Bekas simpan sayur sebenarnya akan membuatkan ruang di dalam peti sejuk sempit dan menyukarkan ibu-ibu untuk mengeluarkan bahan yang ingin digunakan. Tambah pula bila si kecil sudah boleh makan. Tentu stok makanan untuk si kecil lebih banyak.
Jadi untuk memudahkan kerja para ibu di rumah, Puan Mishalie Daniel telah berkongsi cara penyimpanan bahan masakan terutama stok makanan si kecil dengan mudah dan teratur. Ikuti perkongsian menarik dari beliau.
Harini takda menu masakan, mami hanya masak bubur ayam je untuk cik ruby. Yang ni pulak mami just nak share dgn mommies-mommies semua cara mami packing dan simpan bahan makanan untuk cik ruby. Jimat banyak ruang kalau packing mcm ni.
Ads
Carrot, Keledek purple, Butternut squash, Brokoli, Serai, Peas, Sawi, Tomatoes, Celery, Daun kari, Halia, Daun limau purut, Baby spinach dimasukkan ke dalam Ikea Istad plastic bag/snack bag.
Ads
Ni cara simpan dalam peti sejuk. Letakkan di bahagian chiller.
Ads
Ni lauk-lauk Cik Ruby untuk minggu ni. Daun limau purut dan daun kari better masukkan dalam freezer untuk tahan lama. Mungkin ada yang tertanya-tanya letak dalam freezer dengan plastik tu daun tu tak jadi lembik ye lepas kena air? Jawapnya tak, daun akan jadi kering beku, nanti nak pakai baru ambik lepastu terus simpan freezer balik ye.
Tanyalah mana-mana ibu sekalipun, pasti berdepan dengan masalah ini. Anak terlebih suka makan telur goreng. Senang bagi ibu, tidak perlulah memasak makanan yang lebih berat untuk anak. Namun jangan dibiarkan anak makan telur sahaja, tambahkan sedikit zat lain buat anak.
Menyorokkan sayur ke dalam telur dadar goreng ini antara ilham yang boleh mama contohi dalam menu anak. Tip ini bukan sahaja sihat pada anak-anak kita bahkan cara bijak untuk pastikan anak makan sayur. Kuncinya cincang sayur hingga halus dan masukkan ke dalam telur dadar. Sedap!
Nak tambahkan rasa sedap lagi, boleh tambahkan kepingan keju dan sedikit susu tepung anak. Bancuh sekali dan hasilnya gebu lain macam. Sedap terangkat.
Bahan-bahan: 1 biji telur Sedikit brokoli -dicincang halus 1 sudu besar marjerin 1 keping keju
Potong dan cincang brokoli halus dan gorengkan sekejap. Angkat.
Pecahkan telur dan masukkan brokoli serta keju. Pukul rata hingga sebati.
Cairkan marjerin di dalam kuali dan goreng telur dadar hingga masak.
Wallah..sedap! Bukan anak saja bertambah, mak ayah pun laju.
Tip Sedapkan Telur Dadar
Tambah Air
Tambahkan sedikit air ketika memukul telur. Air dikatakan dapat membuatkan telur menjadi lebih gebu dan sedap.
Letak Susu Tepung
Selain keju, memasukkan sedikit susu tepung ke dalam bancuhan telur dadar juga membuatkan telur menjadi lebih enak dan lemak rasanya. Tak perlu tambahkan garam untuk anak. Sedap.
Cara Tuang Tepat
Bagi memastikan telur dadar lebih garing dan sedap, pastikan minyak betul-betul panas dan tuangkan bancuhan telur lebih tinggi. Cara ini buat telur lebih garing dan rangup.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada ibu yang akan berpantang tak lama lagi? Masih berkira-kira nak sediakan menu berpantang sendiri. Apa kata jadikan kudapan serunding halia salah satu pelengkap hidangan ibu dan dinikmati bersama dengan nasi.
Serunding halia ni bukan untuk ibu berpantang je, tapi bagi yang tak berpantang pun elok juga kerana boleh buang angin dan sebagai snek sihat. Nak tahu macam mana caranya, ini resipi yang dikongsikan oleh Masfaliza Ab Jaafer via MAHN.
Sumpah sedap guys serunding halia nie.. Buat makan kudap-kudapan. Kalau kita buat sendiri, boleh letak bahan-bahannya lebih. Rasanya yang garing-garing pedas menyengat, padu!!
