti. Ternyata, SUGA bukan sahaja idola muzik, malah menjadi contoh terbaik dalam memberi kembali kepada masyarakat.

Semoga usaha SUGA menjadi inspirasi buat lebih ramai pihak untuk tampil membantu anak-anak istimewa, bukan hanya di Korea, malah di seluruh dunia termasuk Malaysia. Kita yakin, apabila masyarakat bersama-sama menyokong dan memberi peluang, anak-anak ASD mampu hidup lebih berdikari, ceria dan dihargai.

Terima Kasih SUGA! Semoga Lebih Ramai Selebriti Ikut Jejak Ini.

BACA LAGI : “Anak Saya Bukan Nakal, Tapi Istimewa” Ketahui Tanda Anak ADHD & Autisme!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI