
Saat menunggu detik kelahiran, ramai ibu hamil sibuk membaca, menghadiri kelas antenatal, dan menghafal pelbagai teknik. Tapi hakikatnya… bila kontraksi datang bertubi-tubi, rasa sakit mula memuncak semua teori boleh “blank” sekelip mata.
Itulah realiti yang dikongsikan oleh Dr. Maiza. Bukan nak menakutkan, tapi sebagai reality check buat semua ‘mom-to-be ‘ supaya lebih bersedia dari segi mental dan fizikal. Dalam saat genting itu, yang penting bukan hafal semua teknik tapi tahu prinsip asas yang betul dalam cara teran bersalin. Ini panduan penting yang dikongsikan oleh Dr.Maiza Tusimin
1. Teran Dari Abdomen, Bukan Dari Muka
Ramai mommy tanpa sedar akan “teran” ke muka dan dada sebab terlalu fokus pada sakit. Tapi cara yang betul adalah menggunakan otot abdomen (perut) untuk bantu rahim menolak bayi keluar.
Sebab itu doktor selalu guide dengan ayat yang agak “straight to the point” “teran macam buang air besar yang keras”. Walaupun bunyi kasar, itu sebenarnya cara paling mudah untuk faham arah tekanan yang betul dalam cara teran bersalin.
2. Posisi Dagu Ke Dada
Nampak simple, tapi sangat penting. Bila dagu dirapatkan ke dada, tenaga teran akan lebih fokus ke bawah, bukan “lari” ke atas.
Kesilapan biasa: mommy angkat kepala terlalu tinggi atau tegangkan muka ini buat tenaga tak sampai ke bahagian pelvis. Teknik kecil ini sebenarnya memberi kesan besar dalam memastikan cara teran bersalin lebih efektif.
3. Pegang Kaki Untuk Tambah ‘Power’
Jika mampu, pegang pergelangan kaki semasa meneran dalam posisi semi-upright. Posisi ini bantu buka ruang pelvis dan beri leverage tambahan untuk menolak.
Peranan suami pun penting di sini boleh sokong belakang badan supaya mommy lebih stabil dan selesa. Sokongan fizikal dan emosi ini membantu memperbaiki cara teran bersalin secara keseluruhan.
4. Ikut Rentak Kontraksi
Kontraksi adalah “signal” semula jadi badan.
Bila kontraksi datang → tarik nafas & mula teran
Bila kontraksi reda → rehat sekejap, kumpul tenaga
Untuk mommy yang ambil epidural, mungkin kurang rasa kontraksi. Jadi doktor akan guide timing dan biasanya minta teran sekurang-kurangnya kiraan 10 setiap kali. Ini penting supaya cara teran bersalin kekal konsisten walaupun tanpa rasa kontraksi yang jelas.
5. Bukaan Peha Lebih Luas, Laluan Lebih Mudah
Semakin luas bukaan peha, semakin banyak ruang untuk kepala bayi turun dan keluar.
Kadang-kadang benda kecil macam ni yang buat proses lebih lancar atau sebaliknya jadi lebih sukar. Posisi badan memainkan peranan penting dalam memastikan cara teran bersalin berjalan dengan baik.
6. Percaya Naluri Badan Sendiri

Tubuh wanita sebenarnya “dicipta” untuk melahirkan.
Walaupun ada yang tak rasa urge (terutama jika ambil epidural), bila bayi dah sampai ke bahagian bawah pelvis, mommy tetap akan rasa tekanan seperti nak membuang.
Itulah signal semula jadi. Jangan lawan. Ikut aliran badan. Naluri ini adalah sebahagian daripada cara teran bersalin yang paling semula jadi dan berkesan.
7. Berhenti Teran Bila ‘Crowning’
Ini antara momen paling kritikal.Bila kepala bayi dah mula kelihatan (crowning), doktor akan minta mommy berhenti teran kuat dan fokus pada teknik pernafasan.
Biasanya disuruh:
- baring
- kepala ke belakang
- nafas pendek & cepat (macam tiup lilin)
Teknik ini bantu:
- Bayi keluar secara perlahan
- Kurangkan risiko koyakan perineum
- Lebih kawal situasi
Langkah ini sangat penting dalam mengawal cara teran bersalin agar lebih selamat dan terkawal.
Proses bersalin bukan sekadar tentang “kuat” atau “tahan sakit” tapi tentang teknik, timing, dan kepercayaan pada tubuh sendiri.
Apa yang dikongsikan oleh Dr. Maiza ini bukan sekadar tips, tapi panduan praktikal yang sering digunakan di labour room. Dalam keadaan yang penuh tekanan, mommy tak perlu jadi sempurna cukup ingat asas ini dan ikut arahan doktor.
Dan paling pentingsetiap kelahiran adalah perjalanan yang berbeza. Tak perlu banding, tak perlu terlalu takut.
Yang penting, masuk ke labour room dengan ilmu dan keluar dengan sebuah keajaiban yang tak ternilai
Sumber: Dr.Maiza Tusimin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!