Di sini CikAyu sertakan resepi seperti yang CikAyu janjikan. Selamat mencuba guys.
Antara bahan-bahan untuk buat serunding halia:
Halia tua (Tips: cari halia yang tak begitu tua dan yang panjang-panjang supaya mudah untuk disagat.)
Ikan bilis
Garam bukit
Perencah hilal
Minyak masak
Okey semalam rezeki CikAyu dapat halia yang cantik dan panjang-panjang. Mudah untuk disagat dan cantik kejadiannya. Selepas sagat, letakkan sedikit garam bukit dan digaul rata.
Tengok teksur halia nie selepas disagat. Hasilnya nanti pasti anda akan jatuh hati dengan serunding halia nie
Lepas habis sagat, perah air halia nie sekuat hati. Kita nak ambil halia tu je. Air halia tu buang ye. Lepas proses perahan ni cepat-cepat sabun tangan ye, kalau lambat nanti confirm tangan anda akan rasa pijar.
Panaskan minyak. Kena guna minyak yang banyak untuk mendapatkan tekstur yang cantik untuk serunding halia nie.
Okey ni halia yang dah kecik, takut pulak nak sagat, mau berdarah tangan pulak nanti. Baki halia nie boleh kita tumbuk, blender atau gunakan chopper. Proses masih sama, perahkan air halia ni.
Gunakan api yang besar untuk dapatkan tesktur serunding yang garing dan cantik.
Agak-agak dah warna seperti dalam gambar cepat-cepat angkat ye puan-puan.
Tengok hasil serunding nie.. Cantikkan!! Tapiskan lebihan minyak ini dahulu ye
Ikan bilis digoreng garing dan dikisar. CikAyu gunakan chopper je. Mudah dan pantas
Selepas dikisar, gaulkan sebati ikan bilis dan sedikit serbuk hilal pada halia tadi. Sebelum itu, toskan halia yang digoreng dengan tisu dapur untuk buang lebihan minyak.
Hasil kejadian selepas digaul mesra. Sedap dimakan begitu saja.
Kalau dirumah dah ada bawang putih crispy boleh gaulkan bersama-sama serunding tadi. Ini lagi ummphhh..
Serunding halia dengan garlic crispy
Kalau garing macam gini sepinggan pun boleh makan seorang.. fuh panas perut. Tengok pun dah nampak garingnya!!
Kredit: Masfaliza Ab Jaafer via MAHN
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketika dalam pantang, terasa juga nak makan manisan. Kalau brpantang ikut adat, mungkin ada sesetengah kuih manis atau menu berasaskan tepung akan dielakkan. Namun sebenarnya boleh dimakan asalkan dalam kuantiti sederhana.
Salah satu manisan yang sedap dan mudah untuk disediakan adalah Tangyuan. Ia merupakan sajian manisan tradisional masyarakat Cina. Diperbuat dari tepung pulut dan kemudian dimasak untuk dimakan bersama air sirap atau kuah panas. Ada sesetengah orang akan meletakkan iti di dalamnya atau dibiarkan kosong.
Kalau nak belajar cara membuatnya, Seeti Hajar ada berkongsi resipi Tangyuan;
Tangyuan Halia
Sapa dalam pantang dapat makan kuih ni..
Bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut
1 cawan air
Secubit garam
1 cawan gula
2 helai daun pandan
Halia mengikut kesesuaian
Pewarna pilihan
Cara membuat:
1. Adun tepung pulut bersama air dan garam. Kemudian boleh masukan pewarna pilihan.
3. Bulat-bulatkan adunan.
2. Panaskan air sehingga mendidih dan masukkan adunan yang dibulatkan. .
4. Sirapnya daun pandan dan gula dimasak dalam air.
5. Masukkan halia dan masak seketika. Siap!
Sis letak halia yang dipotong halus. Masuk banyak juga untuk ‘halau’ angin. Lepas makan automatik sendawa. Angin keluar atas bawah. Sesuai utk orang berpantang.
Sambil makan bolehlah bantu keluarkan angin. Kalau banyak angin dalam badan memang tak selesa. Rasa lenguh-lenguh dan tak bermaya. Kalau buat Tangyuan ni tidaklah terasa sangat kalau terpaksa makan halia. Bolehlah cuba resipi ni nanti!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.