Mesti ramai ibu bapa nak tahu apa cara paling mudah nak didik anak bijak kan? Siapa tak nak anak bijak dan cerdik.
“Kagum betul tengok anak Mona. Umur baru 6 tahun tapi macam-macam dia tahu. Kalah kita yang dewasa ni,” kata Meera pada teman sepejabatnya.
Semua ibu ayah mesti nak anak bijak kan? Kalau nak anak bijak, mula-mula sekali ibu bapa kenalah rajin bagi rangsangan yang betul untuk membantu perkembangan otak anak ke tahap yang maksimum.
Semuanya boleh dilakukan asalkan sahaja tahu caranya dan rajin mengamalkannya.
1. Jaga kesihatan anak
Bila badan cergas maka otak pun akan cerdas. Kanak-kanak yang aktif dapat belajar banyak perkara, sentiasa bersemangat dan mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi.
Jadi, ibu dan ayah perlu berusaha meningkatkan tahap kesihatan anak dengan mengamalkan cara pemakanan berkhasiat dan gaya hidup yang sihat.
2. Biar anak bermain dan meneroka
Kanak-kanak secara semula jadi mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Mereka ingin tahu apa sahaja yang ada di sekeliling.
Jangan sekat keinginan anak untuk bermain dan meneroka persekitaran kerana dari situlah mereka belajar banyak perkara.Tapi dalam masa yang sama jaga keselamatan mereka ya!
3. Jaga pemakanan
Makanan turut memainkan peranan penting untuk merangsang anak bijak. Amalkan pemakanan seimbang, berkhasiat dan elakkan anak-anak daripada makan makanan ringan dan segera.
Selain memudaratkan kesihatan kerana kadnugnan gula yang tinggi, garam berlebihan dan pewarna serta pengawet yang boleh meningkatkan risiko pelbagai penyakit, ia turut boleh mengganggu perkembangan otak yang pintar.
Jadi, biasakan beri anak makan makanan yang sihat dan segar terutama buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia membantu perkembangan otak untuk membesar dengan bijak dan sihat.
Ads
4. Belajar menghafal dan perkataan baru
Biasakan bercakap dengan anak menggunakan bahasa yang betul sejak dia bayi lagi. Bila anda kerap berbual dengan anak menggunakan bahasa yang betul, si kecil akan mempunyai kemahiran berbahasa yang bagus.
Tak pelat! Ajar anak perkataan baru setiap hari yang akan digunakan dalam kehidupan seharian. Selain itu untuk meningkatkan kemahiran otak anak, ajar mereka banyak menghafal seperti hafal surah-surah al-Quran, sifir, cerita pendek, lagu dan sebagainya.
5. Galakkan membaca
Dalam dunia teknologi yang semakin meluas sekarang, ramai ibu bapa lebih suka mendedahkan anak pada gajet sehingga kadangkala terlupa untuk menggalakkan anak membaca.
Membaca sentiasa menjadi salah satu cara terbaik meningkatkan tahap kecerdasan otak seseorang yang paling berkesan.
Tetapi untuk mengajak si kecil minat membaca anda mestilah memilih produk yang sesuai dengan peringkat umur anak serta dapat menarik perhatian mereka.
Ads
Kanak-kanak amat menyukai buku yang penuh warna-warni dan sangat interaktif dan ciri-ciri tersebut ada pada Little Adib iaitu buku ensiklopedia kanak-kanak.
Ia sesuai untuk kanak-kanak seawal usia bayi sehingga 7 tahun. Ada 27 buah “board book” yang selamat digunakan oleh kanak-kanak dan boleh merangsang kemahiran motor mereka.
Dengan pelbagai ilustrasi yang sangat menarik serta penggunaan warna-warna yang terang ia dapat merangsang penglihatan kanak-kanak ketika melihat buku ini.
