Ads

Cara Simpan Susu Ibu Perahan (EBM) Dengan Betul, Panduan Lengkap & Penting Untuk Ibu Bekerja!

Cara simpan susu ibu perahan (EBM) memang tak boleh diambil ringan. Susu ibu memang tak perlu dipertikaikan lagi kehebatannya. Khasiatnya lengkap untuk tumbesaran si manja. Tapi sayangnya, kalau cara simpan tak betul, semua kebaikan itu boleh hilang begitu saja.

Jadi untuk bakal ibu, terutamanya yang merancang nak kembali bekerja, penting sangat untuk tahu cara urus dan simpan susu perahan (EBM) dengan betul supaya stok sentiasa cukup dan berkualiti.

Cara Simpan Susu Ibu Perahan (EBM) Dengan Betul, Panduan Lengkap & Penting Untuk Ibu Bekerja!

Macam Mana Nak Mula Simpan EBM di Rumah?

Sebenarnya ibu dah boleh mula kumpul stok seawal dalam tempoh berpantang lagi. Lagi awal mula, lagi tenang bila nak tinggalkan bayi nanti.

Setiap kali lepas pam susu, jangan terus simpan dalam peti sejuk. Biarkan dulu susu berada pada suhu bilik sekejap. Ini sebab suhu susu yang baru diperah masih suam, jadi bagi masa untuk ia ‘stabil’ dulu sebelum disejukkan.

Lepas tu, baru masukkan ke dalam chiller. Jangan terus bekukan. Simpan dulu dalam chiller sebab mungkin ibu nak campurkan dengan sesi pam yang seterusnya.

Kalau nak campur susu, pastikan setiap susu disimpan dalam bekas berasingan dahulu dan disejukkan pada suhu yang sama. Bila dah sama suhu, barulah boleh gabungkan.

Biasanya, pada waktu malam sebelum tidur, ibu boleh urus semua susu yang diperah sepanjang hari untuk dibekukan sebagai stok. Ada yang suka guna plastik liner sebab jimat ruang, tapi ada juga yang selesa guna botol. Pilih saja yang paling mudah untuk ibu.

Cara Simpan Susu Ibu Perahan (EBM) di Pejabat

Untuk ibu bekerja, cooler bag memang ‘penyelamat’. Bawa bersama breast pump, botol simpanan dan ice pack. Cooler bag ini berfungsi macam peti sejuk mudah alih.

Ads

Kalau ada peti ais di pejabat, boleh juga tumpang simpan di situ. Tapi jangan lupa labelkan botol dengan jelas ya, elak tertukar dengan orang lain.

Apa yang penting, jangan bekukan susu di pejabat. Simpan saja dalam chiller. Bila dah beku, susu perlu kekal beku sepanjang masa. Kalau dah cair, tak boleh bekukan semula dan perlu digunakan dalam tempoh 24 jam.

Jadi bila nak balik, simpan susu dalam cooler bag supaya suhunya kekal stabil sepanjang perjalanan.

Cara Simpan Susu Ibu Perahan (EBM) Dengan Betul, Panduan Lengkap & Penting Untuk Ibu Bekerja!

Berapa Lama Susu Ibu Boleh Tahan?

Tempoh ketahanan susu bergantung pada suhu penyimpanan:

Ads
  • Suhu bilik tanpa aircond (25°C – 37°C): tahan sehingga 4 jam
  • Suhu bilik dengan aircond stabil (15°C – 25°C): boleh tahan 6 hingga 8 jam
  • Dalam cooler bag: sekitar 12 hingga 24 jam
  • Dalam peti sejuk (0°C – 4°C): 3 hingga 7 hari sebelum dibekukan, dan 24 jam selepas dicairkan
  • Bahagian beku peti sejuk 2 pintu (-18°C ke bawah): sehingga 3 bulan
  • Freezer khas: boleh tahan sehingga 6 bulan
  • Peti sejuk 1 pintu: sekitar 2 minggu sahaja

Tip Penting Supaya Susu Kekal Berkualiti

Pertama, simpan dalam kuantiti kecil. Sebaiknya 1 hingga 4 oz setiap bekas. Ini elak pembaziran sebab bayi kadang minum sikit saja.

Kedua, sentiasa label tarikh dan masa pada setiap bekas. Ini memudahkan ibu gunakan stok yang paling lama dahulu.

Ketiga, cairkan susu secara perlahan. Cara terbaik, pindahkan dari freezer ke chiller terlebih dahulu. Kalau nak cepat, boleh lalukan di bawah air paip yang mengalir. Elakkan biarkan susu cair di suhu bilik terlalu lama.

Keempat, jangan campur susu secara sembarangan. Kalau nak gabungkan susu perahan hari yang sama, pastikan kedua-duanya pada suhu yang sama terlebih dahulu.

Akhir sekali, untuk panaskan susu, rendamkan botol dalam air panas atau guna bottle warmer. Jangan sesekali guna microwave atau panaskan terus atas api kerana ini boleh merosakkan nutrisi penting dalam susu ibu.

Ads

Cara Simpan Susu Ibu Perahan (EBM) Dengan Betul, Panduan Lengkap & Penting Untuk Ibu Bekerja!

Kesimpulan Cara Simpan Susu Ibu Perahan (EBM)

Dengan cara simpan susu ibu perahan (EBM) yang betul, setiap titisan susu ibu dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk si kecil. Semoga perkongsian ini bantu ibu rasa lebih yakin dan bersedia dalam perjalanan penyusuan nanti.

Baca: Bayi Susah Tidur Malam? 5 Kesilapan Ibu Bapa Yang Wajib Elak

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

Sumber: Hello Doktor 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Setiap Minggu Redah 700KM Demi Anak Isteri, Pengorbanan Berakhir Tragedi Pilu

Kisah pilu Azman Mazni yang redah 700KM setiap minggu demi keluarga berakhir tragedi. Pengorbanan seorang suami yang menyentuh hati hingga ke hujung nyawa.