Setiap kali dihidangkan makanan, si comel Rina, anak pasangan pempengaruh, Rizal Ibrahim dan Maryam pasti makan dengan cukup berselera malah menghabiskan makanan yang disediakan oleh ibunya.
Rupanya Maryam punya tip dan cara sendiri setiap kali menyediakan makanan buat Rina.
Apa yang penting kata Maryam lagi, dia tidak lupa meletakkan sedikit garam dalam makanan Rina kerana tinggi dengan khasiat. Namun jangan berlebih-lebihan.
Menurut Maryam lagi, sebelum ini segelintir ibu bapa beranggapan ia tidak baik untuk kesihatan kanak-kanak.
Jelasnya, garam mengandungi mineral penting yang diperlukan tubuh badan namun dalam kuantiti yang kecil sahaja.
“Pengambilan mineral amat penting untuk tumbesaran kanak-kanak. Sebab itu saya pastikan pengambilan garam diberikan kepada Rina.
Ads
“Cuma janganlah berlebihan sebaliknya dalam kuantiti yang bersesuaian. Itu yang saya praktikkan dalam pemakanannya. Sekurang-kurangnya satu sudu teh kecil ketika memasak,” katanya.
Malah kata Maryam lagi, dia turut menambahkan ikan bilis, bawang putih dan daun bawang terutama dalam makanan bersup supaya rasanya lebih enak dan sedap.
“Misalnya untuk rasa yang lebih enak pada masakan seperti sup, masukkan ikan bilis dan rebus. Tak ada lah rasa kosong. Selain menaikkan rasa dan bau, ia juga bagus untuk batuk,” katanya lag.
Ads
Tambah Maryam lagi, nasi putih yang dicampurkan dengan sup dan telur menjadi kegemaran anak kesayangannya itu.
“Rina paling suka nasi putih dicampurkan ke dalam sup dan juga telur. Rina hirup hingga licin.
“Jika dia tak mahu makan, saya akan cari sesuatu yang boleh naikkan seleranya untuk makan.
Ads
“Biasanya, saya akan stimkan dalam pressure rice cooker dan rebus dalam satu jam setengah sehingga dagingnya benar-benar lembut. Demikian juga dengan ayam, dia kurang gemar jenis rebus, jadi saya sediakan menu yang bakar. Saya akan cari menu yang disukainya,” katanya.
Terdahulu, Ryzal dan Maryam berkahwin pada 15 Ogos 2019 dan memiliki seorang cahaya mata, Rina yang kini berusia tiga tahun.
Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh. Secara semulajadi, gula boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian. Gula juga terdapat dalam buah-buahan dalam bentuk fruktosa, dan susu dalam bentuk laktosa.
Selain terdapat dalam bentuk semulajadi, gula juga ditambah ke dalam makanan semasa penyediaan atau pemprosesan. Pengambilan gula tambahan tidak diperlukan dalam diet harian kerana gula boleh diperoleh daripada makanan yang mengandungi karbohidrat.
Pada label makanan, gula boleh disenaraikan sebagai sukrosa (sucrose), fruktosa (fructose), sorbitol, manitol (mannitol), sirap jagung (corn syrup), madu (honey), malt, ekstrak malt (malt extract), maltosa (maltose), ekstrak beras (rice extract), molas (molasses) , golden syrup dan inverted sugar.
Apakah saranan pengambilan gula tambahan?
WHO (2003) menyarankan pengambilan gula tambahan tidak melebihi 10% daripada jumlah tenaga harian. Oleh itu, bagi orang dewasa, purata pengambilan gula tambahan yang disarankan adalah tidak melebihi 10 sudu teh sehari (50g).
Gula tambahan yang dimaksudkan adalah monosakarida dan dwisakarida yang ditambah ke dalam makanan dan minuman oleh pengilang-pengilang makanan dan gula yang ditambah semasa memasak dan menyedia makanan.
Apakah corak pengambilan gula di Malaysia?