Paling menarik set buku ini meliputi empat topik penting yang menjadi asas kehidupan kanak-kanak iaitu Basic Knowledge, Life Skills, General Values dan Spiritual Values.
Ads
Selain buku, set ini juga didatangkan dengan item bonus seperti buku catatan untuk ibu bapa, set “puzzle” sistem badan, pengukur ketinggian dan kotak penyimpanan buku berbentuk “push car”.
Set Little Adib yang hanya dijual melalui ejen-ejen berdaftar sahaja kini dibuka untuk pre-order dengan diskaun sebanyak 20%.
Jika anda dah lama teringin untuk berniaga sambil jaga anak di rumah, tanpa perlu keluarkan modal, inilah peluang yang mesti direbut. Jana pendapatan dengan menjadi ejen berdaftar Little Adib.
Little Adib mengalu-alukan penyertaan ejen baru. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi HQ Little Adib di talian 03-5101 7480 (Linda) atau email littleadib@karangkraf.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa tak pernah tengok gelagat Fatimah dan Ali, kanak-kanak yang popular di Instagram? Dua beradik yang petah bercakap dan bijak ini kini menetap bersama keluarganya di Birmingham, United Kingdom (UK). Gelagat dua beradik ini bersama seorang abangnya Omar menerusi akaun Instagram yang dikendalikan ibu bapa mereka, @thefamily.uk menjadi hiburan yang menceriakan para pengikutnya.
Siapa yang menjadi pengikut setia instagram keluarga ini pasti tertunggu-tunggu video terbaru gelagat Fatimah dan Ali yang lucu dan menceriakan. Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana agaknya ibu bapa kanak-kanak ini mendidik anak sehingga petah bercakap, bijak dan confident.
Ia turut diakui oleh ibunya Nor Ashila Mahamed Ismail yang lebih dikenali sebagai Mrs Mom dalam akaun instagram ini. Katanya memang ramai ibu bapa di luar sana yang meminta mereka berkongsi tip bagaimana melatih anak-anak untuk petah bercakap di awal usia.
Ali mula bercakap pada usia 9 bulan, sama seperti Fatimah. Tetapi, dia mula meniru beberapa perkataan kami tuturkan semasa usianya baru 6 bulan. Teka apa perkataan pertama Ali? ‘MAH’ (Fatimah)!
Dia adalah anak yang terawal daripada 3 orang anak kami yang pandai bercakap. Tak seperti Fatimah, caranya lebih kepada apa yang kami gelarkan ‘The Master Immitator’. Dia tiru hampir semuanya daripada Idola No. 1 nya, Fatimah! Bagaimanapun dia hanya tahu secara random. Dia akan mengingat banyak perkara yang diperhatikan yang dia rasa catchy dalam bank memorinya, kemudian tunggu pada saat yang betul & mula melontarkan pelurunya, yang mana selalunya akan buat orang ketawa! Ini antara perbezaan besar di antara Ali & Fatimah, kerana Fatimah hanya akan bercakap apa yang difikirkan! Sangat mustahil untuk menyuruhnya ikut cakap kita. Itulah sebabnya kami gelarkan dia ‘BORN TO TALK’!
Kami menerima banyak permintaan daripada ibu bapa di luar sana untuk berkongsi tip kami tentang bagaimana kami melatih anak-anak untuk bercakap di awal usia. Berikut adalah pengalaman kami…
Peraturan No. 1 – ELAKKAN BABY TALK. Kami selalu bercakap dengan anak-anak mengikut cara orang dewasa, walaupun bayi bercakap nada cute dan memikat. Kami mula bercakap dengan mereka sepanjang peringkat kehamilan lagi. Bila anak lahir, mereka kenal suara kami serta merta kerana kami sudah berkomunikasi dengan mereka setiap hari. Kami juga menggunakan intonasi berbeza untuk menarik perhatian mereka.
