Salah satu menu yang menjadi kegemaran kebanyakan kanak-kanak adalah nasi ayam. Resipinya juga ada pelbagai versi. Rasa sedap, nak buat pun tidaklah sesusah mana. Melalui perkongsian di laman Facebook, Khairul Abdullah atau superdaddy berkongsi resipi nasi ayam yang selalu dia sediakan untuk anak-anak.
Jom, tengok caranya!
“Bila anak petik nak makan nasi ayam aku ada 2 option. Pertama samada aku order nasi dari Chicken Rice Shop atau kedua, aku buat sendiri nasi ayam bodo yang supersedap. Memandangkan semua bahan ada, terus aku bersilat.
Kejap jer siap sebab ini adalah spesis One Pot Nasi Ayam, yakni jenis masak sekali harung atau sekali jalan ni. Mana taknya, semua campak satu periuk sahaja. Terus siap nasi dan lauk. Mudah yakmat. Cara nak buat dia ni kalau nubis buat pun kompom sedap.”
Dua pilihan ayam, stail Hainan atau digoreng
Bahan-bahan yang kena ada untuk buat nasi dan lauk:
1 ekor ayam saiz kecil, dibersihkan dan potong 4 atau 8 dan perap dengan sedikit garam. Trim bahagian kulit berlemak dan potong kecil-kecil biar dapat dalam 2 sudu.
2 pot beras, tak kisah beras apa pun. Cuci dan toskan.
4 ulas bawang putih dihiris nipis
1 inci halia dihiris nipis.
1 helai daun pandan dicarik dan disimpul mati
2 pokok daun bawang.
50gm butter/marjerin.
1 sudu besar minyak bijan.
Cara nak masak dia:
1. Bahagian ayam macam tulang, kaki dan yang kau tak berapa gemar tu kau rebus, masukkan stok/kiub pati ayam dan sepokok daun bawang. Rebus sampai lembut elok dan ketepikan.
2. Panaskan butter dan minyak bijan kemudian goreng lemak ayam sampai keperangan dan masukkan bawang putih halia dan daun pandan lalu goreng lagi sehingga naik bau.
Tumiskan segala bahan tumisan sehingga keperang-perangan
3. Kemudian masukkan baki daun bawang yang kau dah potong lalu kacau sekejap dan terus masukkan beras dan kacau sebati. Masukkan air rebusan ayam tadi dan sukatan dia ikut jenis beras yang kau guna. Masukkan sedikit garam atau boleh jika nak masukkan 1-2 sudu pati ayam dan kacau sebati.
Ads
Masukkan beras pilihanTambahkan air rebusan ayam
4. Jika nak masak dalam periuk elektrik maka bolehlah transfer sekarang. Kemudian susun ayam di bahagian atas tu elok-elok. Tekan on. Kalau masak periuk biasa, perlahankan api dan tutup periuk. Biar masak.
Siap dah.
Nasi elok berderai, bau harum semerbak!
Ayam tu kalau jenis tak suka ayam putih moist gitu, keluarkan dari periuk, buang sisa nasi yang melekat dan goreng dengan api yang kuat sekejap sahaja sampai nampak garing dan rangup. Keluarkan dan potong untuk dihidangkan.
Cara nak buat sambal:
Masukkan 2 biji cili merah, 2 ulas bawang putih, 1 inci halia, 1 biji tomato, perahan limau dan juga sedikit air rebusan ayam dan blend. Siap.
Ads
Cara nak buat kicap:
Goreng 2 ulas bawang putih dan sedikit halia guna minyak bijan sehingga keperangan. Angkat dan masukkan dalam mangkuk. Tambah sos tiram, kicap, sedikit gula, sedikit air rebusan ayam lalu kacau sebati.
Siapp.
Cedok nasi, potong ayam dan hidangkanlah dengan hirisan timun, tomato daun bawang dan daun ketumbar.
Biskut florentine campuran pelbagai jenis kekacang adalah kudapan/biskut kekacang yang sangat rangup dan sangat mudah cara membuatnya. Masa penyediaan lebih kurang 15 minit ikut kepanasan oven masing-masing.
Sebenarnya biskut florentine ni hanya memerlukan beberapa jenis kekacang dan juga tepung florenta untuk membuatnya. Kalau beli biskut ini agak mahal. Jika anak-anak pun suka ada baiknya buat sendiri.
Walaupun modal nak buat biskut ni agak besar berbanding biskut lain, tapi sangat menguntungkan bila dah siap. Cara buatnya pun senang tak perlu nak uli. Cuma gaul semua jenis kekacang dengan tepung florenta dan bakar.
Perkongsian melalui FB Haslina Binti Hamid melalui MAHN boleh membantu ibu yang masih belum tahu lagi cara nak membuat biskut ni.
Resipi ni boleh menggunakan paper cup yang jenis licin di dalamnya. Barulah tak melekat bila dah masak. Setiap sukatan yang nak dimasukkan ke dalam paper cup kena sama. Contoh jika satu sudu semua kena letak satu sudu sampailah habis.
