Ramai ibu bapa yang mula risau dengan perkembangan anak lebih-lebih lagi anak yang bakal masuk darjah satu pada tahun hadapan. Jadi bagaimana cara untuk pastikan perkembangan mereka seiring dengan usia? Ikuti perkongsian ini.

RANGSANG OTAK ANAK 0-7 TANPA STRESS

“Saya risau pembelajaran anak saya merosot disebabkan terperap lama di dalam rumah” 😱

Cara Rangsang Otak Anak 0-7 Tahun Tanpa Stress, Anak Lebih Bijak Walaupun Belajar Di Rumah

Saya pasti ramai mak ayah yang mempunyai anak yang sudah berada di pra-sekolah dah mula risau akan pembelajaran anak terganggu disebabkan PKP.

Jadi, kali ini saya nak kongsikan bagaimana mak ayah boleh rangsang kognitif anak stress. Tips yang saya beri bukanlah tertumpu hanya pada pembelajaran akademik untuk skil menulis, membaca dan mengira semata-mata tetapi lebih kepada perkembangan kognitif (kemahiran berfikir).

Sepanjang PKP ini, ramai mak ayah yang kongsikan aktiviti-aktiviti anak sepanjang di rumah tapi kadang-kadang saya rasa sayang sangat bila kesungguhan mak ayah dah ada tapi aktiviti pula tak sesuai dengan umur anak. 😅

Contohnya anak yang berumur 4 tahun ke atas lebih sesuai main/belajar mengasingkan jenis kategori sayur, buah, binatang ataupun kenderaan berbanding hanya main permainan mengasingkan jenis warna (colour sorting).

TAHAP PERKEMBANGAN KOGNITIF (JEAN PIAGET) DAN TIPS SAYA:

👶 0 HINGGA 2 TAHUN 👶

– Pembelajaran menggunakan sistem deria dan pergerakan fizikal. 🏃‍♂️

IKLAN

Tips saya:

1. Banyakkan rangsangan deria dan pergerakan untuk anak belajar tentang persekitaran.
Boleh rujuk artikel saya “Nak Anak Bijak”.

2. Normal anak nampak terlebih aktif semasa di tahap ini sebab setiap pergerakan adalah pembelajaran bagi anak.

Saya lebih risau bila anak tak banyak bergerak dari anak banyak bergerak 🏃‍♂️🏃‍♂️🏃‍♂️
✅ EXPERIMENT
✅ EXPLORATION
✅ EXPERIENCE

3. Selagi “tangki” keperluan rangsangan deria dan pergerakan anak tak penuh, selagi itu anak akan susah fokus duduk setempat.
Selagi anak tak puas masukkan benda dalam mulut, selagi itulah anak tak akan berhenti. 👅


4. Fasa ini, disarankan anak belajar sambil bermain.
Anak 2 tahun ke bawah tak akan cepat bosan sebab waktu ini semua yang anak nampak adalah “mainan” bagi mereka melainkan mak ayah yang membosankan. 🤭

IKLAN

5. Rangsang minat anak dahulu sebelum fokus aktiviti membaca atau mengira.
Setiap anak berbeza, tak salah untuk mak ayah ajar anak awal tetapi pastikan perkembangan yang lain normal dan anak menunjukkan minat terhadap aktiviti membaca dan mengira.

👶 2 HINGGA 6/7 TAHUN 👶

  •  Mula menggambarkan dan merancang pergerakan atau aktiviti.
  • Anak juga sudah mula belajar sesuatu melalui bahasa dan pertuturan tetapi dalam masa yang sama mereka masih tidak boleh menapis maklumat yang diterima lagi.
  • Belum boleh berfikir secara logik dan rasional.
  • Lakukan aktiviti mengikut kesesuaian umur dan tahap anak.

Tips saya:

1. Banyakkan bercerita dengan anak tentang perkara yang berlaku di sekeliling anak kerana waktu ini anak dah mula boleh belajar melalui bahasa.

Semakin banyak kita bercakap dengan anak ➡️
semakin banyak kosa kata yang anak belajar ➡️
semakin bagus skil bahasa anak ➡️
semakin banyak yang anak boleh faham tentang apa-apa yang berlaku di sekitarnya ➡️
semakin berkembang cara pemikiran anak

2. Jangan paksa anak duduk lama untuk belajar sesuatu sebelum rangsang minat anak nak belajar.
Minat dahulu ➡️ duduk belajar

IKLAN

3. Panjangkan waktu anak perlu habiskan setiap tugasan mengikut umur dan skil fokus anak. Purata skil fokus, 1 tahun : 3 minit. Contohnya anak 3 tahun, sepatutnya boleh fokus selama 9 minit. Jika anak boleh fokus lebih lama, lebih baik. 🎉

4. Kawal pendedahan gadget dan TV, pastikan rancangan bersesuaian dengan umur anak dan mak ayah menonton TV/gadget bersama-sama anak.
Limit 1 jam sahaja SEHARI.

Jika mak ayah faham tahap dan konsep bagi merangsang kognitif anak, tak perlu pun keluarkan modal yang besar untuk mengajar anak. Cukup dengan selalu “membebel” dengan anak pun boleh bantu dalam perkembangan otak anak.

Koleksi Tupperware mak ayah di dapur pun boleh jadi modal 😍

Boleh ajar anak:
– Warna
– Bentuk
– Mengira
– Susun dari besar ke kecil dan sebaliknya
– Fungsi
– Memindahkan apa-apa ke bekas yang lain dengan menggunakan pelbagai peralatan yang sedia ada seperti senduk, penyepit dll.

Kalau mak ayah ada latarbelakang dalam apa-apa bidang, jangan lupa dedahkan sahaja ilmu pengetahuan yang kita ada kepada anak. Kalau anak tanya soalan yang kita tak tahu, tanya sahaja En. Google 🤣

Jangan lupa manfaatkan teknologi yang ada dalam pembelajaran anak. Contohnya hari itu anak saya (5 tahun) berminat sungguh nak tahu kejadian siang dan malam, hujan, matahari atau kejadian alam, ada perkara yang susah nak diterangkan. Saya buka Youtube dan tonton bersama dengan anak sambil terangkan dengan bahasa mudah.

Saya paling suka ajar anak saya tentang sistem dalam badan dan kaitkan dengan pemakanan sihat, sistem pembuangan atau sistem penafasan sambil beri pendedahan bahaya tercekik atau terjerut leher. Anak ingat tak ingat belakang cerita, yang penting kita ada usaha untuk bantu rangsang perkembangan anak 💪
Jadi, jomlah kita hari-hari rangsang kognitif anak tanpa stress. Terima kasih, silakan SHARE sekiranya bermanfaat 😘

Kredit:Maryam Jamadi, Pediatric Occupational Therapist
BEYOND Home Therapy , Selayang

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI