Cara Praktikal Buat Bubur Anak Sekali Dengan Nasi Biasa, Ibu Ini Kongsikan Caranya. Guna 1 Periuk Je Dah Cukup Untuk 2 Jenis Nasi!

Share

Bagi ibu-ibu, cara praktikal melakukan kerja-kerja rumah memang disukai kerana boleh menjimatkan masa khususnya dalam menyediakan sajian anak. Melakukan dua kerja dalam satu masa tentunya berbaloi.

Seperti yang dikongsikan ibu ini, Puan Auji Hairudin tentang caranya meyediakan bubur anaknya sekali dengan memasak nasi untuk keluarga.

Perkongsiannya ini boleh membantu anda menyediakan sajian bayi dan dalam masa yang sama memasak nasi biasa. Bila nasi masak, bubur juga siap untuk dihidangkan kepada bayi.

GUNA CAWAN SERAMIK DILETAKKAN DALAM PERIUK NASI

“Saya memasak dalam cawan seramik dan diletakkan di dalam periuk nasi elektrik. Kini anak saya setahun tiga bulan makan nasi lembik dan cara ini lebih cepat dan praktikal. Sayur dan protein (lauk) saya masak sekali dengan sajian abang dan kakaknya.

“Saya mengajar pada sesi petang. Maka setiap pagi saya akan prepare makanan anak-anak untuk dibekalkan ke babysitter dan rumah nenek diorang,” katanya yang bertugas sebagai seorang guru.

Contoh bekalan nasi lembik yang disediakan Puan Auji kepada anaknya yang diletakkan lauk ikan tenggiri masak kicap, sayur tumis carrot sawi.

CARA MEMASAK DUA JENIS NASI DALAM SATU MASA

  1. Basuh beras dan isikan ke dalam periuk nasi elektrik. Isikan air seperti biasa untuk nasi biasa.
  2. Manakala untuk bubur atau nasi lembik bayi, isikan beras yang sudah dicuci ke dalam sebiji mug seramik dan isikan air (lebihkan paras air).
  3. Sekiranya anda mahukan bubur yang bertekstur agak cair boleh letakkan banyak air dan sekiranya mahukan ia sebagai nasi lembik kurangkan sedikit jumlah airnya.

Sumber: Puan Auji Hairudin

IKLAN