Berdasarkan Kajian Pengambilan Makanan di Kalangan Orang Dewasa Malaysia 2002/2003, orang dewasa di Malaysia menambah 7 sudu teh sehari iaitu 4 sudu teh gula pasir dan 3 sudu teh susu pekat manis ke dalam minuman mereka. Jumlah gula yang ditambah ke dalam minuman ini sahaja telah melebihi saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Panduan Diet Malaysia yang mencadangkan pengambilan jumlah gula sehari tidak melebihi 50g.
Apakah kesan pengambilan gula secara berlebihan?
Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan.
Pengambilan tenaga harian yang berlebihan dalam jangkamasa yang panjang boleh meningkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti. Keadaan ini akan menjadi lebih serius sekiranya diet harian adalah tinggi lemak dan kurangnya aktiviti fizikal yang dilakukan.
Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health and Morbidity Survey, NHMS) III, 2006 mendapati 29.1% orang dewasa di Malaysia berlebihan berat badan mankala 14.0% pula obes. Ini telah menunjukkan peningkatan berbanding NHMS II, 1996 iaitu masing-masing 16.0% (berlebihan berat badan) dan 4.0% (obes).
Obesiti dan berlebihan berat badan meningkatkan risiko mendapat pelbagai jenis penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi dan sakit jantung.
Prevalen pesakit diabetes dalam kalangan penduduk yang berumur lebih daripada 30 tahun telah meningkat daripada 8.3% pada tahun 1996 (NHMS II) kepada 14.9% pada tahun 2006 (NHMS III).
Gula juga boleh dikaitkan dengan pembentukan karies gigi (dental caries). Data dari Kementerian Kesihatan menunjukkan kadar karies gigi di kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun adalah 76.5% (2005) dan 80.9 % dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 6 tahun (1997).
Apakah saranan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam mengurangkan pengambilan makanan dan minuman kurang gula?
Saranan utama 1
Makan makanan yang rendah kandungan gula.
Cara untuk mencapai
Pilih atau sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.
Gantikan manisan seperti kuih dan kek dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan.
Kurangkan kekerapan mengambil makanan yang bergula.
Elakkan mengambil makanan yang bergula di antara waktu makan utama dan sebelum tidur.
Semak kandungan gula pada senarai ramuan sesuatu produk makanan. Sekiranya gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan, ini menunjukkan gula merupakan komponen utama makanan tersebut.
Saranan Utama 2
Minum minuman yang rendah kandungan gula.
Cara untuk mencapai
Minumlah air kosong berbanding minuman manis seperti air berkarbonat atau air sirap dan kordial.
Hadkan pengambilan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.
Minta untuk kurangkan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis semasa memesan minuman.
Periksa kandungan gula dalam label minuman.
Kurangkan kekerapan mengambil minuman yang bergula seperti air berkarbonat,kordial, cendol dan air batu campur (ABC).
Elak mengambil minuman yang bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.
(Sumber: Panduan Diet Malaysia 2010)
Apakah kesan penjimatan gula kepada kesihatan?
Pengurangan penggunaan gula menjimatkan perbelanjaan dan boleh meningkatkan taraf kesihatan.
Kesan kepada kesihatan individu :
1 sudu teh gula membekalkan 20 kilokalori. Sekiranya seseorang itu mengambil makanan dan minuman yang ditambah dengan 7 sudu teh gula sehari, jumlah pengambilan tenaga tambahan daripada gula adalah 140 kilokalori. Jika tidak digunakan, 140 kilokalori tenaga ini akan ditukarkan kepada 20 gram lemak. Jika pengambilan gula ini berterusan setiap hari dan tenaga yang dihasil tidak digunakan untuk tempoh sebulan, akan terkumpul 600 gram lemak. Jika pengumpulan lemak ini berterusan selama 1 tahun, akan terkumpul 7.2 kilogram lemak berlebihan dalam badan!. Ini belum ditambah dengan pengumpulan lemak daripada makanan yang berminyak, bersantan dan berlemak yang diambil setiap hari.