Peraturan No. 2 – BERTENANG & TERUSKAN BERCAKAP. Sesetengah kanak-kanak mungkin mengambil masa berbanding kanak-kanak lain untuk mula bercakap. Jangan putus asa! Bertenang dan teruskan bercakap dengan anak anda setiap hari – cakap, cakap, cakap & jangan berhenti bercakap! Jangan paksa anak untuk bercakap. Ini akan hanya membuatkan mereka terus menolak untuk bercakap. Sesetengah ‘superstars’ lebih gemar mengambil masa sendiri untuk mengeluarkan suara!
Peraturan No. 3 – DENGAR. Bila anak anda mula bercakap, berikan perhatian. Libatkan diri dengan mereka – elakan komunikasi 1 hala. Biarkan mereka tahu yang anda sangat berminat dengan apa sahaja yang mereka cakapkan.
“Setiap anak mempunyai cara pembelajaran dan kadar yang berbeza. Setiap anak adalah istimewa…mereka hanya akan menyerlahkan keistimewaan mereka pada masa yang berbeza!”
Fatimah Cipta Trending Lagi Dengan Perkataan ‘gapoever’
Terbaru, satu video yang dimuat naik ke akaun Instagram itu memaparkan keletah Ali yang melakukan role play sebagai doktor, cuba merawat masalah alergi yang dihadapi kakaknya, Fatimah.
Apa yang mengelikan hati ramai pengikutnya bukan sahaja aksi comel kedua-duanya tetapi juga penggunakaan perkataan ‘gapoever’ yang digunakan Fatimah.
‘Gapoever’ merupakan gabungan dua perkataan, ‘gapo’ yang bermaksud apa dalam dialek Kelantan, serta perkataan bahasa Inggeris ever, dan gabungan ini merujuk kepada ekspresi whatever dalam bahasa Inggeris yang bermaksud ‘apa sajalah’.
Perkataan itu tiba-tiba sahaja menjadi trending di laman sosial, dan ramai yang tidak dapat menahan rasa lucu tetapi dalam masa yang sama kagum dengan kebijaksanaan dan kreativiti Fatimah.
Memang semua ibu bapa akan mengatakan risau jika anak masih tak tahu membaca lagi. Sebenarnya, persekitaran membaca di rumah adalah penting sebagai lanjutan aktiviti belajar membaca di tadika. Ibu bapa dinasihatkan mengambil tahu dengan bertanya pengalaman kanak-kanak kegiatannya semasa di tadika.
Berikan galakkan kepada anak untuk terus membaca. Ibu bapa jangan merasa kecewa apabila anaknya belum boleh membaca. Dijangka semua kanak-kanak apabila telah mencapai kematangan dalam lingkungan usia sembilan tahun boleh membaca dengan lancar sekiranya diberi bimbingan yang sesuai mengikut keperluan kanak-kanak.
Kanak-kanak dikatakan telah mencapai kematangan dalam lingkungan usia sembilan tahun boleh membaca dengan lancar sekiranya diberi bimbingan yang sesuai
10 TIP MENGGALAKKAN ANAK MEMBACA BUKU
Salah satu cara untuk menggalakkan kanak-kanak membaca ialah:
1.Terangkan kepada kanak-kanak boleh membaca walaupun jika mereka tidak pasti apa yang dinyatakan menerusi cetakan.
2.Pilih cerita yang tahapnya yang biasa dan ia boleh dibacakan semula.
3.Mula dengan membaca gambar, menjelaskan dalam bahasa yang mudah apa yang dilihat. Gunakan pengetahuan anda terhadap jalan cerita dan isyarat visual dalam ilustrasi untuk menerangkan secara perlahan apa yang berlaku.
4.Baca satu halaman pada masa yang sama, berhenti untuk memberi kanak-kanak menyerapkan komen anda.
5.Ajak kanak-kanak yang boleh membaca sendiri untuk membaca halaman selepas anda membaca (gambar) dua atau tiga halaman.
6.Berterusan menggalakkan kanak-kanak yang boleh membaca dan juga yang tidak boleh membaca untuk mengambil bahagian.
