Cara Rina makan ada warga maya tak berkenan, “Saya tak tahulah, mungkin awak makan dengan cara yang betul seperti seorang Muslim…” Maryam Younarae. Personaliti media sosial, Maryam Younaree sering berkongsi telatah comel anak perempuannya, Rina sedang menikmati makanan yang disediakannya.
Sesiapa sahaja yang melihat ‘gaya’ Rina makan pasti rasa teruja dan kecur liur. Dalam ramai-ramai warga maya yang sering terhibur dengan perlakuan Rina yang mencuit hati ketika menikati makanan, ada seorang pengguna media sosial yang kurang senang dengan cara Rina makan. Individu tersebut telah meninggalkan komen pada salah satu video yang dimuat naik.
Tolong ajar dia cara makan yang betul kerana kita adalah muslim. Terima kasih.
“Saya Tak Tahulah, Mungkin Awak Makan Dengan Cara Yang Betul Seperti Seorang Muslim…” Maryam Younarae
Tidak hanya berdiam diri, pempengaruh yang berasal dari Korea Selatan itu kemudian memberi respon ringkas kepada individu tersebut.
Saya tak tahulah, mungkin awak makan dengan cara yang betul seperti seorang Muslim ketika berusia dua tahun enam bulan..baguslah.
Isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah merasa paling bahagia bila dapat bercuti bersama anak-anaknya.
Tambah Watie lagi, dia mempunyai sebab tertentu bila mana lebih gemar bercuti bersama anak-anak.
Menerusi Instagramnya, Watie berkongsi cerita ketika bercuti baru-baru ini bila mana menerima pelbagai kiriman Whatapps dari anak-anaknya bila berjauhan.
“Antara sebab kenapa kalau boleh bila berjalan Mummy nak bawak anak-anak bersama. Mummy pulak sejenis hati tisu.
“Dapat mesej begini pagi-pagi terus berfikir sepanjang jalan. Lepas tu tu Mummy pulak tak boleh kena tinggal dengan Daddy. Membontot sahaja kerjanya. Terpaksalah tinggalkan anak-anak.
“Inilah anak yang hari-hari mesti tanya, Mummy lagi sayang siapa. Siapa anak favourite Mummy.
“Letih Mummy nak explain yang mak ayah ni tak ada istilah ada anak favourite. Mesti kena sayang semua sama rata. Tak ada lebih tak ada kurang,” katanya berkongsi.
Berusaha jadi ibu yang terbaik
Berkongsi kisah anak-anak yang sedang membesar, Watie juga turut berkongsi caranya mendidik mereka. Malah dia juga sama seperti ibu lain yang ada waktunya tegas dengan anak-anak.
“Mummy simpan sini buat kenangan. Mana tahu esok-esok hp hilang, data hilang.
“Nanti Dekta dah besar panjang, dah jauh dari Mummy, ingat tau yang you pernah rindu & sayang Mummy sangat dan Mummy love u soooo much too!
“Pada yang tanya Mummy tak pernah marah ke, tak pernah garang ke, Mummy garang jugak. Anak-anak pun tahu.
“Tapi Mummy bersyukur sangat sebab anak-anak boleh bezakan bila yang Mummy perlu garang macam mak-mak lain, bila yang Mummy akan manjakan dorang, bila Mummy perlu jadi kawan & bila yang Mummy pun kadang jadi kanak-kanak macam anak-anak.
“Mummy banyak kekurangan, sometime Mummy rasa Mummy tak pandai macam mak lain dalam mendidik supaya anak-anak jadi anak yang pandai. tapi Mummy belajar banyak dari Daddy bab kasih sayang.
“Daddy selalu cakap bila anak penuh kasih sayang, Insha Allah dia akan jadi anak & orang yang baik sebab dalam hidup ini menjadi orang yang punya hati baik adalah lebih baik dari yang selainnya,” katanya lagi.
Terdahulu Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023 di Putra Glass House, Putra Heights.
Untuk mommies yang ada anak dalam fasa merangkak, bolehlah join Baby Merangkak Race! Yuran penyertaan hanya RM20 dan anda akan menerima goodies istimewa.
Anak penghantar makanan dapat anugerah peminjam buku terbanyak Selangor. Seorang pelajar berusia 13 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Gadong, Klang mencatat pencapaian membanggakan apabila dinobatkan sebagai peminjam buku terbanyak di Selangor, selepas berjaya meminjam sebanyak 1,378 naskhah buku sepanjang tahun lalu.
Alif Zachary Mohd Arif, anak kepada seorang penghantar makanan, berkongsi bahawa kecintaannya terhadap buku telah menjadikan Perpustakaan Awam Selangor di Sungai Udang, Klang sebagai tempat kegemarannya sejak berusia enam tahun. Terletak hanya sekitar 30 meter dari rumah, perpustakaan itu dianggapnya sebagai ‘rumah kedua’.
“Saya mula membaca pelbagai jenis buku sejak kecil lagi dan hingga hari ini, saya masih kerap ke perpustakaan untuk membaca dan meminjam buku kegemaran,” katanya semasa ditemui pada acara Karnival Jom Baca Bersama 10 Minit 2025 yang berlangsung di Pustaka Tun Raja Uda.
Menurut Alif, rutin hariannya diisi dengan aktiviti membaca selepas pulang dari sekolah, sementara waktu malam pula dimanfaatkan untuk menyambung pembacaan selepas menyiapkan kerja sekolah.
ATAS PENCAPAIAN LUAR BIASANYA ITU, ALIF TELAH MENERIMA HADIAH WANG TUNAI BERJUMLAH RM1,000 DALAM KATEGORI KANAK-KANAK.