Untuk membakar 140 kilokalori yang diperolehi daripada 7 sudu teh gula tambahan, seseorang itu perlu berjoging atau berjalan menaiki bukit selama 20 minit, senamrobik selama 30 minit, berbasikal selama 40 minit atau melakukan kerja-kerja rumah yang biasa seperti menyapu sampah, membasuh, memasak dan mengemas selama 1 jam.
Sekiranya seseorang itu mengurangkan pengambilan gula tambahan kepada 3 sudu teh gula sehari (iaitu 1 sudu teh gula bagi setiap cawan minuman dan diambil 3 kali sehari), beliau telah dapat mengelakkan penambahan tenaga sebanyak 80 kilokalori sehari, 560 kilokalori seminggu atau 2240 kilokalori sebulan. Oleh itu, beliau dapat mengelakkan penambahan lemak sebanyak 300 gram sebulan, atau 600 gram dalam tempoh dua bulan atau 3.6 kilogram dalam tempoh setahun.
7 Langkah bijak mengurangkan gula
Minum air kosong bagi menggantikan minuman manis seperti air berkarbonat, air sirap dan kordial.
Hadkan gula, susu pekat manis, susu isian pekat manis dan krimer manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.
Elak menambah gula dalam masakan. Sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.
Elakkan makanan dan minuman bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.
Makan buah sebagai pencuci mulut bagi menggantikan makanan bergula seperti kuih, kek dan bubur.
Baca label dan elakkan produk yang menyenaraikan gula di bahagian awal senarai ramuan.
Pilih produk berlabel “rendah gula” dan “bebas gula”.
Rujukan
Panduan Diet Malaysia 1999. Jawatankuasa Penyelaras Makanan dan Pemakanan Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Recommended Nutrient Intake, 2005. National Coordinating Committee on Food and Nutrition, Ministry of Health Malaysia.
Strategy for the Prevention of Obesity Malaysia 2005.
National Healthy Morbidity Survey III, 2006. Ministry of Health Malaysia.
Malaysian Adult Nutrition Survey, 2002/2003. Ministry of Health Malaysia.
Food Balance Sheet, FAO 2008.
Panduan Diet Malaysia, 2010. Kumpulan Kerja Teknikal Panduan Diet Malaysia. Kementerian Kesihatan Malaysia.
Banyak khasiat ubi keledek terutama untuk bayi. Ibu-ibu yang baru hendak memperkenalkan bayi makanan pejal, jangan lupa masukkan ubi keledek dalam menu makanan. Khasiatnya sangat bagus untuk perkembangan organ si manja.
Ubi keledek dikategorikan sebagai sumber makanan yang mempunyai sebatian berfungsi untuk kesihatan seperti B-Karotena dan antosianin. Penambahan ubi keledek sebagai sebahagian dari ramuan makanan merupakan satu nilai tambah pada produk berkenaan.
Berikut dikongsikan kebaikan ubi keledek kepada kanak-kanak:
1. Ubi keledek bebas gluten (bagus untuk anak-anak yang ada masalah ekzema, asma, leaky gut dan alahan terhadap makanan berasaskan gandum).
2. Kaya dengan karbohidrattapi rendah lemak dan bebas kolesterol, jadi tak perlu risau kalau anak makan banyak sebab tak menggemukkan.
3. Tinggi vitamin A (beta kerotin) yang baik untuk kesihatan mata bayi.
4. Ia juga sumber multivitaminseperti C,E,K, vitamin B1 hingga B6 dan B9 yang diperlukan untuk perkembangan organ badan bayi.
5. Mengandungi potasiium yang tinggi, kalsium dan serat yang tinggi yang baik untuk proses penghadaman. Jadi bayi tak akan mudah sembelit bila makan keledek.
6. Rasa lemak manisnya mesti akan digemari oleh bayi jika anda perkenalkan ia sebagai puri pertamanya.
7. Mudah dan cepat dimasak sama ada direbus atau gril. Selain itu ia juga murah dan mudah diperolehi.
Jadi, ibu-ibu semua silalah masak ubi keledek untuk si manja. Kalau tak ada idea, ini LIMA resipi berasaskan ubi keledek yang anda boleh cuba.
