Kebanyakan daripada kita bila menggunakan santan dalam masakan pasti ada juga lebihannya. Nak buang sayang jadi simpan dulu dalam peti sejuk. Namun setelah beberapa hari disimpan dan nak digunakan semula, akan nampak santan itu dah mula berketul. Sudahnya terpaksalah buang, kan dah membazir.
Bagi anda yang nak dapatkan penyelesaian menyimpan lebihan santan kotak ini, perkongsian di Tik Tok cikrey_ana32 boleh membantu.
Perlu ingat santan ni tipnya satu je, jangan terdedah pada udara. Baru tahan lebih lama selepas dibuka berbanding terdedah begitu saja dalam peti sejuk.
Kita sama-sama seorang ibu. Ada orang lebih mengutamakan pandangan orang luar kerana rasa diri lebih dihormati dan dikagumi hingga lupa untuk menjadi yang terbaik pada pandangan insan terdekat, iaitu pasangan dan anak-anak.
Menurut Ustazah Asma’ Harun yang juga ibu kepada 7 cahaya mata, dia juga tidak terlepas daripada amanah sebagai seorang ibu tambahan pula dalam kesibukan bekerja, namun tetap usaha carikan masa untuk mereka. Sebenarnya anak-anak tidak minta banyak selain masa bersama dan kasih sayang.
Kadang sebagai ibu yang sibuk menguruskan rumah, emosi kita mudah terjejas dengan kelakuan anak-anak hingga meninggikan suara kepada mereka. Ramai yang menyesal kerana melukakan hati insan tersayang.
Namun kita tetap perlu usaha untuk memohon maaf atas kesalahan kita dan menasihati anak jika mereka melakukan kesilapan. Terdapat beberapa waktu yang sangat baik untuk dimanfaatkan bagi menyampaikan nasihat buat ahli keluarga:
1. DI DALAM KENDERAAN
Sebenarnya, waktu bersama anak di dalam kenderaan adalah waktu yang terbaik untuk berbicara dari hati ke hati. Hal ini pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW kepada Ibnu Abbas r.a. yang masih kecil ketika itu, daripada Ibnu Abbas r.a., beliau berkata:
Maksudnya: “Nabi SAW diberi hadiah seekor baghal (sejenis haiwan hasil kacukan antara kuda dan keldai) oleh Kisra. Baginda menungganginya dengan tali kekang dari serabut. Baginda memboncengkanku di belakangnya. Kemudian Baginda berjalan. Tidak lama, Baginda menoleh dan memanggil, “Hai anak kecil.” Aku jawab “Labbaika, wahai Rasulullah.” Baginda bersabda, “Jagalah agama Allah nescaya Dia menjagamu…”
(HR Hakim, hadis gharib)
Situasi seperti ini tetap relevan dan boleh diaplikasi oleh kita sebagai Ibu Bapa terhadap anak-anak di zaman sekarang. Di dalam kenderaan, Ibu Bapa boleh perlahankan radio dan mula bercerita kisah-kisah yang mengandungi teladan kepada anak-anak.
Jika anak sudah remaja, banyakkan buka ruang untuk mereka berkongsi cerita atau perasaan, kerana pada usia ini mereka sangat teruja mempelajari tentang kehidupan, perasaan sedih, kecewa, kagum, bercita-cita, dan lain-lain.
Pemandangan mereka hanya tertumpu ke hadapan dan fokus mereka hanya terhad kepada suasana tertutup di dalam kereta. Hal ini memudahkan mereka fokus kepada apa yang diperkatakan oleh Ibu Bapa.
2. KETIKA DI MEJA MAKAN
Sewaktu di meja makan, kebiasaannya ahli keluarga akan mengambil peluang untuk bergilir berkongsi cerita masing-masing dengan teruja. Sebenarnya Ibu Bapa boleh manfaatkan peluang untuk sampaikan nasihat dalam nada yang lebih santai. Namun, harus diingati agar tidak menegur sampai menjatuhkan air muka mereka.
3. SELEPAS SOLAT
Suasana selepas solat berjemaah bersama keluarga terasa sangat hening. Ibu Bapa boleh gunakan saat bersalaman untuk berbicara dengan anak-anak tentang nasihat, teguran atau apa sahaja perkongsian untuk kehidupan anak-anak.
Sesekali pujilah anak-anak atas apa jua pencapaian mereka. Beritahu mereka bahawa kita bangga mempunyai anak yang baik, soleh, lemah lembut dan mendengar kata seperti mereka. Pujian yang diberikan oleh Ibu Bapa antara motivasi terbaik buat anak-anak. SubhanAllah.
4. SEBELUM TIDUR
Waktu sebelum tidur adalah waktu yang sangat tenang. Ketika itu otak anak sudah bersedia untuk rehat dan berada dalam keadaan separa sedar. Ibu Bapa boleh berbisik lembut ke telinga anak tentang nasihat-nasihat baik yang mereka ingin sampaikan.