Jika rasa renyah, boleh letakkan terus dalam tray-lambak-bakar-potong dengan pisau masa panas-panas-siap!! cepat sikit habis, cepat siap! Terpulang pada anda suka yang jenis macam mana ya.
Gaul semua sekali, boleh la masuk cup @ loyang(kalau loyang kena alas baking paper eh, senang nak angkat panas-panas lepas keluar oven & terus potong sebelum ia keras).
Bagi yang gunakan paper cup tunggu sejuk sikit baru tolakkan biskut tu dari bawah ke atas. Barulah simpan dalam botol ya.
Bakar suhu ikut oven masing-masing. Sis punya oven 150 selama 15minit.. alaaa.. Agak-agak dah kuning tu, dah masak la tu.
Jika ke kedai kek, selain kek coklat, Kek Red Velvet antara yang dicari-cari. Kek hebat dengan saduran krim segar di atasnya buat suapan ke mulut terasa cukup sedap. Tak hanya kita, anak-anak pun turut sama menggemarinya. Sedapnya lain macam.
Kos sepotong kek yang agak mahal buat kita terfikir untuk mencuba sendiri di rumah. Barulah puas anak-anak makan. Bagi anda yang hendak mencuba tetapi tak pasti caranya, resipi langkah demi langkah yang dikongsikan oleh Norlailanazira Mohd Agos ini mama wajib cuba. Menjadi!
Mula-mula kita buat ni dulu. Nama dia buttermilk. Apa dia? Buttermilk ya anak-anak.
240g susu cair
1 sudu besar pewarna merah
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka
Bahan B
120g buttercup
150g gula kastor
2 biji telur gred A atau B
Bahan C
250g tepung superfine
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
Bahan D
1 sudu kecil soda bicarbonat
1 sudu kecil cuka
Ini bukan sirap bandung ya. Haa ni lah kejadian buttermilk kita. Biarkan selama 10 min. Kena peram sekejap. Dia akan jadi tekstur macam susu basi. Nak rasa? Silakan.
Ok kita mulakan dengan yang ni. Buttercup dan gula kastor tu kita putar guna mixer. Putar sampai dia jadi pucat dan kembang begini.
Pecahkan telur satu persatu. Putar sampai kembang. Masuk lagi sebiji demi sebiji dan pukul lagi sampai kembang.
Masukkan adunan tepung tadi. Masukkan separuh je tau. Jangan kau humban semua. Kena selang selikan adunan tepung dan cecair. Jangan tanya kenapa. Ikut je. Yang benarnya saya pun tak tahu. Tapi kebanyakan resipi kek memang macam tu. Saya hanya menurut perintah. Putar sampai sebati.
Masukkan buttermilk tadi. Dan masukkan baki tepung tadi. Kacau lagi. Ok dia akan jadi macam ni ye adik kakak.
Saya ni tak rajin nak guna banyak bekas, jadi saya letak soda bicarbonat dan cuka dalam bekas cawan buttermilk je. Tunggu sampai buih tu habis. Tuang dalam adunan tadi. Gaulkan rata.
Saya masukkan dalam 2 loyang saiz 7inci. Nak guna loyang 9 inci pun boleh. Bakar selama 30 minit suhu 170 api atas bawah. Jangan bakar terlalu lama. Nanti kek kering. Asal cucuk kat tengah dia dah tak melekat kat lidi bolehlah keluarkan dari oven.
Tadaaaa dah siap. Helok nampaknya. Tekstur dia bukan macam kek span ya. Dia agak padat.
Inilah hasilnya. Ini juga. Frosting dia boleh guna buttercream cheese.
Sosej sememangnya tidak digalakkan untuk anak makan kerana dikhuatiri kandungan bahannya yang tidak sihat untuk anak-anak kita. Bimbang bahan yang tidak diketahui, apa kata kita hasilkan sendiri sosej kegemaran anak-anak di rumah. Lagi selamat.
Hanya gabungkan sahaja bahan segar dan kukus sebelum digoreng. Nak dapatkan bentuk cantik, gunakan plastik aiskrim seperti yang dikongsikan oleh Pn Noor Saficka ini. Jom cuba!
Anak-anak asyik nak beli sosej je. Hari ni ibu cabar diri buat sosej sendiri. Alhamdulillah anak-anak suka, sosej original dengan sosej cendawan.
Resepi sosej:
2 kg isi ayam
1 labu bwg putih
4 biji telur
6 sb tpg ubi
Cukup rasa secukup rasa
Mix herbs
Cendawan shitake kering rendam (blnder kering).
Blendkan isi ayam dengan telur dan bawang putih.
Kemudian gaul dengan bahan yang lain.
Untuk yang sosej biasa tak payah letak cendawan. Nak letak sayur lain pun boleh, saya tak letak sebab anak tak makan sayur.
Nak pedas boleh tambah cili masa blender ayam tadi ye.
Lepas tu masuk dalam piping bag, pipe kan dalam plastik aiskrim.
Pastu boleh rebus bagi air mendidih dulu baru masuk kan sosej.
Dah masak angkat rendam dalam air sejuk kejab pastu boleh keluarkan daru plastik.
Nak makan boleh la goreng.
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.