PURI KELEDEK DAN KACANG PUTIH
Bahan-bahan:
Sebiji keledek bersaiz sederhana
Secawan kacang putih mata hitam
Sedikit kulit kayu manis
Cara penyediaan:
1.Keledek pula dikupas, dipotong dadu dan kukus sehingga masak.
2.Kacang pula direbus dengan kulit kayu manis sehingga empuk.
3.Kisarkan semua bahan dan puri siap untuk dihidangkan atau dibekukan.
PURI KELEDEK DAN AYAM
Bahan-bahan:
Sebiji keledek bersaiz sederhana
Secawan isi ayam tanpa tulang
½ ulas bawang putih
Sedikit halia (opsyen)
Cara penyediaan:
1.Ayam dibersihkan dan dipotong dadu.
2.Manakala keledek pula dikupas dan dipotong dadu.
3.Kukuskan semua bahan sehingga masak.
4.Kisarkan semua bahan dan puri siap untuk dihidangkan atau dibekukan.
PURI KELEDEK, SALMON DAN PIS
Bahan-bahan:
Sebiji keledek bersaiz sederhana
Secawan kacang pis
½ keping salmon tanpa tulang
Cara penyediaan:
1. Keledek dikupas dan didadu.
2. Stimkan keledek dan kacang pis sehingga empuk.
3. Kisarkan dua bahan ini.
4. Sementara itu kukus salmon berasingan.
5. Hancurkan isi salmon dengan garpu dan kemudian gaulkan bersama dengan puri.
6. Siap untuk dihidangkan atau dibekukan.
PURI KELEDEK, EPAL DAN KACANG DAL
Bahan-bahan:
½ biji keledek
Sebiji epal
1/3 cawan kacang dal
Cara penyediaan:
1.Stimkan keledek dan epal.
2.Kacang dal pula direbus hingga empuk.
3.Kisarkan semua bahan dan puri siap untuk dihidangkan atau dibekukan.
PURI KELEDEK DAN EPAL
Bahan-bahan:
Sebiji keledek bersaiz sederhana
Sebiji epal
Cara penyediaan:
1. Keledek dan epal dikupas dan di dadu.
2. Stimkan sehingga empuk.
3. Puri siap untuk dihidangkan atau dibekukan.
Moga idea-idea ini dapat membantu mama menyediakan makanan yang berkhasiat untuk anak-anak. Variasikan jenis makanan supaya anak-anak tidak mudah jemu.
Anak sulung selebriti terkenal Indonesia, Nikita Willy iaitu Issa Xander Djokosoetono yang baru berusia 6 bulan sudah pun diajar makan sendiri atau dikenali sebagai baby led weaning (BLW) yang mana memerlukan bayi tersebut menyuap makanan sendiri tanpa bantuan penjaga.
Difahamkan, cara didikan dikenali sebagai baby led weaning (BLW) ini bertujuan supaya si bayi boleh makan makanan padat dan tidak hanya bubur semata-mata.
Nikita turut berkongsi perjalanan tumbesaran dan pemakanan bayinya itu bersama pengikutnya di Instagram.
Tambahnya lagi, atas nasihat doktor anaknya mula makan seawal usia hampir 6 bulan dan disebabkan mereka banyak ‘travel’ mereka terpaksa mengajar anak cara BLW ini
Selain ayam, Nikita turut menyediakan ikan salmon, serta sayur-sayuran lain yang di telah dipotong kecil untuk memudahkan bayinya menyuap sendiri makanan ke dalam mulut.
Namun anda digalakkan memberi makanan jejari (Finger Food) apabila bayi mencecah usia 7-8 bulan dan dibawah pengawasan orang dewasa untuk mengelakkan daripada bayi tercekik. Pastikan makanan jejari tersebut lembut supaya mudah dikunyah.
Di saat majoriti kanak-kanak zaman kini lebih terpesona dengan dunia digital dan gajet di tangan, muncul satu figura kecil yang mematahkan stereotaip itu dengan...