7.Bertanya kepada kanak-kanak yang terhenti sewaktu membaca, pandu mereka kepada isyarat visual pada halaman buku.
8.Melalui penceritaan, tanya soalan menggunakan ayat mudah atau sebahagian ayat sahaja.
9.Tunjukkan cara belajar membaca gambar atau ilustrasi. Teruskan membaca ilustrasi sehingga kanak-kanak selesa dengan rutin membaca.
10.Melayani pertanyaan semasa bercerita dengan menjawab dan bincang pertanyaan oleh kanak-kanak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai ibu ayah mengakui sukar untuk berhentikan anak minum susu dalam botol susu walaupun sudah berumur lebih 2 tahun. Ada yang masih lagi minum dalam botol susu walaupun sudah pergi ke tadika!
Mungkin ramai ibu-ibu yang menghadapi dilema anak enggan minum susu dalam cawan dan masih bergantung pada botol susu. Kadangkala akibat ‘malas’ nak layan amukan si anak dan risau anak menolak minum susu jika diberi dalam cawan maka ibu biarkan sahaja tabiat tersebut. Alasannya yang penting anak tak buat ragam!
Bolehkah begitu, apa kesannya pada perkembangan anak?
Tabiat minum susu dalam botol wajar dihentikan ketika kanak-kanak berusia antara satu tahun dan selewat-lewatnya dua tahun. Selepas kanak-kanak berhenti menyusu, perkenalkan kepadanya cara minum susu menggunakan ‘sippy cup’.
Bekas minuman berbentuk gelas yang bertutup ini boleh menggantikan cara minum di dalam botol susu. Penutup di permukaan atas dengan muncung menggantikan puting untuk kanak-kanak menyedut susu atau air dari dalam bekas.
Kalau anda masih teragak-agak atau membiarkan sahaja anak terus melekat dengan botol susu, lebih baik baca dulu sebab-sebab pentingnya mengajar anak minum susu dalam cawan.
1. Menggunakan cawan sedut ini akan melatih kanak-kanak minum air dengan betul apabila menggunakan cawan atau gelas sebenar. Ibu bapa digalakkan mengajar anak menggunakan sippy cup paling awal ketika si kecil berusia sembilan bulan.
2. Semakin awal melatih kanak-kanak menggunakan cawan penyedut maka semakin cepat mereka belajar minum susu menggunakan cawan atau gelas. Cawan ini direka khas untuk kanak-kanak supaya dapat meneguk air dengan betul.
3. Muncung penyedut yang kecil menggelakkan kanak-kanak daripada tersedak ketika minum. Kanak-kanak yang masih kecil boleh menggunakan cawan penyedut yang bertangkai untuk memudahkan mereka memegang cawan.
4. Biasanya ibu atau ayah mudah berubah hati apabila melihat si kecil menangis semasa proses menukar botol susu kepada cawan penyedut. Peranan ibu bapa penting untuk mendidik anak mengubah tabiat menggunakan botol susu.
5. Anak kecil biasanya menguji ibu bapa dengan menangis atau merengek apabila diberi minum susu dalam gelas atau cawan. Sikap ibu bapa yang mudah mengalah menyebabkan kanak-kanak masih terus menggunakan botol susu. Keadaan ini berlarutan dengan sikap manja dan terbawa-bawa hingga ke tadika.
6. Sekiranya masalah tingkah laku ini berterusan hingga ke taska dan tadika ia akan menimbulkan masalah tingkah laku kanak-kanak yang sentiasa ingin diberi perhatian seolah-olah dirinya masih kecil.
7. Anak juga berkemungkinan mudah hilang fokus dan suka bermain di dalam kelas selain tidak faham apa yang cikgu ajar.
Nampak remeh bila bercakap isu anak minum susu dalam botol tetapi rupanya ada kesan terhadap perkembangan si manja.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.