Alif turut menyatakan aspirasi untuk menjadi seorang guru Sains pada masa hadapan, memandangkan minat mendalamnya terhadap bahan bacaan berunsur ilmiah.
“Saya lebih suka membaca buku fizikal kerana lebih mudah difahami dan memberi impak yang mendalam. Sebagai anak tunggal, saya lebih banyak menghabiskan masa dengan buku berbanding aktiviti lain bersama rakan sebaya,” ujarnya.
Dalam kategori dewasa pula, Nik Hasrol Hafiz Hashim, 39, menerima penghargaan setelah meminjam sebanyak 674 naskhah bacaan sepanjang tahun. Beliau, seorang pengurus peruncitan di syarikat swasta, turut membawa pulang ganjaran wang tunai RM1,500.
Nik Hasrol menjadikan membaca sebagai amalan sekeluarga dan berkata, dia dan isterinya sentiasa menggalakkan anak-anak mereka yang masih kecil – berusia lima tahun dan dua tahun setengah – untuk turut mencintai buku.
“Kami tidak mempunyai televisyen di rumah dan penggunaan gajet juga sangat minimum. Daripada jumlah keseluruhan buku yang dipinjam, sebahagiannya adalah untuk anak-anak kami,” katanya.
Karnival Jom Baca Bersama 10 Minit yang berlangsung selama lima hari bermula 18 April itu merupakan acara tahunan anjuran Kerajaan Negeri Selangor melalui Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS). Tahun ini menandakan penganjuran kali ke-12 program tersebut yang bertujuan untuk menyemai budaya membaca dalam kalangan masyarakat.
Anak gayat bila tempat tinggi, tak duduk diam, mak ayah kena peka ini, jangan abai. Rangsang deria vestibular untuk perkembangan emosi, sosial, dan komunikasi anak. Anak-anak bawah 5 tahun perlu mahir menggunakan deria badan sebelum menguasai asas pra-akademik seperti membaca, menulis, dan mengira.
Baru-baru ini, melalui salah satu hantaran yang dikongsikan oleh pelakon Zahirah MacWilson dilaman Instagramnya, memaparkan anak pasangan Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim iaitu Isaac Raees yang takut untuk panjat ketika berada di taman permainan. Namun reaksi wajahnya berubah apabila dia didukung oleh ayahnya itu.
Deria badan dapat dirangsang melalui bermain. Bermain adalah pekerjaan setiap anak dan fitrah mereka. Mereka belajar melalui bermain. Jadi, anak yang bijak bermain akan dapat menguasai banyak kemahiran seperti kemahiran sosial dan komunikasi, kemahiran motor halus dan motor kasar, kemahiran mengurus diri, serta merangsang perkembangan emosi yang sihat.
Apa Itu Deria Vestibular?
Deria vestibular adalah deria keseimbangan dan pergerakan. Penting untuk mak ayah merangsang deria ini, terutamanya untuk anak bawah 5 tahun. Deria vestibular membantu kita untuk memanjat, berlari, naik basikal, melompat, meniti jambatan, dan semua aktiviti yang melibatkan pergerakan dan keseimbangan badan tanpa jatuh.
Kesannya Jika Deria Vestibular Tidak Dirangsang
Anak-anak yang tidak mendapat rangsangan yang secukupnya berkemungkinan mengalami Sensory Processing Disorder (SPD). SPD berlaku disebabkan otak tidak dapat memproses input yang diterima deria. Input yang sampai ke otak mungkin diproses secara berlebihan (hypersensitive) atau tidak sampai (hyposensitive).
Ramai anak-anak seperti autisme, ADHD, ADD, sindrom down, dan lain-lain mempunyai isu sensori ini. Namun, kanak-kanak tipikal juga tidak terkecuali, terutama pada zaman di mana anak-anak terlebih “screening time”.
Contoh Masalah SPD yang Melibatkan Deria Vestibular
Kategori Pertama: Hypersensitive
*Tak boleh duduk diam. Contohnya, bila dipaksa duduk, anak akan menggoncang kaki.
*Suka buat aktiviti yang laju dan bahaya seperti naik buaian dengan laju.
*Suka goyang badan sepanjang masa (body rocking).
*Suka melompat pada perabot seperti katil dan sofa, trampoline, suka berputar pada kerusi berpusing, dan lain-lain perlakuan aktif.
Kategori Kedua: Hyposensitive
*Tak suka main buaian, gelongsor, dan lain-lain mainan.
*Gayat bila turun tangga atau berjalan atas permukaan yang tak rata.
*Senang mabuk dalam kenderaan yang bergerak.
*Sangat pasif dan kurang aktif.
*Gayat atau takut bila kaki tak cecah lantai atau tanah, contohnya masa main buaian.
Aktiviti untuk Merangsang Deria Vestibular
Trampoline dan Gym Ball: Sediakan peralatan seperti trampoline atau gym ball di rumah supaya anak boleh melompat dan bouncing.
Playground: Kerapkan bawa anak ke taman permainan untuk memanjat, naik buaian, dan naik gelongsor.
Ruang Vestibular di Rumah: Sediakan satu ruang khas dengan gym ball, trampoline, dan monkey bar.
Naik Basikal: Aktiviti yang melibatkan pergerakan dan keseimbangan.
Kerusi Goyang: Duduk atas kerusi goyang (rocking chair).
Kerusi Berpusing: Berpusing atas swivel chair.
Berenang: Aktiviti ini sangat bagus kerana ia merangsang deria lain seperti proprioseptif, tactile (sentuhan), dan perkembangan motor kasar anak.
Aktiviti-aktiviti ini sangat bagus sebagai pemanasan sebelum mengajar anak membaca, menulis, dan mengira. Dengan merangsang deria vestibular, anak-anak akan lebih bersedia untuk menguasai kemahiran pra-akademik dengan lebih baik.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.