Ads

Cara Simpan Duit Raya Anak Dengan Emas, Lebih Untung & Selamat!

Setiap kali musim raya, pasti ibu ayah akan berdepan dengan satu persoalan yang sama. Apa cara terbaik untuk menguruskan duit raya anak-anak? Ada yang memilih untuk menyimpan dalam akaun bank, ada juga yang memberi sepenuhnya kepada anak untuk belajar mengurus sendiri. Tidak kurang juga yang membahagikan kepada beberapa bahagian untuk kegunaan harian dan simpanan masa depan.

Namun, satu perkongsian menarik daripada seorang ibu, Eina Shukry, membuka perspektif berbeza. Beliau memilih untuk menukarkan sebahagian duit raya anak kepada emas sebagai satu bentuk simpanan jangka panjang. Bukan untuk kegunaan diri sendiri, tetapi sebagai pelaburan masa depan anak-anak.

Cara Simpan Duit Raya Anak Dengan Emas, Lebih Untung & Selamat!

Strategi Simpan Duit Raya Anak Dalam Bentuk Emas

“Inilah cara saya simpan duit anak-anak.

Saya ada seorang anak lelaki dan buat masa sekarang saya tidak memilih untuk simpan duit anak lelaki dalam bentuk gold bar. Ini pilihan saya, bukan pilihan anda. tapi inshallah depan hari saya akan simpan gold bar.

Ada yang kata, beli emas pakaikanlah untuk anak perempuan. Bagi saya tidaklah gemar pakaikan emas untuk kanak-kanak kerana tahap bimbang dan khuatir itu sangat tinggi. Potensi untuk putus, hilang, dicuri itu mungkin ada. Jangan terlalu percaya pada keadaan sekeliling dan saya kenal anak saya.

Ads

Cara Simpan Duit Raya Anak Dengan Emas, Lebih Untung & Selamat!

Sepanjang saya pakaikan barang kemas kepada mereka, sudah banyak kali putus dan hampir hilang. Jadi saya memilih untuk tidak pakaikan buat masa sekarang sehingga mereka pandai jaga sendiri.

Nak letak dalam bank, duit itu tak beranak. Tapi bila es convert into emas, Insya allah makin lama makin beranak duit ini. Harga emas kan makin naik sekarang ni jadinya tak rugi invest on emas, demi masa depan anak-anak dan demi apa-apa emergency depan hari. who knows tapi mintak jauh sangat.

Ads

Kita sebagai ibubapa jangan main ambil je hak mereka. Terangkan elok-elok kenapa buat begitu.

Tapi sebelum es convert, es akan tanya mereka ada apa-apa tak yang mereka perlukan sebelum es convert semua ni. Sebab ni kan duit mereka, so biarlah mereka enjoy beli apa yang mereka mahu dan mereka mintak charger fast charging sorang satu, so es dah tunaikan alhamdulillah.”

Cara Simpan Duit Raya Anak Dengan Emas, Lebih Untung & Selamat!

Ads

Kelebihan Tukar Duit Raya Anak Kepada Emas

Perkongsian ini sebenarnya memberi satu mesej penting kepada ibu ayah. Mengurus duit raya anak bukan sekadar simpan, tetapi juga tentang mendidik mereka memahami nilai wang. Dengan menukar kepada emas, ibu ayah bukan sahaja melindungi nilai simpanan daripada susut, malah berpotensi menambah nilainya dalam jangka masa panjang.

Emas juga dianggap sebagai aset yang lebih stabil berbanding wang tunai. Dalam situasi ekonomi yang tidak menentu, nilai emas cenderung meningkat dan ini memberikan kelebihan kepada simpanan jangka panjang anak-anak.

Kesimpulan: Simpanan Bijak Duit Raya Anak

Kesimpulannya, tiada satu cara yang betul atau salah dalam mengurus duit raya anak. Namun, menjadikannya sebagai satu bentuk simpanan bijak seperti emas boleh menjadi langkah yang lebih strategik untuk masa depan mereka.

Yang penting, lakukan dengan niat yang betul dan didikan yang seimbang supaya anak bukan sahaja mempunyai simpanan, tetapi juga celik kewangan sejak kecil. Dengan pendekatan yang betul, duit raya anak boleh menjadi permulaan kepada masa depan kewangan yang lebih kukuh dan terjamin.

Sumber: Eina Shukry

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Cuaca Panas Melampau, Sekolah Disaran Tangguh Aktiviti Luar Demi Keselamatan Murid!

Cuaca panas sekolah melebihi 35°C memaksa KPM keluarkan garis panduan penting. Ketahui langkah lindungi murid daripada risiko kesihatan serius.