Ketika ini juga merupakan waktu yang sangat istimewa buat Ibu Bapa yang sibuk bekerja seharian kerana mereka dapat benar-benar menatap wajah anak tersayang.
Biasanya si anak sudah letih apabila memasuki waktu tidur, maka mereka secara sukarela akan menadah apa sahaja yang disampaikan oleh Ibu Bapa. Peluang ini sangat baik dimanfaatkan untuk apa jua nasihat buat si anak.
Tuan Puan,
Jika kita sering mengeluh tentang anak-anak, sama ada kelakuan, bakat, pencapaian atau apa sahaja kekurangan mereka, ingatlah bahawa di luar sana…
Ada yang dah nikah lama belum ada anak.
Ada yang sampai tua tak ada anak.
Ada yang nak sangat nikah belum bertemu jodohnya, apatah lagi ada anak.
Ada yang ada anak semuanya sakit kronik.
Ada yang ada satu sahaja anak dan anak itu meninggal dunia.
Ada yang meninggal kerana melahirkan anak.
Dan pelbagai lagi kisah dengan “anak” yang merupakan AMANAH penting buat kita sebagai Ibu Bapa. SubhanAllah, Allahu Akbar.
Pesanan ini sebagai peringatan buat diri sendiri juga yang merupakan seorang ibu. Semoga bermanfaat untuk semua.
Angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar melalui instagramnya telah berkongsi tip membawa anak kecil solat terawih. Bersempena bulan Ramadan yang mulia ini, pasti ibu bapa tidak ingin melepaskan peluang menunaikan solat terawih di masjid.
Beliau juga berkongsi video gelagat anak kembar lelakinya yang berkelakuan sangat baik ketika di masjid.
Solat Tarawih bersama anak lelaki
Apa yang mengejutkan, si kembar berkelakuan baik hari ini. Adam dan Noah hanya berdiri disebelah saya semasa solat terawih
Alhamdulillah …
5 Tip bawa anak anda solat terawih;
1. Sentiasa bersedia Bawa susu, lampin, dan juga mainan kegemaran mereka. Anda sangat memerlukan bila tiba saatnya.
2. Cari satu sudut di masjid Solat dibahagian belakang supaya anak anda tidak menggangu jemaah lain.
3. Sentiasa awasi anak anda Jangan rasa tempat tersebut sentiasa selamat dan biarkan anak anda bermain seorang diri
4. Jika anak menangis tak berhenti, bawa mereka keluar dan cari solusi Anak-anak anda mungkin lapar atau lampinya perlu ditukar. Jangan hanya biarkan anak anda terus menangis kerana boleh menggangu jemaah lain yang sedang beribadah. Sambung solat terawih selepas keadaan anak kembali tenang
5. Beri anak anda makan dan minum sebelum ke Masjid. Jika dia tertidur di sebelah anda, biarkan sahaja.
Bawa anak mengerjakan Solat Terawih adalah salah satu didikan yang baik untuk mereka. Mereka akan belajar dari sekeliling. Tapi pastikan anak anda tidak menggangu orang lain yang sedang mengerjakan ibadah. Just sharing .
Apapun terpulang kepada ibu bapa sama ada ingin membawa anak-anak kecil ataupun membuat keputusan untuk solat di rumah. Yang ingin membawa anak kecil pastikan anak anda tidak menggangu jemaah lain.
Telur rebus selain dijadikan makanan sampingan untuk makanan berkuah seperti mi kari dan sebagainya, ia tetap jadi kesukaan anak-anak kita. Malah ada yang suka makan sebiji sehari kerana terlalu sukakan telur rebus.
Pun begitu merebus telur tetap mengambil masa yang agak lama. Apa kata kali ini gunakan teknik mudah tanpa menggunakan air untuk merebus telur.
Ikuti perkongsian tip yang dikongsikan oleh satu akaun Tik Tok, @nj_share.
Pernah dengar rebus telur tak guna air? Tak pernah? Mari saya kongsikan caranya.
Mula-mula cuti telur dulu , buang kotoran yang melekat pada kulitnya.
Sediakan pula tisu dapur. Tisu yang saya guna ni cukup lebar dan cukup tebal. Gunakan tiga keping saja.
Basahkan dengan air. Nak renjis, nak spray atau tuang macam ni pun ok. Pastikan seluruh tisu basah, basah yang sekadar menyerap air saja.
Lepas itu masukkan tisu basah ni ke dalam rice cooker. Kemaskan sedikit dan atur telur.
Siap atur, tutup rice cooker, on switch tekan butang start dan masak macam biasa.
Telur dah masak! Tisu pula lebih kering dari tadi, telur pula tak retak tak pecah. Elok je.
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.